Assalamualaikum..
Baru submit cuti Raya hari ni tetiba ada member
foward link kat bawah ni..
So sape2 yg nak apply cuti boleh letak dalam schedule sekali..
3 cuti umum dalam seminggu..! Save AL tahun ni.. uhuhuhuhu!

credit photo : Google.

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia

4 sweet comments:

lieyalatif said...

tu le izan...lieya dah kire2 dah nak amikcuti ari ape eheehehehe...so isnin ngan jumaat....pastu lepas raye tu isnin sampai rabu..yihaaaaa!!

kurus said...

oh ye lahhh kat sini kawan2 akak lama dah tahu ekekek sbb kami cuti seminggu tu dik :))

best kan .. sambut merdeka dlm minggu raya :))

Aleyn said...

Hmmm....amik isnin n Jumaat ler nampaknyer.....cuti todate tinggal 11 ari....ok la kot

eelobor said...

kesimpulannya cuma perlu ambik cuti 2 hari jer.....nanti dapat 9 hari termasuk 2 kali sabtu & ahad