Salam..
Hari plan nak gi cari kasut budak-budak. Aku ni kadang nak shoppping awal sangat takut 'TER'pakai sebelum raya.. bila shopping lambat-lambat cam  ni kena hadap je kalau kena beratur panjang, parking penuh dsb  huhu. So pagi ni kena la kuar awal-awal sket.


Sebenarnya nak citer sket pasal KUIH NETBAK.  Sejenis kuih Tradisional Terengganu yang hanya boleh di dapati ketika bulan Ramadhan. AKU TAK PERNAH MAKAN LAGI KUIH NI. Dan sekarang ni memang tengah 'mengidam' gillerrrr nak cuba rasa tapi sayangnyaa kuih ni bukan senang nak cari kat sini. Aku pun tak jumpa-jumpa lagi. Tadi kat Putrajaya pun tak terpandang gak.

Kenapa aku 'mengidam' sangat ni...? oh jangan salah sangka... walaupun Dania dah stop BF tu tak bermakna Dania bakal dapat adik.. NO! NO! NO!!!! Not yetttttttt...................!!

Begini kisahnya.. kira-kira 2 minggu  lepas aku ada la dapat foward E-mail pasal Kuiz Kuih-kuih Tradisional di Malaysia. Korang pun mesti ada dapat gak kann...? dalam tu ada 60 jenis kuih-muih. Kita letak jawapan kalau betul dia akan bagi score. So dalam banyak-banyak kuih ni yg dok jadi sebutan ialah KUIH NETBAK nih. Aku dah la memang tak pernah nampak dan tak pernah jumpa.. tapi jadi TERHINGIN plak sebab diaorang duk cite-citer kann..

So kebetulan masa tu Bos aku datang melepak kat Meja aku... sambil tiba-tiba bersuara "Saya ni teringin betul nak makan kuih NETBAK... susah nak cari kat Bazaar Ramadhan ni... kalau makan sejuk-sejuk sedapppnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr....!!!' Sambil buat gaya makanan turun ke tekak macam dalam Upin & Ipin the Movie tuh.

Aku dengar je BOS aku tu sebut kuih Netbak terus "En. Kha***..!! Camana En.Kha*** bleh tersebut pasal kuih Netbak depan saya ni... Saya ni pun memang dalam kepala dok tengah terpikir-pikir pasal Kuih NETBAK nih..!!

Masa tu kebetulan sorang ofis mate aku tengah balik kampung ke Terengganu, apalagi teruslah Bos aku kirim Kuih Netbak tu suruh dia tolong carikan kat kampungnya nanti..!

So hari Isnin berikutnya pagi-pagi lagi aku dah terserempak ofis-mate aku ni jinjing plastik.. bila aku tanya Kuih Netbak ke tu..? 'Ya ' Angguk ofis-mate aku. So ofis-mate aku pun letakkan le bungkusan tu kat Pantry. Tapi yang di belinya Netbak kering maksudnya kena sira gula sendirilah nanti sebab kalau beli yg dah bersira takut tak tahan lama. So aku pun search gak le kat internet cara-cara nak sira NetBak tu ngan gula nanti.

Bos aku plak memang dah berseri-seri dah air muka sepanjang hari tu sebab Kuih Netbak tu dah ada kat pantry. Ofis-mate aku beli50 biji dan Bos aku dah kata dah aku punya 10 biji. Cukup dah tu sebab aku pun saje firsttime nak rasa.

Pukul 5 petang Bos aku masuk lagi ofis.. aku pun tanyala.. 'En Kha*** dah boleh ambik kee.. dah nak balik ni takut lupa pula nanti'. Maklum la, Bos aku yang kirim.. ak ucuma tumpang sekaki je tak kan la aku mandai2 nak amek sendiri kan. Maka Bos aku pun terus jenguk kat pantry... bila keluar balik dia datang kat aku "Izan.. kuih NETBAK tu dah tak ada dah.. DAH KENA BUANGGG...!!!'

Aku  " NgaaaaAaaAaAaAaAaAaAaa...... betul keEn. Kha*** cakap ni..? ke dongeng ni..?'
Aku macam tak percaya sebab aku nampak ngan mata kepala sendiri ofis-mate aku bawak bungkusan kuih NetBak tu..'Iye zann... dah tak ada dahh.. dah kena buang dek QA'

Aku rasa cam ...'UwwwWwwaaAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAaAaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!' betul ke apa yang aku dengar nih... terus rasa macam kisah dongeng 'Telur Ikan Tembakull! ha ha ha

Bila di selidik camne belh QA TERbuang tu gara-gara cleark diaorang tengah dok buat 5S - kemaskan pantry. Nampak pulak bungkusan kuih ni yang dinaiki semut.. bila tengok dalamnyer macam kuih bahulu.. so dia terus buat kesimpulan agaknya kuih ni dah lama ditinggal orang, maybe kepunyaan ce nun alip since diaorang tak posa.. terus la DI BUANGNYA KE DALAM TONG SAMPAH..!!!

uuUUuwaaaAAaaaaaAAAA..!! Memang sadis wehh.. aku tengok air muka Bos aku pun terus hilang serii... ohh memang terkilan tak sudahhhh. Dah la kuih tu cuma di jual ketika bulan Ramadhan dan lebih senang di dapati di Terengganu sahaja..!!!

Moral of the story... puasa ada 10 ari lagi ni. Kalau le kengkawan ada info pasal kat mana Kuih ni ada di jual kat Selangor ni bleh la kasi info kat temann... uhukk uhukk uhukkk..!!

Sekian tragedi Kuih Netbak di Ramadhan 2010... uwaaaaaAaAAaaAAaa............!!

Nota Kaki : Bertambah 'Tragedi' bulan Ramadhan aku nih... KLIK SINI

6 sweet comments:

Mama Zharfan said...

kuih ni pun sgt common kat negeri me (kelantan)..tp me tak suka sbb manis :p

tiefazatie said...

wah...adeh..cian sis..ifa nama je duk sini..tp xmkn pun..hihi..xske la..manis dorg ckp..lala

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

alahai izan, sian saya dengar cerita ni.. memang rasa ralat la kan, benda depan mata tp tak de rezeki nak makan..

saya tau netbak ni. tp saya tak pernah rasa jugak.. mak saya yang suka sebab dia orang terengganu.. saya agak2 rasanya mesti manis kot..

saya pun tak pernah nampak orang jual kuih ni.. maaf la tak dapat tolong

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama Zharfan :

Tu laa.. rasa nya Kelantan pun ada kan. Tapi kaler dia macam oren sikit.. tul tak?

*∽ IZAN ∽* said...

RE Tiefa :
Memang SADIS dik...uhukk uhukkk! tu la manis -manis tapi dah terhinginnnn nak wat camnerrr hu hu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mimi :
Kann..!! Izan pun tak pernah jumpa... mana nak carik nihh!

Seb baik la kat Taman PP ni kat bazaar dia ada jual SATA(R) Kemaman mari... memang sedappp gilerrr *eh lari topik plakk.. he he*