Assalamualaikumm....

Panik! Panik! Panik!!
Korang pernah ada pengalaman tercekik tulang ikan tak..?
Aku berani bet semua orang pernah! Ha ha...! Aku pun pernah..
kecik2 dulu...eiiii.. memang seksa kalau dah tercekik tulang ikan ni.
Tapi kalau sekarang kot ye pun tercekik tulang ikan, kita yang dah dewasa ni
pandai la nak beger camne nak keluarkan kan.. ni kalau si Dania yg 4 tahun tu..?
Uwaaaaaaaaaaaa...! Ngan aku-aku sekali rasa cam nak nangiss..!!


Cam ni ceritanya...
Malam semalam masak Sup ikan merah, terung masak sambal & telur dadar.
Danish & Dania dah sibuk main basikal kat luar ngan anak jiran sebelah.
Malam tu Dania yg dah penat main tak nak makan nasi, so kitaorang pun pujuk la
makan sup ikan tu je at least kan. So aku yg cedukkan sup & isi ikan
dalam mangkuk kecik. Abang yang tolong suapkan Dania sambil layan dia makan
dalam rumah. Dah settle makan malam tak terus basuh pinggan.
Dok layan Drama Mantera Anjasmoro-TV3 kan... uhuhuu.
Habis layan Drama baru la sibuk kemas dapur & basuh pinggan.
Tengok atas meja ada lagi sup ikan tu .. so aku panggil la Dania suh habiskan
sup ikan & isi ikan yang dah suap tadi. Sambil suh dia habiskan
aku pun join makan sekali.. 2 suapan terakkhir tetiba Dania mencemik
dan keluarkan balik ikan dalam mulut dia.. lepas tu muka dia macam tahan sakit
dah terus start menangis..!  Aku terus tarik dia pergi bilik air..
 Dania dah start menangis lagi kuatt... sambil panggil Abang
terus aku suruh dia nganga mulut..! Ni mesti tercekik tulang ikan gak nya..!
Aku dah tak sedap hati dahh..! Sambil Abang cari torch light tu aku cuba
 tengok dalam mulut Dania. Masa ni memang dah agak cemas
dah sebab Dania nangis meraung-raung kesakitan..! Aduhaiiiiiiiiii.....!!!
Demi Dania nganga mulut tu aku nampak memang ada
benda putih tersangkut kat anak tekak dia.
Aduhaiii.. confirm la tulang ikan tuhh! Dah la Ikan merahh...!
tak tau la saiz sebenar tulang yg tersangkut tuhh!!
Tangan aku pantas je jolok tulang ikan tu konon nak cungkil keluar,
memang kena ngan jari aku tulang tu. Tapi Dania bila aku jolok jari aku kat tekak dia
terus menangis LAGI KUAT... !!!!

AaaaAaAaAaaaaaaaaaaAaaaAaa....................!! Aku panik,
Abang pun ikut panik. Abang cuba suluh lagi sekali kat tekak tapi dah tak nampak...
Dania masih menangis.. Abang terus ajak pergi Klinik. Abang naik atas tukar baju..
aku kat bawah pun nak cari baju gakk.. Dania masih meraung-raung sambil terbongkok2
 cam orang nak muntah tu.. bayang kan lah..! Aku pun panikk.. tak sampai
hati dengar anak menjerit kesakitan cam tuu.. aduhhhhhhh!!

