Assalamualaikum...
Wahhhh.. PANAS sungguh cuaca kat Malaysia sekarang nih..! Bahangnya 
lain macam..! dah berapa hari panas terik..kat rumah pun kalau ikutkan hati
nak je pasang econ 24 jamm..! aduhaiiii..

Berita Harian melaporkan cuaca panas ni bersifat sementara dan di jangka berakhir
pasa minggu depan di sebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang melanda Utara Filipina 
mengakibatkan angin bertiup dari arah Barat Daya ke negara ini. Berita lanjut KLIK SINI.

Court Mammoth pula melaporkan jualan pendingin hawa sejuk meningkat 
sehingga 5 unit jualan sehari!

Kat rumah bilik Danish tak ber-aircond. Kononnya sebab Danish cepat berkahakk...
kalau boleh tak nak manjakan sangat dia tidur beraircond hari-harii..
Malam semalam sibuk nak tidur bilik Mama.. bentang tilam depan TV.
Request Danish "Mama, can I sleep here FOREVER..?"
Kohok kohok... Mama kata tak boleh la.. Danish dah besar... tonight ONLY hehe.

Aha.. cerita pasal musim panas ni, teringat satu tempat yang WAJIB
kitaorg pergi waktu menetap di Kagoshima dulu..!
Kagoshima Tousenkyou Soumen Nagashi. Tempatnya terletak di Ibutsuki. 
Di kelilingi kawasan berbukit yang mempunyai sumber air sejuk! 

credit :Google

Apa yang best pasal Soumen Nagashi ni..? Uhuhuhuhuhu.. tersangatlah BEST.!!
Mee ni di hidangkan SEJUK! Nampak tak Mee *macam mee sua'*
tu pun di letakkan air batu. Air di sekelilingnya tu pun sesejuk air batu yang sentiasa 
berpusing dalam bekas tuh. Di hidangkan bersama kuah kicap cair yang juga 
sejuk dari peti,  Onigiri *nasi kepal* dan juga ikan bakar yg lemak-lemak masin gitu.. fuhhh..!
Cara nak makan ambil mee dan masukkan ke dalam air sejuk yang berputar tuh...
lepas tu tahan ngan chopstik, angkat celup kan pada kuah kicap sejuk...
dan makan.......... waktu cuaca panas2 ni bila masuk 
ketekak.. fuhhhhhhhhhhhhh...! Nikmat tak terkata...!!!!!

Credit :Google


Ce tengok video nya 

Memang 'menangis' la dapat makan kat sini.. terBAEK dari gunungg...!

Asal soumen nagashi ni memang di makan dengan mencelupkan mee 
ke dalam air bukit sejuk yang di alirkan dalam buluh...makan
pun kat air terjun nuu...!!


Sekarang ni dah di modenkan. Nak makan kat rumah pun boleh..
peralatan di bawah ada di jual di pasaran..


Haa... aku ada satu set macam kat atas ni bawak balik Malaysia.. 
Isi air sejuk.. ON switch.. nanti mee tu berpusing la dalam arus air tu.
Tapi sampai  sudah tak pernah guna.. haha. Rasa macam aku sorang je 
yg pandai makan nanti..uhuhu.
Yang lain semua kalau tak pedas confirm terkulat-kulat makan ekekekeke.


Kalau nak feel lagi bleh beli set yang macam kat atas ni..
Syaratnya.. isi air sejuk dari peti, kuah celup tu pun simpan 
dalam peti.. 
Cuaca panas-panas.. makan sejuk sejukk..! 
Memang TERBAEK........!!!

10 sweet comments:

eelobor said...

"kohok...kohok. Mama kata tak boleh ler".... hihihihi, nakal la mama danish nih. huhuhuhu

yatie chomeyl said...

nanti pi kagoshima nak try gak lah..menarik ni.

mamaqari said...

uniknyer makan jepun nih..

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor:
Ehehehehe... tidur bilik sendiri tu syarat nak masuk sekolah 'besar'! *sekolah rendah* hehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yatie:
COnfirm kena pergi!!!! saiko wehh!!!

*∽ IZAN ∽* said...

Re mamaqari:
tu la.. memang unik. tempatnya pun bestt huhu.. sejukkk jeee...

Ija Zambry said...
This comment has been removed by the author.
Ija Zambry said...

kat mesia ni k ija asal wat somen je mesti yang sojuk punyo. nikmatt. tak payah nagashi bagai. letak lam bowl isi ais pun cukupp emmmm isk rase nak mkn somen la pulaakkkk

*∽ IZAN ∽* said...

Re K.Ija:
nampak gaya nya lepas ni ke terjah gak Jusco cari bahan wat soumen ni.. uhuhuhuhu

ambrynaa said...

Pernah gak wat soumen. Bdak2 memang suka. Tapi tak kenyang.. Kena ada makanan lain baru puas tekak ni.. Heheh