Assalamualaikum...

Dhiya dah masuk 1 tahun 3 bulan ++ bulan ni.
Dah ready nak jadi kakak hihihi.
Sekarang ni memang macam2 gelagat si Dhiya ni kat umah..
sangat TAK RETI duduk diamm dan suka 'Mengemas' *bak kata bibik*.
Tangga dah di pasang pagar... so time Abang kakak tak de gi sekolah
memang kat umah memusing je la nak 'mengemas'. 
Kadang habis buku Abang/kakak berteraburr.. kadang baju2 dalam bakul pun habis 
di bawak lari Dhiya uhuhuhu.

Dhiya ni kan lagi satu pantang nampak Abang Kakak pegang buku or alat tuliss..
dia pun mesti sibuk nak menyelitt jugakkk
Ni gambar2 candid Dhiya 'buat homework' 

Tuan punya homework ntah lari ke mana dahh... isk isk sikk


Yang bestnya Dhiya yg panjat & duduk sendiri kat kerusi tuh. Yok yok oo je kan 
amek feel Abang/kakak


Ni dia 'take over' kerja Kakak plakk



Yok yok O pegang pensilll.. macam tau je kan nak tulis apa hihihi.
Cantik sungguh 'tulisan' Dhiyaa


Tak kira la dalam bilik ke depan TV ke..asal nampak orang 
buka buku dan keluarkan kaler/pensil kejap je Dhiya pun 'muncul' kat situ uhuhuhu


Lagi best kalau dah boring2 'tolong' abang kakak wat kerja rumah,
dia tolong 'kemas' plak stationaryyy tuhhh 


Bila dah berterabur semua atas lantaiii happy la tuu.. muka puas je kann.. isk isk iskk


Bersantai bawah pokok pelam depan rumahh



Petang-petang dah boleh ambik angin depan rumah naik tricycle baru waaa weeeee


Nak kayuh tak retii lagii...


Kenalah tunggu orang tolakkkkkkk


For record, Sekarang ni Dhiya dah pandai

1. Hulur tangan untuk bersalam seraya tarik tangan orang kenakan kat dahi dia
2. Kalau keluar pintu rumah je asal di tanya 'mana kasut ?' 
pandai la dia gi rak2 kasut cari kasut dia
3. Kalau terjaga tetengah malam nak susu dia angkat tangan sambil sebut 'Nakk..!'
kalau kat dapur dia pergi kat dapur sambil tunjuk bekas simpan botol susu sambil sebut 'Nakk!'
4. Pantang nampak orang makan..  cepat je datang sambil hulur tangan nak mintakk .. 'Nakk!! Nakk"" Nakk!" moralnya Dhiya memang lagi advance la dari Abang Kakak bab makan ni. rasanya baru setahun jagung tapi makan mak oiii.. semua nak di mintakkkk macam budak besor!
5. Pantang nampak pintu bilik air terbuka or pintu gate pagar terbuka... laju je
dia menuju ke situuu
6. Kalau orang suh 'Jump!" dah pandai jump walopon cuma bontot & tangan je
terangkat tapi kaki masih jejak lantai kikikiki!
7. Kalau dengar orang berzikir pandai la dia goyang badan kiri kanan kiri kanan
8. Kalau dengar Muzikk...? apalagii... bergedik2 la dia goyang badan berjoget! kikikiki
9. Kalau ditanya simple question " Dhiya dah mandi ?", "Dhiya dah makan ?"
Pandai jawab "Dahh.. dahh!" ngeeeehehe...comeyyy sangattt tawwwwwwww!!

Gelagat Dhiya sungguh la mencuit hatii.
Dhiya pun dah makin besarr.. dah nak jadi Kakak. Nanti Dhiya
ada adik adalah kawan nak main sama2 kan tentu lagi seronok!!
Mama & Papa, Abang & Kakak sentiasa terhibur tengok
perkembangan Dhiya. Semoga terus membesar dengan sihat, ceria & cergas ya sayangg!

9 sweet comments:

YuS said...

Dhia nmpk mature betul sejak nk jd kakak ......gaya dia mcm da umor 2 thn jer yus tgk

Nad MamaZN said...

Kak...
Nk tnye,
Dhiya pegang pensel tu xde masukkan dlm mulut ke kak?
Saya nak kasi nayli pegang biar cekap cara pegang pensel tu awal2 tp risau die masukkan dlm mulut..
Cemane ek?

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yus : Ikut tahun sekolah nanti mmg patut dah 2 tahun uhuhuhuhu. Lahir tahun 2011 kann.. tu la Dhiya pun tau nak jadi kakak kottt... mcm budak dah tau sangat je kan hihihi

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad : Masa mula2 memang suka masuk dalam mulut.. semua benda pun semua nak masuk mulut tapi selalu bila dia buat tegah dia cakap "No! No! No!" lelama dia paham sendiri tak boleh. tapi kena perati jugakkk.. maklum laaa kenit lagi nak paham semua benda pun uhuhuhu

Cho Zila said...

waduh dah besar Dhia sekarangni.. memang sesuai dah jadi kakak.. tapi sernok tau izan cam anak2 akak umur nak dekatkan.. leh jadi kawan.. so kalau takder kawan still ada kakak ngan adik untuk jadi kawan... memang bestler...

*∽ IZAN ∽* said...

Re K. Cho Zila : Tu laaa.. la ni dok sorang2 kat umah time abang /kakak sekolah pun merabannn je satu rumah ada je yg nak di 'kemas'... elok la nanti ada kawan.. leh main pondok same2 hihihi!

lieyalatif said...

alahai koooo..comelnye dhiya pegang pensel..pandai tuuu...tercotet jek hujung jari pegang pensel hahaahahah....abis le homework org lain die buat kan.....

dhiya ni tgk gaye mmg jadi kakak penyayang nie...siap leee dhiya yg boleh harap jage adik baby nanti ni heheheeheh....

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya: Tu la yok yok o je pegang tu. Pandai plal pegang sendiri tu macam tu. Hopefully la leh harap jaga adik nanti..tapi akhir2 ni kalo bibik layan/ dukung kakaknya dia plak yg jeles lelebih ehek!

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

salam sisi..name anak kite same la tapi ejaan jer lain my doter DHIA ARYSSA.. tapi bunyi same kan??(^_^)