Tak jadi aku cari baju terus aku dukung & dakap Dania..
usap-usap belakang badan dia cakap
Dania kuat.. !Dania kuat...!! Nanti kita jumpa Doktor.
Bila Abang turun balik Dania dah reda dari meraungg.. .. lega sikit tengok.
Agaknya masa aku jolok jari tu tulang tu dah terlepas ke bawah sket.
Aku terus salin baju dan kitaorang terus keluar pergi Klinik.
Dah la dah malam.. nak kul 11. Seb baik ada satu Klinik 24 jam kat Taman PP tu.
Sampai klinik Dania pun dah tak menangis dah.Tapi bila tanya sakit lagi tak
dia kata sakit.. bila tanya kat mana dia tunjuk kat tekak dia.
Sambil membebel2..
"Mama tak tengok pun kulit fish... *tulang ikan*"
"Dania tak nak cucuk!" *trauma kes kena cucuk jarum drip kat spital
Maksudnya tak tengok2 pun tulang ikan tu masa suap dia...
Aku pulak sebab Abang dah suap separuh ingatkan semua dah kena double filter la kan.
Aku pun rasanya ambikkan isi je tadi.. uhuhuhuh

Anyway sampai klinik jumpa Doktor, Doktor terus buat surat suruh refer Hospital..!
Aduhaiii..!! Sebab Hospital yang ada peralatan nak scoop tengok kat
dalam kerongkong tu kalau ada apa2 sangkut. Sambil tu Doctor pesan,
tulang ikan akan reput dalam masa 2 hari cuma
nak tunggu 2 hari tu takut budak tak tahann..

So lepas ambik surat.. aku & Abang diskas.. nak try bagi makan pisang dulu.
Pergi la cari pisang. Dah tetengah malam ni mana nak jumpa kedai bukak dah..?
Last2 gi kedai mamak sebab Mamak kan ada jual roti canai buh pisang kan..?
Gambar hiasan
Sampai kedai bila Abang tanya mamak tu ada jual pisang tak Mamak tu
pun kata tak dak. Abang pergi tengok kat tempat org tebar roti canai..
"haa.. tu ada Pisang. Saya nak beli satu je, anak saya dalam kereta menangis2
nak makan pisang" pancing Abang.
Akhirnya dapat la beli seulas pisang berangan berharga 60 sen.. uhuhhu.

Dalam kereta kitaorg duk pujuk2 Dania..
Cakap kat dia Doktor pesan kalau makan pisang dengan air ribena nanti
baik. Dah tak sakit dah. Buat ubat.
Dania pun OK. Nak makan Pisang dengan air ribena tu ..sampai hampir licin.
Bila kitaorang tanya balik sakit lagi tak..? Tak dah jawabnya.
Aku tunjuk semua bahagian, dari perut, dada, kerongkong & tekak sambil
tanya sakit tak.. Dania geleng-geleng kata tak sakit dah..
Terus LEGAAAAAAAAAAAAAAAAAAA rasanya............

Aduhaiii.. Danish dari kecik tak pernah lagi tercekik tulang Ikan ni.
Dania plak TERkena.. aku memang seriau nak bagi diaorang makan ikan sendiri.
Selalunya memang ambilkan isi ikan je letak kat pinggan diaorang.
Kali ni camne ntah bleh terlepas... agaknya tulang & isi sama putih sampai tak nampakk..
Apapun Alhamdulillah semuanya selesai tanpa perlu gi Hospitall.... uhuhuhu

4 sweet comments:

azura samsuddin said...

teringat masa kecik2 dulu kalo t'cekik tulang mak/abah terus kepal nasi n suruh zura telan smpilah tulang tu x t'sekat lg .. so mmg amalkan smpi ke besar ni he3mmg izan kalo pestaim punye pengalaman msti risau kan .. Alhamdulillah dania dah ok

*∽ IZAN ∽* said...

re Zura:
izan pun kalau tercekik tulang ikan kepal nasi cam tu .. kita yg dah besar ni pandai le telan nasi kepal.. kalau budak2 ni memang haru biru la nak suh telan.. memang panik gak le bila anak2 kena.. uhuhuh

Anjasmara Abdul Razak said...
This comment has been removed by the author.
Anjasmara Abdul Razak said...

Saya juga ada alami kejadian ni. Harap tips saya akan bermanfaat buat semua... Boleh baca di sini >> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.my/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html