Assalamualaikum..

Sejak malam semalam berita kat TV dah keluarkan larangan atau mengurangkan menjual makanan tidak berkhasiat kepada pelajar sekolah seperti Nasi lemak, minuman berkarbonat termasuk makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi..!


credit : The star

Tak sangka Malaysia menduduki tempat ke-6 kadar Obesiti tertinggi..!!
Fakta yang lebih menarik lagi kajian Kementerian Kesihatan mendapati
 lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit
dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah
yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami
obesiti serta diabetes.


Fuh agak terkejut jugak aku dengan fakta yang di keluarkan
oleh Kementerian Kesihatan nih..! NASI LEMAK..!
Itu memang makanan ruji DANISH AIMAN KLIK SINI.
Dia boleh makan 3 kali sehari dan sehingga 5 pinggan sampai kitaorang
 kena simpan stok sambal 24 jam dalam peti sejuk tuh..!!!
Danish memang obses makan nasi lemak..!
Tapi normally nasi lemak yang kitaorg sediakan, nasi tu nasi putih
dan kalau ada telur goreng pun biasanya separuh atau sebahagian besar telur kuning
tu kitaorgn buang ! Danish memang obses makan pedas @ sambal uhuhuhu.
Naik risau kitaorg di buatnyaa...

Cuma sejak Danish keluar Wad hari tu aku & Abang mula terapkan pada Danish tak elok makan pedas2 sangat. Danish masih kanak-kanak. Pedas tu menyebabkan Danish selalu berkahak *iritation kat tekak* dan sampai bawak nak muntah.. kalau makan pedas-pedas sangat
Danish boleh kena masuk wad hospital lagi..!

Tengok Danish memang serik nak masuk wad. Hari tu masa Staff Nurse nak letak jarum drip Danish punya turn nak dekat 20 min..! meraung2 dia dalam bilik tu menjerit kesakitan. Mana tak sakit, dah la Boy, habis di lawannya kederat staff nurse nak cucuk jarum. Memang sampai bengkak mata Danish menangis kesakitan..! Sian sangat tengok.. uhuhu.

Anyway semuanya ada hikmah. Alhamdulillah sekarang ni Danish dah kurang sikit makan sambal. Means kalau selalu sepingggan nak 2 sudu sambal sekarang dia cuba bersabar dengan 1 sudu sambal jekk!.uhuhu
Dia sendiri cakap "kalau pedas sangat  tetttttttttt!" sambil tunjuk tanda pangkah dengan jari. "Kalau pedas sikit OK" sambil tunjuk sign 'right' dengan jari jugak uhuhuhu.

 Gambar hiasan
Anyway nak baca berita lanjut tentang saranan baru kerajaan & kementerian kesihatan berkenaan obesiti di kalangan murid ni boleh layari
Laporan Berita Harian.

Jom makan dengan lebih sihat..!! Aaaa.. nanti aku update kat mana nak makan kat restoran ayam kampung sedap kat Cyberjaya nih ..ehehehhe.

10 sweet comments:

ibuayahdamia said...

better jaga pemakanan anak2 sejak kecil lagikan...supaya mereka tak terpengaruh ngan fast food pabila besar nanti...alhamdulillah..anak2 ayu lagi suka ayu masak...cuma weekends tu selalu gak makan luar :)

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ayu:
Tu lahh... Izan pun so far tak ajar diaorg minum air gas.. jarang pun beli melainkan 100 plus & jus buah. Seb baik la Danish tu kuat minum air masak or Milo je uhuhuh

Dania ni yg risauu.. suka makan benda merapu..! lunch pun leh duduk makan biskut jek isk isk isk

wahida said...

bagus sekolah buat mcm ni...saya sokong!!

puteraduyong said...

makan untuk hidup...jangan hidup utk makan... :)

Diyana said...

masalah pelajar obesiti ni banyak berlaku di sekolah bandar actually. mak ayah super bizi.duit berkepuk2,tinggal duit saku pd anak2.

semua fast food aje.pagi kfc,tghari mc d..malam, mamak roti canai..

yang berkata2 ini ,adalah seorang cikgu yang makin pening kepala disbbkan dah tambah lagi satu kerja kiterang,nak merekod bmi anak2 murid secara berkala.sabor ajela...;)

*∽ IZAN ∽* said...

Re Wahida:
Tu la .. Izan pun sokong 200%!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Putera Duyong :
Betul tuu... tapi kadang kalau dah depan mata.. hancus iman tahan nafsu especially bila tgk donat big apple tuh.. uhuhuhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Diyana :
Aduhaiii.. bertambah lagi tugas guru nih. Sebab tu kitaorg salut pada guru yg sanggup jadi pendidik anak bangsa. Semoga segalanya di permudahkann yekk!

Betul tu.. mak ayah sekarang masing2 sibuk... jgn kata orang lain, saya sendiri pun kadang sarapan Danish kalau tak 'nasi lemak' dia tu goreng nugget ayam.. semua bergoreng, berlemakk.. isk isk isk

eelobor said...

secara peribadi bersetuju sangat. di kantin2 sekolah atau luar pagar sekolah sekrang dah bermacam2 sangat makanan yang di jual. sepatutnya kena ada kawalan sket.

ambrynaa said...

Alhamdulilah.. Nasi lemak pun masuk list ker?
Kalau air bergas tu aku sokong sangat!!