Bagus..! Memang patut di ambil tindakan tegas kepada
mana-mana pihak yang tamak meraih keuntungan
tanpa memikirkan sensitiviti pihak lain lebih-lebih lagi
berkaitan isu BAB1 ni terhadap pengguna muslim.
Tak habis-habis nak menipu..! huh!

KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.


Sumber : Harian Metro

2 sweet comments:

eelobor said...

ada tangan belakang yang dok backup kut.....

deqlis said...

deqlis minum kopi cap 2 daun jer..
mmg bumiputera punya la ...hrp takde laa guna gelatin babi nie...

Jom baca shopping @ Mydeal.Com
Lagi pasal Erra Fazira Bertudung
Jom Join 4th batch GA Deqlis