Assalamualaikum...
Aha.. kerajaan dah pun membuat pendekatan baru untuk
mengurangkan kadar diabetes & obesiti di kalangan murid-murid sekolah.
Kita yang dah kat luar sekolah ni camna..? Duit dah dalam tangan..
nak beli apa semua petik jari.. tak de sapa nak larang kan..
Mudah je terlepas pandang makanan2 yang tak sihat
tapi dah masuk dalam perut.. uhuhuhu.

Meh aku share sket kadar kandungan gula iaitu antara
unsur terpenting yang boleh menjurus kita kepada
obesiti & diabetes jika lupa nak beringat.
Even susu Anmum pun dah mula kempem pasal
kandungan 'gula tambahan' dalam susu formula.
Sebab tu susu ibu yang TERBAEK...! asli...!


Sebagai Info,
kandungan gula untuk kesemua unit di bawah adalah lebih kurang sama
1 sudu = 4.2 g = 1 kiub
bila dia susunkan kiub tu baru la nampak
nisbah sebenar kandungan gulanya tuh.. ngerii!!

Aha.. ni yang paling korang suka kann..? satu tin je bersamaan
10 sudu...? mak aiii.. cuba kita bayangkan kita suap je gula tu
mentah-mentah dalam mulut 10 sudu..?
Mau muntahh balikk.. kuhekkkkkkk!!
Macam minum air gula utk cek kencing manis masa pregnant tuh uhuhu










Even buah-buahan semula jadi ada yang mengandungi kadar gula yang
agak tinggi gulpp! Sebab tu Nabi pesan, makan lah secara sederhana..
jangan berlebih-lebihann









Aku hantu jagung.. seb baik kandungan gula dia rendah..
fuhhh...! tapi Cup Corn..??




Nasib baik tak de Donut Big Apple dalam ni.. kalau ada mau meroyan tengok
kadar kandungan gula dia tuh.. peberett terbabas bebb!
 Itu kalau dah depan mata aku pun angkat tangan.. telan jekk ehehehheeh



Haa.. cereal cam ni bagus. Patut amalkan.
*lepas ni leh simpan stok kat opis*





Dan antara yang mengandungi kandungan gula yang
paling GANAZZZZ...!!


Perrghhhhhhhhhhhhhh... 28 kiub satu cup bebb!!
Lepas ni masuk Mc D mintak air suam .. boleh..???

Okeh.. dah tengok kan masing-masing.
So lepas ni jom la sama-sama beringat dan mengingat..
berani potonggg kaki..? uhuhuhu

14 sweet comments:

ieda said...

sib baik yg banyak2 gula tuu bukan ambilan rutin harian akak dan family .. erghhh memang seram .. dah lama tahu .. alhamdulillahhh ...

paling kurang gule starwbery dan jagung semua payah dapat huuhu :)

MrS. F!zA said...

jauh beza kndungan gula buah semulajadi ciptaan tuhan dgn makann yg diproses manusia kan

nasazfrog... said...

uhh good info... pergh,,, banyak jugak kandungan jugak tu yer,, ermm nak kena lebih berhati2 la pas ni...

*∽ IZAN ∽* said...

Re K.Ieda :
Setuju.. jagung tu menu wajib bila gi pasar malam.. paling2 pun seminggu sekali je lah uhuhuh

*∽ IZAN ∽* said...

Re Fiza :
Tulahh.. yg semula jadi lebih sihatt!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nazafrog:
tu laa.. leh tampal kat rumah tunjuk kat anak2... biar derang pun ngeri nak minum manis sangat uhuhuhu

ambrynaa said...

Aku ngeri tgk gula kat aiskrem hagen dass tu..huhihi

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ambrynaa:
lepas ni leh bertukar ke eskrem yogurt ~ Frutti tutti okehhh

eT said...

gula dimerata2...huhu
air kopi cane plak kak?hehe

eelobor said...

tuh la pasal, sedar tak sedar kan? sebab tuh kadar penyakit diabetes tinggi di negara kita sebab tiada kesedaran dalam kepentingan memilih makanan & minuman harian

YuS said...

wahh kak izan...seram aaa tgk susunan gula2 nih...[asni duk minum air kosong jer laaa selamat

*∽ IZAN ∽* said...

Re ET:
Izan pun ngeri nak minum kopi.. dah la kopi pekat, pahit, gula toksah cakap. Abah mmg tak minum so kitaorg semua ikut tak minum kopi.. nescafe ada la uhuhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor : tu laa.. sekarang semua orang dah hidup senanggg.. makanan senang dapatt.

peniaga plak nak tarik pelanggan, asalkan sedap tak kira dah apa bahan di gunakan.. taramm jeee isk isk isk

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yus :
tu la pasall.. kat rumah pun tak beli cordial dahh.. kalau beli pun ribena je utk budak.. lain2 minum air masak air masakk.. cam kat kampungg.. lebih mudah, jimat dan sihatt uhuhuhu