Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu dan meraikan Hari Pekerja esok.
Yang tidak balik ke kampung boleh la Jejak kan kaki ke 
BUMI EXPO PROPERTY & LIFESTYLE - DPMM PUTRAJAYA 2011
yang berlansung dari 29th Apr ~ 1st May 2011 di
SACC Convention Center, Shah Alam


"25 syarikat pemaju hartanah mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan itu menyediakan ruang kepada pemaju hartanah dalam mempromosikan produk mereka di samping menjual kuota Bumiputera yang belum habis dijual seperti ditetapkan kerajaan "~ Harian Metro. Berita lanjut KLIK SINI.


Antara yang mengambil bahagian
Digi
Glomac Berhad
Malayan Banking Berhad
Nature Environment Products Sdn Bhd
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - PKNS
Sime Darby Property Bhd
Sunway City Bhd
Amcorp Prima Realty Sdn Bhd
Encorp Bhd
Hap Seng Land Development Sdn Bhd
HSBC Amanah Malaysia Berhad
Sazean Development Sdn Bhd
IJM Land Bhd
Kenari Sukma Sdn Bhd
Kim Realty / Sin Hee Yang Property Management Sdn Bhd
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - KWSP
Lebar Daun Development Sdn Bbd
Malbase Sdn Bhd
Ministry of Housing & Local  Govt
Perfect Eagle Development Sdn Bhd
Sentoria Harta Sdn Bhd
Seri Pajam Development Berhad
Slimming Sanctuary Sdn Bhd
Vigico Marketing Sdn Bhd

Floor Map


ATURCARA
Time
Day 1 – 29th April 2011 (Friday)
10.00 am
Official Opening
YB Datuk Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Deputy Minister, Ministry of Housing & Local Government
11.30 am
Islamic Mortgage Financing  by Maybank Islamic  Bhd
2.30 pm
Achieved Your Financial Freedom in 5 years through Property Investment
by Mr. Michael Tan of FreemenTM
3.00 pm
Benefits of Real Estate Investment  by Mr. Michael of Freeman
4.00 pm
The Estate Planning Dimension to Real Estate Ownership
By Mr. Christopher Chiu, CFP, IFP, B Eng(Hons),
Licensed Financial Planner, Standard Financial Planner Sdn Bhd
5.00 pm
DIGI
6.00 pm
Lucky Draw for Purchasers
Time
Day 2 – 30th April 2011 (Saturday)
11.00 am
The Estate Planning Dimension to Real Estate Ownershiph
By Mr.Gavin Teoh, CFP, IFP B Sc(Hons),
Licensed Financial Planner, Standard Financial Planner Sdn Bhd
12.30 pm
Islamic Mortgage Financing by Maybank Islamic Bhd
2.30 pm
HSBC Amanah – Quiz
4.00 pm
DIGI
6.00 pm
Lucky Draw for purchasers
Time
Day 3 – lst May -2011 (Sunday)
10.30 am
Islamic Mortgage Financing
11.30 am
HSBC Amanah - Quiz
2.30 pm
HSBC Amanah - Quiz
4.00 pm
DIGI
5.30 pm
Closing Ceremony &    Presentation of Certificates to all Exhibitors
 By Dr Marzuki Ibrahim, Deputy  Youth Chairman DPMM  & Youth Chairman DPMM Putrajaya
Final Lucky draw for Purchasers
The Organizer of Bumi Expo  reserves the right to change the programme as and when  it deemed suitable

Maklumat Lanjut  layari
 www.bumiexpo.com
 www.Rumah786.com
Assalamualaikum...
Baru-baru ni ada add friend salah sorang Parent student Krista...Pn Sara.
Bila jengah FB dia ada la link iklan Petronas tahun 2008 ni..
Memang bergenang jugak air mata tengok..
Teringat kat Mak Ayah yang susah payah sekolahkan kita kecik-kecik dulu.
Sampai sekarang pun tak terbalas lagi jasa dan pengorbanan mereka.
Dan terfikir adakah kita berbuat benda yang sama untuk anak-anak kita pula..?


