Salam..

Semalam tengahari tengah training tiba-tiba baby sitter call, kater badan Danish panas,
demam dan muntah-muntah. Terus inform Abang dan Abang yang bergegas balik bawak Danish pergi klinik.
Abang kata masa ambik pun Danish minta di dukung. Tak larat nak berjalan katanya.

Malam tadi tengok Danish dah cergas sket. Aku masakkan sup ikan merah walaupun
dia sibuk mintak masakkan maggi. Puas aku pujuk tak nak masakkan maggi macam dia request.
Aku kata "Dulu mama kecik-kecik pun kalau demam nenek masakkan sup ikan merah. Sedapppp...!"
Last-last Danish layan gak sup ikan merah tu. Habis nasi sepinggan dan sup semangkuk huhu.
Malam makan ubat sebelum tidur. Pukul 5 pagi aku terjaga tengok badan Danish panas..!
Terus bancuh air asam jawa, jelum kat kepala Danish sambil letakkan tuala muka yang di basahkan
dengan air asam jawa tu biar sejuk sikit.

Si Danish plak nasib baik tak merengek. Dalam pejam mata tu bila aku
letak tuala basah atas kepala dia boleh lagi dia bersuara.. "Mama.. dah la tu..."

Jap lagi komplen panas.. suh hidupkan aircond pulak. Isk isk isk...

So pagi tu cakap kat Abang, Abang kata takpe Abang jaga. Nasib baik la Abang bleh sacrify
sket sambil 'korban' kan cuti yang selalu berpuluh ganda terlebih dari aku tu hu huhu. Terima kasih banyak-banyak Abang... nanti mama belanja okehhh.

Lagipun aku pun baru masuk kerja baru. Nak tak nak terpaksa la punctual dalam tempoh-tempoh critical cam ni hu hu.Itu jugak le pergorbanan yang menyebabkan ramai para Ibu malas nak tukar kerja bila dah lama bekerja kat mana-mana kompeni . Betul tak..?

Time-time macam ni la sebenarnya aku sangat-sangat perlukan pembantu rumah. In case Danish & Dania tak sihat Bibik boleh tengok-tengokkan kat rumah. Kalau demam/sakit teruk baru la aku atau Abang incharge.

Tu jugak le salah satu sebab boleh mantain '0' medical leave 3 tahun. Means annual leave masih cukup untuk manage. Alhamdulillah.. kesihatan aku pun so far di tahap yang baik cuma pernah gak masa incident tangan aku kena pisau blender MC 5 hari pun selamba datang kerja full! ha ha. Bising Abang waktu sebab aku kedegaq jugak nak gi kerjaaa.. wahahahahaha.
 


Anyway... sekarang ni terpaksa harapkan baby sitter untuk manage anak-anak time aku  & Abang bekerja. Tapi Baby sitter cam biasa laa.. ada jugak limitation penjagaan especially dari segi masa contoh weekend or lebih masa agak terhad sebab dia pun ada family kan. Tu kena faham jugak... hantar ke taska lebih flexible dari segi masa. Lebih masa, lebih la bayarann.. cuma bila taska aku rasa chance untuk masalah sakit berjangkit mungkin agak tinggi sedikit compare dengan baby sitter sebab mungkin kuantiti penjagaan kanak-kanak lebih ramai di taska.
 
Apapun, semua option pun ada Pro & Cons. Ada Pembantu rumah pun ada masalah jugakk.. lagi-lagi kalau buat perangai tambah pulak mantenance cost yang lebih tinggi especially bila nak renew Permit kerja (Levi) & annual Medical check up (Fomema). Hantar Baby sitter time limitation, hantar taska higher virus spread chances... tapi tu pun sekali sekala la kann..So moralnya pilih je lah mana-mana option yang kita mampu tanggung risikonya hu hu. wallahualamm


Anyway, dengan penjagaan dari Papa hari ni, Mama doakan semoga Danish cepat sembuh yekkk!

6 sweet comments:

ibuayahdamia said...

huaaaa..ayu tak dapat bayangkan kalau tak der maid...sebab memang maid memainkan peranan penting kat rumah...buka utk buat apa pun..just utk care anak2 kita jer...sebab ayu business...tak leh suka2 cuti/ EL...

Nad @ MamaZakwan said...

ksiannye ka danish..
moga danish cepat sembuh

☆ lieya latif ☆ said...

BETUL TU izan...ape yg ko ckp ni mmg betul...ade pro n kontra....dah tu ape cite bibik ko nie....nak kene saman nieh....

sian danish....harap2 cepat laa sembuh......tu laa betul tak, baru tingat ko baru pindah tmppt keje kan..kene laaa maintain rekod baik...takpe izan, laki ko ade leh tlg tu..insyaallah....

Aleyn said...

Danish demam time ko baru masuk keja ek....memang kena pengorbanan mental especially biler anak demam kita kat office...rasa cam nak terbang balik umah jer kan....

Ko tak carik bibik baru ker?

yatie chomeyl said...

get well soon danish..harap2 epat sembuh la di bawah jagaan papa nya

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

betul tu izan, mimi sokong sangat.. apa yang izan tulis tu mmg ada pro dan con dia..

kalau ada bibik, kita nak tinggalkan anak demam kat rumah pun tak de la risau sangat..tp kalau tinggalkan kat taska, mmg risau.. bukan la kita tak nak jaga sendiri, tp tu la, kita pun ada tugas yang perlu kita laksanakan.. dua-dua pun penting dalam hidup kita kan

get well soon danish