Salam..
Gelihati dengan semangat penyokong TIMNAS (INDON) yang mati-mati masih tak boleh terima kenyataan tentang KEKALAHAN 3-0  menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil tempohari.
Rata-rata menyalahkan 'laser merah' sebagai punca kekalahan! HA HA HA..!
Lebih memalukan rupanya taktik laser melaser ni dah dimulakan oleh penyokong mereka sendiri ketika perlawanan liga pada 1 Dec lalu.. gambar-gambar menunjukkan penjaga gol Malaysia turut menerima 'serangan' laser hijau ketika kekalahan 5-1 tempohari. Itu pun lansung penyokong Malaysia tak havoc pasal laser-laser nih... even Ragagopal sendiri menerima kekalahan sebagai kelemahan dalam strategi perlawanan dan lansung tak menjadikan isu laser hijau sebagai alasann!! 
Sokong dengan tindakan Rajagopal. Tabik skuad Malaysia...!!!
Semoga skuad negara akan terus mengondol kemenangan malam ni..
 MALAYSIA BOLEH!!




PEMAIN Malaysia perlu bersedia dengan tindak balas penyokong fanatik Indonesia yang mungkin menyuluh pancaran laser ke arah mereka ketika beraksi di padang untuk mengganggu permainan.
Situasi itu tidak mustahil kerana ia sudah dilakukan penyokong Garuda itu ketika perlawanan pembukaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang berkesudahan skuad kebangsaan kecundang 5-1.

Namun rata-rata pemain kebangsaan, termasuk ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal tidak menyalahkan pancaran laser sebaliknya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.
Malah penjaga gol kebangsaan Mohd Sharbinee Allawee Ramli mengakui memang ada pancaran laser yang disuluh ke arahnya, namun dia tidak menjadikan ia sebagai alasan walaupun bolos lima gol pada perlawanan pembukaan Kumpulan A.

“Memang ada pancaran laser, kita tidak perlu memandang tepat ke arahnya kerana ia tidak mengganggu,” nasihatnya kepada rakan sepasukan yang lain terutamanya penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yang bakal beraksi malam ini.

Tambahnya lagi, tiga gol Malaysia yang dijaringkan Malaysia pada perlawanan akhir pertama bukannya berpunca daripada bola mati seperti sepakan sudut dan percuma, sebaliknya gerakan lincah beberapa pemain kebangsaan.
“Adalah mustahil pancaran laser dapat ditujukan tepat ke arah pemain ketika mereka sedang bergerak,” katanya sambil menambah Indonesia mungkin sengaja memperbesarkan isu itu bagi menutup kelemahan mereka akibat kekalahan besar di Bukit Jalil, Ahad lalu.

2 sweet comments:

eelobor said...

jangan lupa bagi sokongan malam nie yer...

*∽ IZAN ∽* said...

Yesza yeszaa... mesti sokonggg...!!!! depan TV je laaaa... bersorak kat FB! he he