Salam..

Okehh.. ni takde kaitan dengan sambutan Krismas 25 hb yg lepas yerr.. hi hi.
Sebenarnya, hari Ahad tu tengah lepak-lepak tengok TV dengan Abang tetiba Danish datang dekat aku dan berkata
"Mama, Danish nak main Salji...!"
Aku pandang Abang, Abang pandang aku.
Terus terhingat kat album-album usang aku atas rakk.. 
aku ambil dan tunjuk pada Danish

Winter 2001, Nigata, Japan

Ni antara gambar-gambar yang di rakam pada Musim Sejuk 2001,  
ketika aku berjalan2 ke Nigata, Japan tempat roomate aku, 
NITA  masa buat course RPKJ  2 tahun kat UM.


01.01.01..! Tahun baru, aku bersama student2 Nigata yang lain pergi main Ski.
Pergi 4 buah kereta masa tu.

Ni gambar masa tengah kesejukan melayan suhu bawah paras minus degree....
dengan salji yang turun agak lebat juga... grrrrrrRRrrRrrrRrrr...!!
Memang best je zaman student nihh.. enjoy manjangg ha ha ha.

Bila tengok gambar kat atas ni lagi la Danish mengomel...
"Danish tak dapat pun main salji macam mama..!"
Melepekk je dia kat sebelah dengan muka frusttt ...! hu hu hu

"Danish, kat negara kita ni tak ada salji. Kalau Danish nak main salji, 
Danish kena belajar pandai-pandai okeh!"
sebab Mama & Papa tak cukup duit nak bawak Danish gi jalan-jalan main salji.

Ntah faham entah tidak Danish dengan kata-kata aku huhu. 
Itupun di masa akan datang, belum tentu ada lagi ke tidak tajaan & biasiswa belajar ke peringkat ijazah dalam/luar negara. Entah-entah 10 tahun dari sekarang semua kos belajar pun kena guna scholar PAMA (PApa + MAma ) jugakk.. so nak tak nak sekarang ni aku rasa Ibu bapa terpaksa dah ambil education plan (insuran) untuk anak-anak. Manalah tau ada rezeki anak-anak kita belajar ke puncak menara gading.. insyaAllah !

Jap lagi Danish pergi masuk bilik main computer.. tak lama tu dia panggil..
"Mama.. mama..! Tengok ni Danish main SALJI!"


Danish memang suka main online game kat Miniclip nih.

Aduhaii.. 'cerdik' betul anak aku ni. Ingatkan jadi motivasi tengok gambar tu.. rupenya dia cari alternatif lain..
tak dapat main salji ONSITE.. dapat main ONLINE pun jadik laa.. saborrr je laaa...!! HA HA HA

Nota kaki : Best gak mengimbau balik kenangan silam nih.. cuti seminggu ni nampak gaya nyer leh le merajinkan diri scan gambar2 lama nihh.. hi hi hi

5 sweet comments:

eelobor said...

hehehe, bijak sungguh budak2 skrg...

Mama Zharfan said...

ala, cutenya :) cian plak danish nak main snow..jom jom dtg UK heheh

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
Tu lahh.. kecik2 dah pandai 'google' huhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama Zharfan :
Memang teringin sangat nak gi UK! 2nd choice masa pilih course nak further study dolu dolu tuhh!

InsyaAllah.. mana lah tau ada rezeki terpijak jejak salji kat bumi UK satu hari nantii.. aminnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!

MrS. F!zA said...

danish tringi main snow ye..

bestnye dh pnh rasa main snow.bila dapat smpai sana ntah.lhehe