Salam..

Tak sedar dah seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramdhan yang mulia ini. Alhamdulillah.... syukurrrr dengan nikmatNya. Barangkali bulan Ramadhan juga bulan yang di limpahkan dengan kurniaan rezeki yang melimpah. Peniaga-peniaga di Bazaar Ramadhan, rumah-rumah anak yatim dan kebajikan contohnya. Di samping tu rasanya para blogger pun mungkin akan dapat melihat peningkatan UV di blog masing-masing. Al-maklumlah bulan Ramadhan ni ramai yang mengantikan acara 'makan tengahari' kepada acara 'melayari internet'. Even blog aku pun selalunya average dalam 80 UV sehari tapi masuk Ramadhan ni Alhamdulillah... setakat seminggu pertama ni boleh konsisten atas 100 UV. Alhamdulillahhh..................!! Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah ke sini ! Peace....!!


Jadi kepada para blogger yang ada pasang iklan Nuffnang dan tak pernah merasa Nuffnang Buffered Earning, maka inilah masanya untuk mencuba 3 TIPS mudah cap TIGA Ayam di bawah hu hu. Maklumlah... aku pun blogger golongan marhain jugak. Masih kategori saya budak baru belajar.. so sekadar berkongsi TIPS yang menjadi amalan... nak ikutkan ramai lagi blogger tegar yang bagi banyak TIPS tapi cukuplah aku kongsikan 3 TIPS je supaya korang tak pening. 

BE untuk Ramadhan. Ada 5 setakat ni. Alhamdulillah....

3 TIPS MENAMBAH UV BLOG ANDA :

1. KERAP : Kerap mengupdate blog. Ahaaa... ada blogger yang update berkali-kali dalam sehari. Tapi kalau dapat update sehari sekali pun dah cukup bagus tu. Cuba amalkan sampai ada pembaca yang tau anda akan update topik hari-hari. InsyaAllah... bila blogger buka je blog dia, tengok ada update terus la dia jengahh..

2. VARIASI : Variasikan topik anda antara personal topik dengan topik-topik berunsur fakta atau topik semasa. Biasanya anda ada pengunjung setia yang selalu ingin tahu perkembangan kehidupan peribadi anda terutamanya di kalangan teman-teman blogger rapat, rakan-rakan atau ahli keluarga. Tapi selangselikan juga dengan topik berunsur fakta dan isu semasa. Topik-topik begini akan membantu menambahkan UV anda berdasarkan carian di google sementelah topik berunsur fakta selalunya tidak ada expiry date so sekali anda blog topik begini, bila-bila masa bila ada orang perlukan data untuk di cari, InsyaAllah akan sampai ke blog anda.


3. PING BLOG. Haaa... banyak site yang menawarkan fungsi PING BLOG ni tetapi yang selalu aku layari ialah GENGBLOGGER. Senang je.Register jadi ahli menggunakan login facebook anda. Then setiap kali anda publish topik baru, login ke Geng Blogger dan ping blog anda di sana.

Sebenarnya banyak lagi TIPS-TIPS lain, ada bermacam-macam cara lagi.Awal-awal dulu banyak gak baca tips2 dari GTO, Joegrimjow & Ben Ashaari. Terima kasih gak gak diarorang sbb sudi share tips2 berguna tu. Di samping tu rajin-rajin la promote blog. Ada macam-macam cara. Ada yang rajin buat contest, giveaway... tak pun rajin-rajin la blogwalking tinggalkan komen kat blog orang lain. InsyaAllah pengunjung akan ziarah blog anda juga. Dan bila UV meningkat dan konsisten, InsyaAllah BE pun akan appear kat Nuffnang Dashboard tu.. hu hu

Apapun... Selamat berblogging dan terus mencuba..! hik hik

7 sweet comments:

Unknown said...

good info dear...heheh...amat sesuai utk daku ni..

En iLHAM said...

wah
thanx for da tips
insyaallah akan dipraktikkan
hehe

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

betul tu...kita pun ada wat tip macam mana nak tingkatkan UV ni...kita ada target everyday mesti ada 100 lebey UV kat blog kita...now agak merudum sikit sebab bulan posa dah mula malas nak update blog...

Mama Zharfan said...

me baru jer amalkan the 1st two tips tu..memang jadik!!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ayu & En Ilham :

Sila sila.. Izan pun belajar dari orang lain.. :P

*∽ IZAN ∽* said...

Re Anje :

Tu lah.. bukan senang nak manten UV 100 kalau blogger marhain cam kita. Tapi tak pee... apa pun sebenarnya just suka suka je berblogging kan he he

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama Zharfan :

Menjadi kan..! Tu lah Izan tengok Mama Zharfan rajin blogwalkingg.. lagi besar la 'network' hu hu