Pagi-pagi lagi bacer paper dah terpampang berita yang tak sedap di dengar. Berita 'biasa' bila tiba bulan ramadhan. Seingat aku masa kat Jepun dulu bila tiba musim panas bunga apa dan mercun di jual merata-rata... dekat convinient store macam 7-Eleven pun ada. Dalam pack dia tu macam-macam jenis, siap di sediakan plastik sampah, bekas isi air utk matikan mancis etc. Diaoran pun meriah gak main bunga api & mercun time musim panass.. tapi tak ada la sampai punah ranah terbakar sana sini...
Tu la.. rakyat negara kita ni 'kreatif' terlebih. Suker 'oter' itu ini.. tu yang dari bunga api leh jadi meriam tu sampai terpaksa pulak di'haram'kan.. penyudahnya jadi la kes-kes macam ni.. sorok sana sorok sini punya pasall. isk isk iskk.
kisah selanjutnya : Sumber utusan Malaysia.
Budak maut stor mercun meletup
KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter.
Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai.
Dua lagi mangsa berusia 19 dan 20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.
Kedua-duanya yang belum dikenal pasti identiti masing-masing ditemui bergelimpangan di depan halaman rumah itu dalam keadaan berlumuran darah.
Mayat kanak-kanak malang itu hanya dapat dibawa turun oleh penduduk kampung kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Mangsa-mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan.
Mayat mangsa yang merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga, Ayub Abd. Rahman, 28, dan Kamariah Suffian, 25, itu turut dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian hari ini mendapati, keadaan bahagian depan dan anjung rumah tinggal berkenaan musnah akibat letupan tersebut.
Seorang saksi, Nurshefli Azhar, 36, berkata, letupan itu mengejutkan dirinya yang ketika itu sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.
Katanya, gegaran itu turut dirasainya dan dia yang menjengah ke luar rumah melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit.
Dia terus bergegas ke lokasi kejadian lalu mendapati dua remaja lelaki bergelimpangan di atas tanah di halaman rumah.
"Saya tak pernah dengar bunyi letupan sekuat ini dan saya terus ke tempat kejadian dan terlihat dua remaja cedera parah," katanya.
Katanya, seorang daripadanya, tidak sedarkan diri dengan sebahagian kakinya hancur manakala seorang lagi di bawah timbunan kayu.
"Pemuda yang cedera itu sempat beritahu saya ada seorang lagi budak jadi mangsa lalu saya naik ke atas rumah untuk mencarinya sehinggalah saya jumpa mangsa (Khairil Arif) terlekat di atas pokok dalam keadaan mengerikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.
Beliau memberi jaminan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan.
Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.
"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini.
"Kita harap orang ramai jangan terlalu ghairah mencari keuntungan dengan menjual bahan terlarang dan membiarkan anak-anak bermain mercun," ujarnya.
4 sweet comments:
masa kecik2 dulu pun terlebih kreatif gak tp x de la sekreatif budak2 skrg
kat jepun , main bunga api kene ade sebaldi air kak...bnga api je kot..hehehe
tp cmne pun dhsyat la mesia, minta dijauhkan..nauzubillah~
Re Eelobor
Tu la pasall.. dulu kreatif2 pun rasa masih di tahap terkawal lagii.. hu hu
RE Sylver shooter :
Tu la pasall..bekas air kena ada.. mercun pun ada ape.. siap jual sett.
tu laa.. mesia bab2 nih memang advance dik!
Post a Comment