Hari tu hari Ahad. Hari Sabtu tu aku kerja sampai petang.. pukul 6 lebih baru sampai rumah. So hujung minggu tu cuma ada hari Ahad je lah nak lepak dan berehat kat rumah.
Pagi pukul 7 lebih tu semua dah bangun. Aku pun terus mandi dan menyinsing baju kat dapur. Malam tadi Abang ada tanya
' Ada tepung tak kat rumah ?''Ada.. kenapa? '
' Dah lama tak makan lempeng yerrr..'
Ujar Abang dan aku tau lah jawapannyer tu.
So pagi tu aku masak sambal ikan bilis dan bancuh tepung lempeng tu. Sebab dah lama jugak tak buat so aku pun dah tak berapa ingat bancuhan idealnyer. Lepas 2-3 kali try baru la dapat lempeng yang cantik sket..

Pagi tu Abang yg dah siap mandi melayan Danish dengan kereta
go-kart baru nyer sempena hadiah hari jadi dari Mak Long & Pak Long hari tu.
Dania pulak letak depan TV tu pu kejap2 merengek mintak dokong.
Siap sarapan (lempeng, sambal bilis & air milo panas) dah pukul 8 lebih. Aku angkut semua pinggan dan cawan ke meja kat beranda. Sekali sekali di hujung minggu lepak bersarapan kat luar memang best. Udara pagi pun masih nyaman sambil melayan Danish makan berselang seli dgn main playground kat laman tu. Pukul 9:30pagi siap dah semua bersarapan..
pinggan mangkuk aku kemas.

Sambil-sambil tu basuh baju dan cadar. Almaklum, cadar ke selimut ni boleh basuh hujung minggu je sbb besar so tak muat ampai so terpaksa sidai kat pagar then boleh monitor hujan ke tidak. Kalau hari kerja tinggal bersidai kang hujan basah sia-sia jek..
Lepak2 dlm rumah pulak sambil mandikan Danish & Dania. Pukul 10 tu Abang keluar beli lauk basah pulak. Aku kirim siput sedut.. teringin sangat nak masak lemak cili padi. Danish ikut abang keluar. Aku kat rumah bagi Dania makan bubur dan tidurkan. Sepanjang Danish & Abang keluar, aku kat rumah settle kan le kerja2 rumah memyapu, mengemas & basuh baju. Dania pulak dah tidur kat bilik atas.

Kira2 dalam kul 11:00 gitu baru Abang balik. Siput sedut dah habis so sebagai ganti Abang beli ayam dan 2 jenis ikan lain. So kira aku tukar menu jadi Ayam masak lemak cili padi la konon2nyer.. kul 11:30 baru aku masuk dapur. Masak nasi dan siang ayam & ikan yang Abang beli tadi. Sedar tak sedar tu pun dan nak pukul 1:00 !! Mula la nak kelam kabut...
masa tu aku dah start goreng ikan kerisi. Nak masak lemak pulak. Ayam dah siap di siang & dibersihkan. So next ialah blender kelapa parut! Tuang air suam sket cepat patinyer keluar .. to be continue
Nak dijadikan cerita, bila aku nak masukkan kelapa parut tu dalam mangkuk blender baru aku perasan yang mangkuk blender ngan pangkalnyer yang ada cutter tu tak masuk elok. Aku cuba ketat2kan tapi tak berjaya jugak. Dalam fikiran aku, nak kena keluarkan balik mangkuk blender dan pangkalnyer nih! Dah ketatkan elok nanti baru boleh pasang mangkuk blender tu ke mesin pengisarnyer.

So aku pun terus turunkan mangkuk blender kat tepi. Then nak tanggalkan pangkalnyer pulak. Bila aku nak tanggalkan pangkal nyer raser cam ketat la plak. Tengah aku beger2 nak tanggalkan pangkal blender tu tiba-tiba 'SiiIIiiiIiinggggggggggggGGGgggGggggGGGGGgggggg........!!' cutter blender tu berpusinggggggg dan mengisar ibu jari akuu..!!!!!
'aaaaaaaarrrrrghhhhhhhhhhhhhhHHhhhHhhhHHh!' aku menjerit spontan  dan menarik ibu jari. Yang kelihatan hanyalahhhh darah merah pekat yang bersembur keluar dari celah2 kuku dan kulit yang luka!
Aku terkedu macam tak percaya. camner leh luka kena blender nih..?
'Naperrr Mama...?' Papa yang terdengar aku menjerit bertanya dari arah pintu dapur kat luar.
'Tangan kena blender' jawab aku spontan
Papa terus bergegas masuk ke dapur dari pintu depan.
'Ya Allahh! camana boleh kena ni..?!' Komen papa terkejut dan dgn segera mengeluarkan First Aid kits box. Aku letakkan jari yang luka di bawah pili air. Pun masih terkejut.
Abang terus cari kain balut dalam box tu dan balut ibu jari aku utk menghentikan pendarahan.
'Dah jom kita pergi klinik!' ujar Abang.

