Salam Ramadhan..
Dan masuk minggu ke-2 dah berpuasa. Suasana Aidilfitri mula terasa.. lagu-lagu raya dah start diputarkan di radio, ringtone etc. Danish pun dah mula menagih dibelikan bunga api..!!



 So inilah sessi pertama Danish & Dania bermain bunga api tahun ni he he. Tapi bunga api sekarang ni, makin kecik, makin sikit dan makin pendek berbanding dengan harganya. Lepas nyalakan api tak sempat lari seround dah padam dah apinyaa. Sampai budak-budak ni pun komen " Dah habis dah... kita baru nak main kan!" . Isk isk iskk...

Nak share sket. Sekarang ni musim panas kat Japan. Masuk musim panas memang meriahlah dengan pek-pek jualan bunga api termasuk la jadual pertandingan Bunga Api besar-besaran. Bunga api di jual merata-rata.. di convenient store, supermarket.. hypermarket..


Biasa di jual dalam pek-pek dan package tertentu dan ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit...! Masuk musim panas biasanya aku dan geng-geng pun tak lepaskan peluang bermain bunga api.

Saiz satu pek 


Kalau convert ke Rm dalam RM200 ++ lebih harga pek kat atas nih.


Yang pastinya kenapa rakyat Jepun boleh bermain bunga api dan mercun dengan selamat ialah kerana sejak dari kecil lagi iaitu di sekolah tadika, mereka telah di ajar dan di demonstrasikan cara-cara bermain bunga api dengan betul dan selamat..! Sebab itu di Jepun bila masuk je musim panas, pek bunga api pun laris di jual macam goreng pisang panas tapi jarang pula kedengaran insiden insiden yang tidak di ingini..!

Agak-agak Malaysia boleh laksanakan tak macam ni..? maklum la kita ni tak di berikan sylibus yg betul bab2 main bunga api ni sebab tu masing-masing 'buat sylibus sendiri'! hu hu

10 sweet comments:

~dYaHaHa~ said...

x boley kot sbb org malaysia advance, BUAT SENDIRI BUNGAPI instead of beli bungapi di pasaran..hihi..

Unknown said...

ayu tak sabar nak ajar aleesya + ayyunie main bunga api ni...sebab raya tahun lepas aleesya + ayyunie kecik lagi...kurang mengerti...tapi setakat bunga api yg biasa2 jer lah..

Eliss said...

bestnya main bunga api.tapi orang malaysia ni terlebih kreatif, bunga api yang dipasaran tu meletup tak kuat katanya..alahai...tu ramai yang jadi mangsa tu sebab alter sana sini!

☆ lieya latif ☆ said...

mmg beza kan izan...aku penah tgk gak gambar2 kawan aku yg dok jepun...mmg meriah time dieorg main bunge api....takde pun kes2 putus tangan ke ape....budak2 kite ni advace sgt...suke alter sane sini...ubah tu ubah ni...tambah belerang laaa...ape laaa....so bende yg patutnye seronok dah kene haramkan...rugi tul..

yatie chomeyl said...

aah skrg byk duk jual bunga api. kitorg dh beli gak tp tggu malam raya baru nak main hehe

Ciklinn said...

ha betull tu... org malaysia pndai sgt... hihihihihi makanya anak2 ciklinn main jerla mercun baling2 yg tecik2 tu jer... hihi

wahh bestt nye kan duk sana.. leh mian bunga api besar2 punyerrr

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

orang malaysia terlebih cerdik.. tak syok main bunga api ..dorang lebih suka letup dalam buluh, isi belerang sendiri.. tu pasal la asyik putus jari. hehehe

*∽ IZAN ∽* said...

tu la pasalll.. rakyat malaysia ni memang terlebih kreatif.. especially yang tertulis dalam undang2 yang tu yg nak dilanggar nye dulu! macam budak2.. lagi kata JANGAN lagi di buatnyerr.. hu hu

*∽ IZAN ∽* said...

Memang seronok main bunga api kat sana.. besar-besar.. macam-macam jenis plak. main pun happy je tak rasa macam 'penjenayah' cam kat mesia nihh hu hu

tiefazatie said...

pergh..punya men best sis!baru la!hihi..but org msia xleh kot..dorg kan kreatif n inovatif..kang leh wat jd bom plak kang..huhu