Assalamualaikum...

Terkejut gila baca berita ni...
Mentang-mentang di beri kepercayaan merawat kerabat Sultan Brunei,
tak agak-agak kenakan bayaran melampau sehingga mencecah
RM 63.7 juta dalam masa 5 bulan..!! Gila ke apaa..???!
Ada bil yang di naikkan sesuka hati sehingga 526 kali ganda..!!
Ada jugak doktor spesis 'kaki kikis' macam ni.
Apa pun selamat menjawab la di mahkamah yerrr...



2011/03/28 @Berita Harian


Dr Susan LimSINGAPURA: Seorang doktor pakar terkenal kini disiasat pihak berkuasa perubatan di republik ini apabila didakwa mengenakan bayaran 'melampau' berjumlah S$26 juta (RM63.37 juta) ke atas seorang anggota kerabat diraja Brunei yang menghidap barah payu dara, hanya untuk tempoh rawatan selama lima bulan.


Dr Susan Lim, 55, pakar bedah pertama berjaya melakukan pemindahan hati di Asia, didakwa mengenakan bayaran itu ke atas sepupu dan adik ipar Sultan Brunei, Pengiran Anak Hajah Damit ketika merawat beliau dari Januari hingga Jun 2007. Penasihat Kanan yang mewakili Majlis Perubatan Singapura (SMC), Alvin Yeo, ketika mengemukakan satu dokumen di Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu menyatakan jumlah bil dikenakan bagi tempoh 2004 dan 2007 ialah sebanyak S$40 juta (RM95.95 juta) tidak termasuk tuntutan bayaran perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun sebelum itu. Laman web berita Asiaone melaporkan, Dr Lim merawat Hajah Damit dari 2001 hingga beliau meninggal dunia pada Ogos 2007.

Dokumen berkenaan menunjukkan pada hari perkhidmatan dijalankan sepanjang tempoh itu, Dr Lim mengenakan bayaran didakwa antara S$29,600 hingga S$660,000 (RM71,000 hingga RM1.58 juta) sehari. – Agensi

Baca lagi KRONOLOGI kes DR Susan Lim KLIK SINI

8 sweet comments:

haiqal said...

Gila ke apa weyh!Mahal gila.Lepas tu sampai meninggal pulok tu.damn!

Bunga said...

mak oiiiiiiii.. kalau saya, terus sakit jantung tengok bil mahal juta2 macm tu..

*∽ IZAN ∽* said...

re Haiqal :
tau tak pee.. memang GILA Doc nih.
Melampau lampau.. dan tetap tak dapat pun nak selamat kan pesakit dia. Memang ambik kesempatan betull! Semua tu hak milik yg Esa, dia pulak yg over-overr isk!

eelobor said...

untung nyer.... nak masuk u jd doktor gak ler. sempat lagi eh?

*∽ IZAN ∽* said...

Re Bunga :
Ni dah kira jenayah kolar putih ni... jenayah golongan cerdik pandaii.

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
Muaz sempat la.. paknya kalu sabar je la yeee

☆ lieya latif ☆ said...

uihh betul2 die tekan ni ...kurang asam tol doktor tu.....

Nur Sakinah Ahmad said...

cepat kaya doktor ni..

tp dia mesti dh penah cas mahal sebelum ni kt kerabat brunei (dan derang tak kesah)