MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010 !!!!

Sekalung TAHNIAH buat Skuad bola sepak (muda) negara...!!
Aku cukup berbangga dengan kemenangan kali ini.
Tahniah kepada semua pemain dan juga jurulatih, Rajagopal kerana mampu
menyusun strategi kemenangan untuk negara sekaligus menghilangkan kemarau Piala Suzuki 
selama 14 tahun lamanyerrr..!


Saksikan rembatan gol ~ counter attack oleh Mohd Safee Ali malam ni sekaligus menggondol award Penjaring Gol terbanyak Piala Suzuki 2010.

video

Antara pemain yang menyerlah, penjaga gol Khairul Fahmi dengan prestasi dan ketangkasan yang begitu baik menepis serangan dan jaringan bola bertubi-tubi ke gawang gol dari pihak lawan termasuk tendangan penalti, tendangan sudut.. macam-macam lagi laa... memang puas hati dengan persembahan permainan dia.

Secara keseluruhan, perlawanan berjalan lancar.. hanya pada minit-minit awal nampak cahaya laser hijau di tujukan kepada penjaga gol, Fahmi. Walaubagaimanapun 'serangan' itu lansung tidak memberi sebarang impak kepada penjaga gol dan barisan pertahanan Malaysia sebaliknya terus konsisten memperkuatkan pertahanan negara..!
Dan akhirnya pasukan Malaysia muncul juara dengan kemenangan secara agregat 4-2.

Tahniah sekali lagi buat pasukan Malaysia, Jurulatih, pegawai dan semua penyokong bola sepak
tanah air..!!

Rasanya semangat penyokong Malaysia kini lebih membara dari biasa... 
MALAYSIA SEMEMANGNYA BOLEH..!!


Next..? Sukan ASIA...!! InsyaAllah..!

Nota kaki : Err... PM tak nak istihar Public Holiday ke esok nih...???

1 sweet comments:

armouris said...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak