Assalamualaikum...!

Alhamdulillah.. dah selamat sampai dari Kampung. Mengambil kesempatan 
bercuti 4 hari sempena cuti Hari Wesak hari ini. Emak, Abah & Mak Long akan 
menunaikan Umrah hujung bulan ni. Plan asalnya aku dan Abang akan pergi 
menghantar mereka ke KLIA nanti.. tiba-tiba awal minggu lepas Abang di beritahu
oleh majikannya untuk pergi outstation ke India sehari sebelum
Emak & Abah pergi mengerjakan umrah. Terus Abang ajak
 aku balik kampung dan of course laa aku yang terlebih girang uhuhuhu!

Anyway belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan 
'SELAMAT HARI GURU'
kepada semua guru-guru di Malaysia khasnya kepada rakan-rakan ku
yang menjadi guru  dan juga kepada guru-guru yang pernah 
menabur jasa dan bakti kepada diri ku selama ini. 


Jasa dan pengorbanan kalian tak mungkin akan ku lupakan.. Semoga
hidup kalian sentiasa di berkati olehNya, amin.....

Demi mengenang jasa guru, PM telah pun mengumumkan 
jadual gaji perkhidmatan perguruan di bawah skim SSM.
Boleh KLIK SINI untuk tengok jadual gaji baru..
memang lumayan bukk.!!

3 sweet comments:

Unknown said...

selamat hari guru jugak buat semua... :)

eelobor said...

panjangnyer dia bercuti,....

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor:
tu laa.. lama tak balik kampung. Labour day hari tu pun kerja.. uhuhuhu