Assalamualaikum..
Baru submit cuti Raya hari ni tetiba ada member
foward link kat bawah ni..
So sape2 yg nak apply cuti boleh letak dalam schedule sekali..
3 cuti umum dalam seminggu..! Save AL tahun ni.. uhuhuhuhu!
credit photo : Google.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am
tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena
Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos
depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari
kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada
pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan
Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos
2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am
tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan
bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh
pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai
hari kelepasan tambahan. - Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
4 sweet comments:
tu le izan...lieya dah kire2 dah nak amikcuti ari ape eheehehehe...so isnin ngan jumaat....pastu lepas raye tu isnin sampai rabu..yihaaaaa!!
oh ye lahhh kat sini kawan2 akak lama dah tahu ekekek sbb kami cuti seminggu tu dik :))
best kan .. sambut merdeka dlm minggu raya :))
Hmmm....amik isnin n Jumaat ler nampaknyer.....cuti todate tinggal 11 ari....ok la kot
kesimpulannya cuma perlu ambik cuti 2 hari jer.....nanti dapat 9 hari termasuk 2 kali sabtu & ahad
Post a Comment