Salam....
Tadi baru dapat call sorang lagi member lama, Maezono San yang menetap di Kyushu, Jepun. Lama jugak bersembang guna i-Talk hampir sejam..! Menurutnya kadar kematian yang di laporkan telah pun mencecah 4,277 orang berbanding 3,373 orang semalam. Esok di jangkakan salji akan mula turun di beberapa tempat yang di landa tsunami. Aduhhh.. nampaknya semakin tipis peluang misi menyelamat mangsa yang masih hidup. Semoga segala urusan mereka di permudahkann... tersayat hati menyaksikan video bencana tersebut yang di ulang tayang di CCTV, channel 509 dek aku tak subscribe NHK.
Buat masa ni beberapa tempat yang mendapat bekalan elektrik dari TEPCO terpaksa bergilir untuk black out selama 3 jam bermula 6 pagi sehingga 10 malam. Kasihan mereka... dengan tiada letrik, salji yang bakal turun, tiada rumahh... semoga menjadi ikhtibar kepada kita agar bersyukur di anugerahkan dengan tanah air yang jauh dari keganasan gunung berapi dan gempa bumi...
Apapun di negara kita pun sedang heboh memperkata tentang projek loji nuklear yang di rancang oleh Agensi Nuklear Malaysia yang di jangka untuk beroperasi tahun 2021. Woww..! aku pun baru tahu. Ada hati juga Malaysia nak buat loji Nuklear. Itu lumrahlah kalau dah negara berhabis duit tubuh agensi.. tak kan nak duduk goyang kaki. Koman2 kena la keluar usul projek mega giga kan.
TAPI tertanggungkah negara kita yang kecil ni akan akibat buruk yang berpotensi untuk berlaku sekiranya terjadi kemalangan yang tak terduga..? Loji Nuklear berteknologi di Jepun yang sudah berusia lebih 60 tahun tu pun akhirnya terpaksa tunduk dengan kelemahan penggunaan Nuklear walaupun di dorong oleh faktor bencana alam semula jadi...Rakyat Malaysia ni bukannya ramai, 27 juta orang je KLIK SINI berbanding Jepun, 127 juta. Kalau jadi apa-apa yang buruk kat loji tu tak pasal-pasal pupus terus penduduk kat negara ni...
Mungkin juga ada hikmah di sebalik krisis nuklear yang berlaku di Jepun,
untuk mengingatkan kita semua tentang tragedi nuklear yang pernah berlaku
di Cyernobly, Ukrain.
Mungkin juga ada hikmah di sebalik krisis nuklear yang berlaku di Jepun,
untuk mengingatkan kita semua tentang tragedi nuklear yang pernah berlaku
di Cyernobly, Ukrain.
Isk isk iskkk.. apapun nak share pandangan mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir.
Aku sokong pandangan beliau!
Berita penuh :
Malaysia tidak perlu loji nuklear: Dr Mahathir
"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini," katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.
Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa bumi dengan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.
"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya," katanya.
Kerajaan, ketika diterajui Dr Mahathir, telah memutuskan empat strategi bahan bakar negara iaitu minyak, gas, arang batu dan hidro, bukannya nuklear.
"Kita sudahpun mempunyai pengalaman buruk dengan nuklear. Saya tidak tahu apakah orang sedar tentang hal itu," katanya.
Ditanya apakah beliau akan menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya tidak membina loji tenaga nuklear, Dr Mahathir berkata: "Saya bukan penasihat. Sebab itu saya gunakan blog."
Malaysia bercadang membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian.
Ia adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.
Dr Mahathir ditemui pemberita selepas melancarkan Bangunan Lestari Kumpulan EMKAY, di sini. - BERNAMA
6 sweet comments:
amat bersetuju dengan pandangan Tun M
Aku pun setuju....tak yah lah nak become ambitious sangat....kena lah tengok bumi mana kita berpijak....memang lah slogan 'Kita Boleh'...tapi 'Boleh' bertempat...bukan sedap cakap jer...
Tetiba ter emo lak aku...semalamnyer emo x abis lagi lah ni...hehe
Ps : Cam biasa, aku dah klik ko nyer Nuff n HB, jom klik2 kay
sy juga bangkang... Kuantan tidak akan makmur lagi...
Re Eelobor:
Yuppp! 200% setuju ngan TUN!
Re Aleyn, betul tuu.. sabah sarawak dah ada bakun, semenanjung
cari la alternatif lainn... tak yah lah sampai nak wat loji nuklear
Re Kehelan :
Betul betull! setuju
Post a Comment