Apapun, Sara ialah agen insuran Great Eastern. Kalau ada yang berminat
untuk dapatkan Plan Insuran dr GE boleh lah aku corong2 kan..

Cakap pasal Insurans ni, bila aku habis study tahun 2001,
hujung tahun tu keluar berita mengatakan premium Insuran akan naik menjelang
 tahun 2002. Awal2 tahun 2000 dulu kesedaran pasal Insuran baru nak berkembang
kat Malaysia. Minggu berita tu tersiar terus aku contact Agen Insurans supaya datang
berjumpa aku. Agen Insuran tu pun adik beradik ofis mate lama aku dulu.
Masa dia bagi explaination, dia ada bagitau kat aku betapa la susahnya dia nak
convince orang masuk insurans waktu tu sedangkan aku, aku plak yg suh dia
datang jumpa aku by hook by crook minggu tu jugakk.. ha ha ha.

Anyway, selepas tu aku ada ambilkan Insuran untuk Emak sebab sedar duit tak banyak
kalau ada apa2 emergency berlaku. Dan aku pun ada ambilkan insuran untuk Abah
 tapi duit premium tu di pulangkan semula sebab masa aku apply tu Abah dah pun
terlebih had umur, 61 tahun. 

Both Danish & Dania pun Abang dah ambilkan insuran sebaik habis pantang..
 sekurang2nya kalau ada emergency ada jugak 'payung' untuk berteduh. Korang macamana..?

Sudirman

Ayah Dan Ibu 


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Alhamdulillah..
Hidup lebih teratur sekarang. Syukur kepada yang Esa kerana di beri 
kenikmatan untuk menikmati kehidupan sekarang.

Assembly sebelum masuk kelas.
Nyanyi lagu sekolah. 

Walaupun tanpa Bibik, pagi masih sempat menyediakan 'sarapan ekspress' Danish.
Selesai sarapan sempat hantar Danish ke skool. Kadang2 boleh stay tengok
aktivity Danish during assembly sebelum masuk kelas. 
Kadang-kadang sempat berbual dengan guru-guru Danish atau parent lain 
yang menghantar anak mereka ke skool jugak. Kadang2 boleh bawak Dania sekali 
hantar Abangnya ke skool.

Danish practise baca Ikrar Sukan untuk Hari Sukan Krista.
Cikgu kata ~ Danish badan kecik tapi suara BESAR! he he

Assembly kira-kira 10 minit. Nyanyi lagu Krista, spelling days of week,
and words from few other flash cards.

Dan kalau hantar Danish terus balik pun masih sempat singgah 
bersarapan di kedai kalau mahu.. dan itu pun masih sempat 
sampai ke Ofis mengikut waktu yang di tetap kan. Alhamdulillahh..
jiwa begitu tenangg sekarangg.. tak perlu nak berebut2.
Pergi balik kerja jauh dari kesesakan.
Smart tag pun tak perlu nak di Top up dahh untuk kegunaan sehari-hari..!

Lagi-lagi musim-musim hujan macam ni..
Kalau dulu memang 'bercinta' nak pergi/balik kerja time2 hujan ni..
terbayang kesesakan di sepanjang LDP, Hicom - Proton..urgghhhh....!
Dah tau dah.. kalau hujan mula menyimbah bumi, boleh sampai
2 jam pegang strereng.. kena pulak  balik kerja especially hari jumaat
memang kadang boleh tersengguk2 gak sambil drive...! uhuhuhu.

Apapun semuanya dah berlalu..
Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur atas anugerah
& nikmat Mu ini Ya Allah...!!

Assalamualaikum....

Ahaa.. kepada ibu2 yang dah mula rajin nak buatkan bekal utk
anak2 ke sekolah boleh la tambah menu@ aksesori cam kat bawah nih..
kreastif, comel, menarik & sihat!

