Assalamualaikum...
Keputusan SPM 2010 telah pun di umumkan kelmarin.
Tahun ni secara keseluruhan mencatat keputusan yang lebih baik dalam tempoh 4 tahun!
PUTRAJAYA 23 Mac - Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A , A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.
Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.
Mulai tahun 2009, gred SPM telah pun di tukar seperti rajah di bawah
credit : LanunSepet
Dah tak macam zaman2 90-an dulu, kiraan agregate
A1, A2, C3, C4, C5, C6, P7, P8 & F9
Aha sape nak bacer kisah aku hilang IC masa exam SPM 1st day
Sekarang ni terlalu ramai candidate dapat straight A sampai terpaksa pulak split kan A tu kepada 3 gred lagi... huhu. Salah seorang anak sedara aku, Afeena pun ada yang dapat staright 10 A's dengan 6 A+. Sejuknya la perut mak eh mengandungg.. esok esok anak-anak kita camne la pulakk yekk. Aku
yang jadi parent nak push sangat anak-anak pun kesian.. tak push tengok je la trend
pendidikan sekarang..huhu
Anyway nak share link-link penting untuk permohonan melanjutkan pelajaran le dalam dan luar negara.
Dan link senarai biasiswa
Tahap pendidikan lebih mencabar kini.
Untuk permohonan Universiti luar negara sahaja
rata-rata memerlukan 9A. Kalau tak cukup syarat minima,
borang permohonan pun tak boleh nak submit..! fuhhh..!!
Anyway, tahniah kepada adik-adik di luar sana yang mencapai keputusan cemerlang
dalam SPM 2010..! Semoga kejayaaan terus mengiringi kalian..!!
0 sweet comments:
Post a Comment