Salam... Sabtu lepas hisashiburi join Sempai Taiken wo Kikukai event
@Hari mendengar pengalaman senior. Objektif event ni ialah untuk para senior berkongsi pengalaman dan TIPS masing-masing bersama junior-junior RPKJ (Rancangan Persediaan Khas Jepun) tahun 2 yang akan menginjakkan kaki ke bumi sakura dan meneruskan perjalanan sebagai perantau di bumi asing jauh dari keluarga dan sanak saudara. Tahun ni batch ke 29 dah dan di jangkakan berangkat ke Jepun bulan 3 2011 nanti.
Kohai-kohai RPKJ batch 29.
Aku pernah beberapa kali join event ni especially masa single mingle dulu.. dan masa jadi AJK dulu pun pernah tolong coordinate. Tapi lepas ada family semuanya telah aku lepaskan di atas sebab-sebab komitment kepada keluarga tercinta. Tahun ni Alhamdulillah... dapat join gak tu pun setelah di ajak oleh member satu batch yang organize kan event ni tahun ni hu hu.
Sessi bertukar-tukar pengalaman dan pendapat di dalam kelas. Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Banyak yang dikongsikan.. dari segi menjaga kewangan, pelajaran, keagamaan, pemakanan halal, part time, bercuti@melancong, AP bawak balik kereta dan tak lupa yang penting bagaimana membina hubungan silaturrahim dengan masyarakat Jepun itu sendiri.
Tu dia.. semua kohai-kohai nampaknya betul-betul menumpukan perhatian..
Antara sempai@senior dan sensei@guru yang hadir
Geng-geng satu batch ~ RPKJ 14
Ahaa.. member aku sorang ni memang baru balik dari Night shift...kerja kat HP. Tau la mengantukk... snap gambar pun sempat tertidur kee.. isk isk iskk
Free discussion and Q&A with kohai@junior. Banyak gak yang di tanya oleh adik-adik kita ni. Especially tentang course yang hendak di pilih dan bidang kerja dan market yang ada di Malaysia. Tak lupa juga tentang kehidupan especially bab pemakaian tudung di negara bukan Islam, berpuasa dan menyambut Aidilfitri di perantauan... memang agak sadiss you... bersedialah..ha ha!
Contohnya dulu masa aku kat sana, Ramadhan ketika musim sejuk. Makanya pukul 5:30ptg tu dah maghrib sedangkan kelas pun tak habis lagi. Moralnya selalu jugak la berbuka makan gula-gula je dalam kelas.. ha ha.
Posing lagi.. semua wajah-wajah suci yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tak lama lagi.
Landmark AAJ (Ambang Asuhan Jepun). Model mana plak sesat nih..
Landmark AAJ.
Banyak kenangan 2 tahun kat sini...teringat memang tahap air mata darah la nak hafal semua kanji-kanji@tulisan Jepun tu masa buat preparation. Dah la test kanji hari-hari. Basuh baju (pakai tangan) pun siap tampal dulu kertas kanji kat dinding depan... boleh plak basuh baju sambil hafal kanji.. Kalau pergi surau ngan member2 pun buku kanji tu tak lepas kat tangan.. memang bawak ke hulur ke hilirr....haru biru wehh...hu hu
Anyway, event tamat kira-kira pukul 1 tengahari. Buat kohai-kohai ku, merantau ke negara orang seorang diri memang besar cabarannya. Maka persiapkanlah diri dari segi rohani, mental dan fizikal.Yang penting ingat matlamat utama ke sana dan pastikan matlamat itu tercapai bila balik nanti okeh...!
Ganbatte kudasai..!!!
6 sweet comments:
wah kiranya awak antara orang yg terawal jugak la yer belajar kat sana.. untung kan, muda2 dah belajar jauh2 .. seronok saya tengok mereka
ahaha.. tak de la awal sangatt.. dah batch yg ke-belas belas dah tu hu hu h.
Ehh.. Mimi ni formal betull... hik hik hikk..
La... Naper x ajak :)
Nak dengor kome bagi speech.. Hehehe
Hada ngan Ila pun ade....
Re Ambrynaa:
Ntah.. aku pun koki yg ajak thru sms.. aku pun memula tak tau pun sape yg datang.
Sampai sampai tengok Hada, Ila.. Kubai pun adaa hu hu.
Semua pun hisashiburi jeee..kekekeke
Kalau dah datang mane leh 'tengok' jee.. kena aaa join sekaki kasi speech ha ha
Izan.. Aku tak layak bagi speech.. Huhu.. Kalau setakat kongsi cerita pasal baito & ryoko bleh la. Kekkeke
ahahahah.. maaaa dai tai no hanashi wa soiu gurai no hanashi da yo..! nama pun TAIKEN wo kikukaii.. hu hu
Post a Comment