Salam..
.
Hari ni dah masuk 11 Ramadhan. Kepada yang berkesempatan dan punya kelapangan, rasanya tak terlambat lagi nak share Panduan menunaikan solat sunat tarawih untuk rujukan rakan-rakan dan diri sendiri.


Sumber rujukan : Wikipedia

KELEBIHAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

PANDUAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.


Untuk panduan lengkap layari MAJLISILMU di sediakan oleh
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (klik gambar).


Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan dari-Nya.. aminnn....

4 sweet comments:

eelobor said...

byk yg konpius mengenai amalan sunat dan wajib. memang betul amalan sunat di bulan nie hanya dtg sebulan sahaja dalam setahun & patut di rebut. tapi bagaimana pula dengan perkara wajib? jangan la pula yang wajib di abai & sunat di kejar mengatasi wajib.

tiefazatie said...

bagus la entry sis nie..tq..=)..sori lma xdtg jenguk sis..=)

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :

Tu la pasall.. sama-sama la kita beringatt yekk

*∽ IZAN ∽* said...

Re tiefa :
Tu la pasall.. busy join kontes jekk.. rindu plakk hik hik