Kiriman E-mail : Aleyn
 Assalamualaikum..
Masih ingat lagi tragedi malang kematian 2 orang pelajar kolej perubatan yang
 di hempap kereta yang tersasar masuk dari parking lot melalui lubang angin 
ketika berada di eskalator KB Mall tahun 2009 dulu..? 
Pemilik kenderaan telah di bicarakan dan di jatuhkan hukuman.
setahun penjara di sebabkan kecuaian...
Al-fatihah kepada mangsa


Berita lanjut : Malaysia Kini
Seorang penjaga burung layang-layang dijatuhi hukuman penjara setahun kerana cuai sehingga menyebabkan kematian dua penuntut kolej kejururawatan selepas keretanya menjunam di Kompleks Membeli belah KB Mall pada 2009. 

NONEMasjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu setelah Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.

Dia dituduh menyebabkan kematian dengan cuai terhadap Siti Amira Shamsudin, 19, dan Siti Nur Dianah Azman, 23, di kawasan Kompleks Membeli Belah KB Mall, pada 5.10 petang, 6 Disember 2009.

Mohd Sabri didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill Kota Bharu meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa kereta Ford Laser yang terjunam dan menimpa mangsa dari tempat letak kereta di tingkat tiga KB Mall itu selepas merempuh dinding lubang angin di situ.

Siti Amira, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian manakala rakannya, Siti Nur Dianah, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). 

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala, telah dirawat di hospital yang sama. 

- Bernama
Assalamualaikum..


Hari ni, 26hb April 2011 genap 25 tahun tragedi Letupan Loji Nuklear Cyernobyl.
Kesannya masih di rasakan sehingga kini walaupun setelah berpuluh tahun berlalu.
Seingat aku pernah topik tragedi Chernobyl & Minamata ni di debatkan 
ketika Pertandingan Bahas masa from 4 dulu uhuhu.

Penduduk di Bandar Prypyat yang di katakan mempunyai kepadatan penduduk
 mencecah 50,000 orang di pindahkan beberapa hari selepas letupan berlaku.
 Kini bandar itu terbiar bersama kesan radiasi yang boleh di lihat sehingga kini. 
Ketika tragedi berlaku, pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi 
bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. 
Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. 
Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, 
Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.
Info Wikipedia : KLIK SINI


Berdasarkan dokumentari yang aku tonton, ketika pihak berkuasa
menyediakan ratusan bas pengangkut, penduduk hanya di beri arahan untuk
 membawa pakaian dan dokumen mereka bersama. 
Dah itulah kali terakhir mereka berada di bandar tersebut....

Saksikan gambar2 sempena 25 tahun tragedi Letupan Loji Nuklear Chernobyl.
Saksikan juga video rentetan ketika peristiwa itu berlaku.






















Kesan Mutasi radiasi nuklear Chernobyl.






Assamualaikum...


Baru perasan.. dah metered dah buffer earning Digi Opera Mini LB ni...
Dapat lah seposen dua buat geli geli uhuhuhu.


UV di minggu terakhir ketika buffered earning masih menari-nari. 
Maklum je la kan blog pun cap 3 ayam, tu pun dah kira syukurr...
terima kasih kepada readers yang sudi singgah sini uhuhuhu


Dapat 3 buffer earning dari Digi tahun ni.. yg memula tu 
tak sampai 50 sen dah buffered uhuhu.
Yang lagi 2 baru le cecah paras RM10 uhuhuh


Anyway terima kasih kepada En Nuffnang kerana sudi tepek BE kat blog saya nihh..
Terima kasih daun keladi.. kalau sudi tepek lah lagi..! 
HE HE HE
Assalamualaikumm...
Ahaa... semalam ada buat last minute entry pasal
Nutritious Month Malaysia 2011 Carnival yang
berlansung di Mid Valley, 23~24th Apr 2011.
Terima kasih sangat2 kat Pediatrician Danish & Dania, Dr Priya 
sebab share information ni dengan kitaorang.

