Salam..
Mungking ramai yang dah beli tiket balik kampung sempena Aidilfitri tahun ni dah berangan-angan dapat naik bas dengan lebih selesa di stesen Puduraya baru tapi nampaknya hasrat tu tak kesampaian tahun ni... hu hu. Apa nak buat, kontraktor 'tersalah anggar' pulak dah...


credit : google


Cerita pasal Stesen Puduraya ni, aku pun ada gak 'tragedi Raya' kat stesen nih ha ha. Tak silap aku Aidilfitri tahun 1996. Waktu tu aku masih belajar di AAJ, UM.Seingat aku Tiket yang di beli lebih kurang bertarikh 23hb Disember, jam 1 pagi (tak silap di tulis jam 25:00). Makanya sepatutnya aku naik bas pukul 1 pagi  semalam tapi aku datang keesokan malamnyer...!! Dek konfius dengan waktu yang tertera di tiket bas, yang ke'konfius'an tu HANYA di sedari keesokan malamnya bila tersedar yang bas aku dah berlepas malam semalamnyer lagi...!! Adoiiiiiiiiiiiiii...!! Panik kejap aku bila sampai2 stesen bas cek dengan kaunter kata bas tu malam semalam punya. Dah la musim-musim raya ni tiket confirm la dah habis licin semuaa.. siap ada bas tambahan lagi. Aku dah tepon Mak kat kampung... nampak gayanya beraya kat UM je la tahun tu... Dah 'terbayang' dah suasana pagi raya di dewan makan kolej.......uuuuwWwwwaaaaaaaaaaAaaaAaa!!!!!!!!


Apapun aku cuba juga merayu dengan pemandu bas yg di jadualkan bertolak ke destinasi yang sama nak aku tuju malam tu. Aku kata tak kisah, berdiri sepanjang perjalanan pun takpe la janji aku boleh tumpang balik naik bas tu. janji boleh sampai kampung sebelum raya.. bukan aku tak beli tiket... tapi tersilap tengok tarikh dan waktu perjalanan...!!! uhukk uhukkk...!


Masa tu pemandu bas suh aku tunggu kalau-kalau ada penumpang yg tak datang or kansel etc. Maka aku menunggu dengan penuh neves dan paniknya kat tepi platform waktu tu.. duppp dappp duppp dapppp duppp dappppppppppppppppppp jantung aku bergetarrr......!!


Tiba waktu perjalanan, driver kata ada satu seat kosongg..! Alhamdulillahh...!!! syukurr  sangat-sangatttt dapat naik bas balik kampung malam tu..!! Terima kasih bebanyak sangat kat driver bas tu.. Transnasional tak silap. Dah la tu Raya terakhir sebelum aku berangkat ke bumi sakura tahun depannyaa.. kalau dah kat seberang laut tak dapat balik beraya tu faham la kann.. di kalau kat tanahair sendiri pun tak dapat balik beraya memang HARU BIRU la wehh..!! iskk iskk iskk


Sekian kisah 'Tragedi Raya di Puduraya' ku he he he.




************************************************************************


sumber :Malaysia kini


Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

NONEBeliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.

"UDA Holdings memang ada janji bahawa projek naik taraf ini akan siap dan boleh digunakan seminggu sebelum Hari Raya. Malangnya dua minggu lepas, saya terima pangilan daripada UDA (Holdings) yang mengatakan ia tidak dapat siap seperti yang dijanjikan sebab struktur itu perlu diolah bagi menempatkan lif dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Justeru, beliau berkata isu projek tidak siap mengikut jadual juga tidak timbul memandangkan kontrak UDA Holdings bagi menyelesaikan pembinaan itu adalah sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan wang tunai RM300 dan kurma kepada 400 orang daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Pusat Rahmat dan e-kasih, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL bagi meringankan perbelanjaan menghadapi Hari Raya.

NONE"Memang kalau mengikut kontrak, UDA Holdings perlu menyiapkan pembinaan itu menjelang hujung tahun ini, cuma pada mulanya mereka beranggapan struktur di tingkat bawah itu dapat disiapkan lebih awal untuk pengguna, tapi disebabkan kesulitan yang dinyatakan, ia tetap tak boleh digunakan lagi," katanya.

Sebelum ini Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mengakui kerja pengubahsuaian hentian bas Puduraya tidak sempat disiapkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Beliau berkata, ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Puduraya hanya boleh beroperasi semula hujung tahun ini.

puduraya bus station 260908 01Ketika ditanya pemberita mengenai penjualan mercun dan bunga api secara terbuka di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen bagi menjual bahan itu.

"DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen untuk menjual mercun dan bunga api dan seperti yang pihak kami maklum, penjualan mercun dan bunga api adalah perkara di bawah kawalan polis.

"Mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menjualnya di tempat terbuka, tetapi hanya polis yang boleh mengambil tindakan dan saya minta jika ada dijual, laporkan segera kepada polis," katanya. 

- Bernama

10 sweet comments:

Nad @ MamaZakwan said...

hukhukhuk,tak dibayangkan kalu saya yg kene gitu..huhu!

naseb baik la..naseb kak izan baik ;) hehe..

kinna said...

hehe..lucu pon ade gak..camne la buleh silap tarikh.. :)

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

sat2 mula saya gelak dulu coz boleh plak salah tarikh.. tp lepas tu kesian pulak.. ialah saya faham kalau la tertinggal bas, memang boleh pengsan la tak dapat balik kg beraya.. uwaaa

☆ lieya latif ☆ said...

uih kalo aku mau kecut perut...tapi mmg lawak tau izan..tegelak2 gak aku heheeheheh......

aku ms zaman belajar kat uitmlaaa merase naik bas...pastu dah takde dah...tapi aku balik johor jek, so tiket tu mmg manjang jek ade...tak le risau sgt...

Aleyn said...

Patutlah..aku ada dgr citer gak pasal penangguhan stesen bas pudu ni..tapi sbb x balik naik bas..so x masuk pot ler...

Apa pun mesti cantik dan gah kan bila dah siap nanti

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad :
Tu la.. seb baik ber'naseb baik' ha ha

*∽ IZAN ∽* said...

Re kinna :
tu la.. memula confident giler kalau pukul 1 tu kira esoknya punya pukul satuu.. isk isk iskkk

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mimi : Ha ha.. sekarang ingat memang gelakk laa.. dulu memang pucat lesi tunggu kat tepi platform takut tak dapat balik raya HA HA HA

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya : Ha gelak gelakk.. saje nak geletek kenkawan pagi-pagi bulan posa ni kasi happy he he

*∽ IZAN ∽* said...

Re Aleyn :
Tu la.. tak silap sebelum ni pun dah pernah renovate sekali.. sekarang ni nampaknya lagi cun laa stesen PUDU nanti hu hu