Assalamualaikum...

Malam kelmarin, Emak, Abah & Mak Long (Kakak SuLONG) ku 
berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah..
Buat Mak Long ini kali pertama dia  mendapat 
peluang untuk ke sana..  
Abah pula dah masuk kali ke-4, 2 kali menunaikan 
haji dan kali ke-2 menunaikan Umrah. Alhamdulillah...

Teringat kali ke-2 Abah pergi menunaikan haji bawak Emak sekali,
sekitar tahun 1990 ketika tragedi Terowong Mina runtuh
yang mengorbankan beratus nyawa. Waktu tu aku masih di tingkatan 1.
Tinggal di Asrama.. setiap kali ada perkembangan Warden aku lah
yang akan update perkembangan terkini.. aku punya la risau 
waktu tu.. maklumlaa.. nak telefon pun susahh.. nak dapat berita 
pun susah.. cuma harapkan TV & surat khabar. 
Alhamdulillahh.. ketika kejadian berlaku bas yang mereka naiki
sesat sehingga tak sampai-sampai ke Terowong Mina sejurus sebelum runtuh..

Mak, Abah & Mak Long... eh Dania ambik berkat je ehehhe

Tengah sibuk ambik tag bag


Tukang hantar@tukang nyibuk.. ehehehehe


Sebenarnya kali ni Mak Long yang pelawa Emak & Abah 
pergi Umrah. Tahun lepas Mak Long di tawarkan VSS... 
Mak Long ambik dengan perasaan berbelah bagi untuk berhenti dari company 
yang dah berbelas tahun dia berbakti. Tapi dengan duit pampasan 
tu jugalah Mak Long ajak Emak & Abah pergi Umrah.. 
Nak di jadikan cerita.. sebulan sebelum Mak Long di jadualkan 
berangkat, ex-Company Mak Long panggil semula Mak Long 
dan di tawarkan semula dengan jawatan sebelum terima VSS
tu walaupun Mak Long dah kerja kat tempat lain...

Yang di namakan rezeki... pusing sana sini kalau 
dah namanya rezeki kita akan sampai juga..
kalau tidak belum tentu lagi hari ni Mak Long
dah menjejakkan kaki ke sana dengan nak ambik cuti bagaii..
Alhamdulillah..semua yang berlaku ada hikmah.. semoga
perjalanan mereka sentiasa di rahmati dan di lindungi olehNya..



Flight Emirates ke Dubai pukul 2:00 pagi...


Dah masuk ke balai berlepas...
Selamat jalan semua.. semoga selamat pergi dan selamat kembali ke 
tanah air... semoga di permudahkan segala urusan beribadat di sanaa..
Aminnnnn

P/S: Masa jumpa Emak, sempat lagi Emak bagi bungkusan.
Sampai rumah buka-buka tengok ada serunding daging *kegemaran aku* dan sambal
ikan bilis kegemaran Danish...!!! Bila aku tunjuk kat Danish, reaksi nya ~
"Whoaaaaaaaaaaa...!!!! Nenek ni memang selalu GEMBIRAkan Danish!"
dengan air muka bersinar-sinar..!
Terima kasih Nenek...!! Dalam sibuk2 nak pergi Mekah pun masih 
ingat buah tangan untuk kami.. sayangggggg semuaa!!!

6 sweet comments:

eda_ej said...

semoga selamat pegi dan balik mak, abah n mak long kak izan ye..

trime kaseh kak izan.. =D

http://edaejai.blogspot.com/2011/05/terima-kasih-kak-izan.html

kinna said...

syoknye..abah saya pon pegi jugak time tragedi kat terowong tu..smp sekarang teringat betapa kami tak henti2 doa..takut abah mati kat sana (padahal orang2 terpilih je dpt meninggal kat sana) :)

ambrynaa said...

Semoga selamat kembali ke tanah air. Bestnya dapat buah tangan dari mak...rindu plak sambal ikan bilis kering mak aku:)

*∽ IZAN ∽* said...

Re eda:
Thanks Eda...ahaa.. tak ku sangka nko snggup wat entry tu jua.. ha ha.

*∽ IZAN ∽* said...

Re Kinna : betul tu .. masa tu memang nangis2 bila terpikir yg bukan2.. dah lah mak ayah pergi sekali.. kalau jadi apa2 rasa masih terlalu kecil utk terima kehilangan.. uhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Zalie:
Ma kasehh. Danish sampai rumah puji2 sambal nenek.. "pandai sangat Nenek masak sambal" uhuhuhu. harus mamanya belajarr..mmg lain cara masaknya ngan aku masak.

Tak pe zalie.. kalau rindu cuba2 masak sendiri jadi takkk