Ikan kerisi yang sedang di goreng dalam kuali Abang angkat dan matikan api dapur.
Aku terus sarung tudung & dukung Dania. Abang angkat Danish masuk dlm kereta. Hidupkan enjin dan terus menuju ke Poliklinik 24 jam yang berdekatan. Ibu jari aku dan mula berdenyut2 dah terasa pedih!! Aduhhhhhh!!!!! Zikir2... tenang2.... pujuk hati.

Sampai di Klinik tiada patient lain. Bila nama dipanggil kami terus masuk.
'Ya sakit apa ya ?' Tanya Doktor sebaik saja aku duduk di kerusi.
'errr.. nak cuci luka. Jari terkena blender ' Jawab aku tersenyum kelat sambil menyuakan ibu jari yang berbalut dan nampak tompokan merah darah tu.
' Ooouuuchhhhh! ' balas Doktor dengan muka seriau.
'Macamana boleh terkena ni? Tanya nya lagi.
Aku pun cerita lebih kurang dan kemudian diminta ke bilik satu lagi.
Aku pun dah tak sanggup nak tengok luka di ibu jari tu.

Doktor pun pesan kalau tak sanggup tengok jangan tengok. So aku biarkan je Doktor & pembantunyer 'cuci' ibu jari aku tu. Rasa pedih luka dan pedih mungkin dijirus dengan cecair cuci luka bercamput baur. Kemudian selepas beberapa ketika jari aku pun siap dibalut rapi.
Aku cuma nampak satu mangkuk steel yang berisi darah merah pekat, peralatan mencuci & membalut luka dan serpihan kuku yang sengaja di potong oleh Doktor tadi.

Selesai urusan klinik, kereta Abang terus meluncur laju ke kedai makan.
Apalagi, chef dah masuk wad lauk tengahari 'tunjuk' je la.. ekekek
Dalam perjalanan balik dalam kereta :
'Doktor kata kena cuti masuk dapur ni. Papa nak bagi mama MC berapa hari ?'
' 1 hari' jawab Abang selamba ala-ala 'dengki'
errrkkkkk!!!! satu hari jekk ?? gulpp! Nyampahh...! heheheh


Esoknyer aku pergi kerja macam biasa dgn jari berbalut. Cam biasala, ramai lak yg bertanya
tapi aku pun tak berapa sanggup nak citer.. ekekek
Dlm kul 10 pagi aku pergi SMC utk check luka.
Doctor cuci balik, tukar balutan dan bagi MC seminggu! Kena ambik injection dan diberikan ubat
tahan sakit & antibiotik.

So memang seminggu aku cuti.. cuti masuk dapur je la tapi still pergi kerja hari-hari cam biasa walaupun
doktor bagi MC *sighhh*. Seminggu tu memang Abang banyak tolong utk kerja kat dapur especially yg berkaitan dengan air. Kekadang Abang tolong masak. Terima kasih bebanyak Abang...

Seksa juga ibu jari tak leh pakai ni. Makan pun pakai sudu, kalau mandi ke tolong sket2 kerja kat dapur pakai sarung tangan yg ala-ala doc bedah pakai tu. Nak bawak kereta pun terasa sakit bila urat kat bahagian luka tu tegang bila nak pusing-pusing stereng.. adusss...! Pas bayangkan kalau nak pakai keronsang kat tudung ke camne kalau tak leh guna ibu jari?? hu! hu! hu!

Rupa jari aku seminggu kemudiann.. luka pun dah keringgg...
baik punya 'kisar' sampai kena part kuku tuhhh... hu hu hu

Seminggu lepas tu ada la sorang ofis mate aku gi SMC jugak. Masa nak register staff nurse tanya
kerja mana. Dijawabnyer 'N****'
Tau apa jawab staff nurse yang 3-4 orang kat kaunter tu
'N**** ? Ooo hari tu ada sorang staff dia datang sini, tangan dia luka kena blender!'
'Ha ah' sahut staff nurse yang lain
'Kenal, ofis mate saya tu. Duduk belakang saya pun' jawab ofis-mate aku
'Oo.. kenal yerrr'
Amboiii.. ruper ruper sedapp mengumpat aku kat SMC tu yerrr.. sabor je la.. ekekkeeek

0 sweet comments: