Assalamualaikum....
Bila baca berita hari ni keratan dari Malaysia Kini,
tetiba rasa macam nak meniaga ikan patin jugak.
Apa taknya.. senang2 je leh kaut RM13,000 
untuk satu group makan..!
Mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii... memang melampau tu harganya.
Korang rasa camna? patut ke tak patut...?


Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernamahari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

9 sweet comments:

eelobor said...

kawan yang terbaca tadi pun terkezut gak.....huhuhu, tu belum kena bayar bil lagi

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

hai Izan, salam kenal.Kak Ros pun tengah panas hati pasal harga ikan.Sekeping ikan pari bakar (bukan seekor) kena bayar RM 52.20.Terkilan sungguh.Cerita lanjut diblog kak ros(sinaranmenublogspot.jenguk ya.

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
Memang haru laaa kalau makan kedai makan biasa sampai berbelas ribu!.

*∽ IZAN ∽* said...

K.Ros..! saya tau kedai apa tuhh!!!
Eceli last week friday tu pun kitaorg baru je pergi kat satu branch yg baru buka kat bandar puteri. Pergi 3 oranggg.. oder kerang bakar & pari bakar 2 ketul, nasi kosong & ulam sepinggan. Dapat bil RM72.!!! memang agak ralat gak laaa.. tak sangka semahal tuh!!! rasanya tak kan pergi lagi kedai tu dalam masa terdekattt uhuhuhuhu

mama tisya said...

pmak aiii smp 13k giler mhl tp pernh gk dgr ada restoran ikan sungai kwn kita p mkn mhl jugak

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama tiesha:
Mahal gilerr. tak masuk akal sampai berbelas ribu bil tuhhh huhu

Ummi Eisya&Amani said...

giler ke apa mkn sampai beribu2..napa org semua nak untung lebih2 ni..agak2 la jugak..ish..ish..

Liz Rohaizat said...

masa saya baca kat The Star tadi, saya pun terkejut. bil RM13k, perghhh.. boleh buat pergi pinang anak dara orang!

kdg2, bila restoran tu dah dpt liputan, mula la harga giler2. psl tu kalau nak pergi mkn restoran yg famous, saya check harga dulu. diorg ni bkn leh caye sgt.

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ummie:
betul tu. tak patut!

Re Liz: ahaa..!! leh pinang anak dara orangg..! lepas dah nak wat kenduri tuhhh!