Kalau nak tahu sejak akhir-akhir ni setiap kali makan Danish akan tanya  apa yang
dia makan tu, apa nutrisi or khasiat makanan tu, apa kebaikannya untuk tubuh badan.
Contoh kalau makan Carrot, bila kita kata Carrot bagus untuk mata,
 jap lagi bila dia makan carrot, siap bleh request carrot mentah
potong 2-3 inci tu terus komen 
"Woww.. mata Danish dah nampak sampai jauh!"
Kalau minum susu pun dia akan komen,
"Susu bagi kita kalsium kan.. bagi tulang kita kuat!" 
Sampaikan ikan bilis yang dia tak suka pun bila malam tadi aku buat
sambal kering ikan bilis + kacang tanah & Danish tanya ikan bilis tu bagi apa..?
Abang pun terangkan khasiat ikan bilis dan Alhamdulillah
Danish pun nak jugak makan sikit-sikit
walaupun sebelum ni dia akan asing ikan bilis tepi pinggan. 
Then bila habis makan Danish akan 'report', "Energy nasi Danish dah full, 
energy sayur Danish dah FULL, energy fruit Danish je belum full lagi " uhuhuhu.
Tu bila cerita pasal Danish yg suka bertanya pasal khasiat makanan kat DR Priya
 then Dr Priya pun share pasal info carnival nih. Memang BERBALOI-BALOI pergi..!!

Anyway nak share sedikit gambar2 yg sempat di snap during the carnival.

Danish & Dania dengan Maskot Coco Crunch

Booth pertama yg kitaorg singgah. Booth Vitagen. Danish main 4 game
kat sini.



Dengar penerangan utk lawan 'tennis' hehehe

Papa explain kat Danish pasal khasiat Makanan.

Dania pun cuba game kat booth ni. Dapat Eskrem Mat Kool FREE..!

Maskot dari Nestle

Di booth Gardenia.Dapat roti Breakthru yg di distribute percuma. 
Kalau dapat jawab soalan, dapat roti wholemeal tu percuma juga.



Ni antara booth yg penting jugak. Kat sini dia cerita pasal Piramid makanan.

Selepas dengar explanation, then kena jawab soalan kuiz jugak. 
Dia bagi sample makanan dan Danish kena letak kat level mana
dalam susunan piramid.

Next Danish kena pilih sarapan berkhasiat. Kena pilih 2 menu.
Menu ke-2 Danish pilih NASI LEMAK..! KANTOI!!! ha ha ha.
Tapi nasi lemak mama kat umah tak guna santan.. guna nasi putih je.
 Kira sihat gak la..heheh
 Lepas tu timbang berat & tinggi serta kira BMI
Danish & Dania.. tak sangka Danish overweight! biar betulll!

Di samping tu ada jugak pertunjukan silap mata.
Macam kenal je magician ni. Hubby kepada ex-office mate aku dulu


Danish & Dania yang enjoy the show

Sambil menonton, dapat pulak susu free.. Tengok Dania, tangan kanan
pegang roti, tangan kiri minum susu... bahagia betull dia ehehehehe

Ada activity utk kids pulak

Danish masuk acara rebut kerusi.Dapat gak la dia sambung 2-3 round
dan dapat hadiah saguhati uhuhuhu. Dah penat round semua booth, keluar singgah pet world.

Dah puas, bertolak balik rumah. 

Antara gift yang dapat. Milo fuze, air kotak, lepa kacang, thousand island,
Gardenia breakthru, Gardenia Wholemeal, vitagen , sampel susu dan goodies2 lain.
Kat sana pun banyak lagi yang di edarkan untuk di minum dan di makan termasuk Milo,
susu, lipton, Coco Crunch, maggi pun ada..! Memang tak putus2 bekalan.
Memang seronok sangatt.. penuh dengan aktivity dan 
makanan/minuman berkhasiat yg di edarkan percuma..! Termasuk juga
check mata & kesihatan...

Di samping tu dapat gak risalah2 kesihatan, buku resepi, buku aktiviti, komik etc

Dapat gak stationary, note pad. 
Pencil box tu Dania dapat masa buat puzzle kat booth Wyeth.



Dah sampai rumah pun masih sambung lagi aktiviti nutritious month eheheheh.
Memang bagus sangat-sangat event hari ni. WAJIB mark dalam kalendar lepas ni.
Boleh pergi tiap-tiap tahun..!! Berbaloi baloi..!!