Assalamualaikum..

Share link dari salah sorang sahabat di Facebook.
Terkejut gak tengok statistik sampai berpuluh ribu 
di kalangan umat Islam...! Nauzubillah...

Apapun peringatan kepada kita sebagai Ibu Bapa
yang punya nak lelaki.. bagaimana nak mendidik anak-anak 
lelaki kita untuk menjadi lelaki yang berkualiti 
 apabila mereka dewasa kelak.. 
Pepatah melayu kata.. Bapa borek, anak rintik..
Jika elok acuannya InsyaAllah.. eloklah hasilnya...

Apapun bersyukur dengan nikmat kasih sayang dari
insan-insan yang paling di sayangi.. semoga
kebahagiaan berkekalan dunia dan akhiratt.. aminnnn...

Sumber : Kosmo
KUALA LUMPUR – Kegagalan lelaki menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga dikatakan menjadi punca utama peningkatan kes jumlah pasangan Islam yang bercerai berbanding pasangan bukan Islam di negara ini.
Pakar Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, penemuan itu adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Apabila suami gagal melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga, kewujudannya tidak lagi dianggap penting, malah ada isteri yang menganggap ketiadaan suami bukan lagi satu beban tetapi rahmat,’’ katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie kelmarin mengenai kes pasangan Islam yang bercerai meningkat daripada 22,289 kes sepanjang tahun 2008 kepada 27,116 kes pada tahun lalu.
Pada masa yang sama, jumlah kes perceraian pasangan bukan Islam menurun kepada hanya 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes tahun 2009.
Menurut Suzana, kekurangan ilmu rumah tangga dan perkahwinan selain kecenderungan niat tidak tepat untuk berkahwin turut menyumbang kepada perceraian.

P/S:  Memang ada yang ku kenal, si Isteri mengalahkan Super Hero bertungkus lumus mencari rezeki setiap hari...  sedangkan si suami mengalahkan CEO duduk goyang kaki... Mujur kesabaran masih di takhta tertinggi si Isteri.. kita yang tengok tak sampai hati...apa nak jadi.....

2 sweet comments:

Unknown said...

harap2 dpt didik anak laki elok2..
tp ayahnye pon kene kelaku elok la jugak kn..:)

fiziskandarz said...

thanx for the reminder kak izan :) tuhs la baca menda2 cam nihs kadang2 make us step back and rethink about our life :)