Ahaa... Germany akhirnya berjaya menundukkan Uruguay dan menduduki tempat ke-3 Piala Dunia 2010. Barangkali terbantut sudah niat penyokong2 Jerman nak 'menggoreng' Paul, si Sotong Kurita tu sebab menang pagi tadi ha ha ha! Yang bestnye Perdana Menteri SPAIN pun sanggup menawarkan perlindungan peribadi ke atas Paul tuh!!! Perrghh... Sotong pun ada pengawal peribadi beb gara-gara ugutan penyokong2 pasukan negara yang kalah nak membunuh dan menggoreng dan ada jugak yang mengidam nak buat Sushi! ha ha ha..!!! Apapun Paul pun dah nak pencen dahh... umurnya dah 2 tahun setengah.. lagi setengah tahun lagi nak habis dah jangka hayatnyerr.. hu hu hu. Okeh tu selingan je...


Ni sebenarnya nak cerita pasal Dania. Dania ni memang 'HANTU' makan buah..! Nak suh makan nasi kekadang susah betul! lagi suka makanan yang bukan makanan ruji kat Mesia ni! hu hu. Contoh suka makan mee... finger food... JAJAN lagi tok sah citer laaa... dan buah memang hantu betul! 

Kelmarin Abang beli durian 5 biji... semalam lepas maghrib bila aku turun ke bawah *living* tengok Dania dah tergolek tertidur kat atas sofa dengan biji durian masih kat tangan! Aku tanya Mak Long nyer, Mak Long nyer pun terkejut tengok Dania dah tertidur sambil tengah makan duriann!!! Saborrr je laaaa...

Mak long kata memang Dania yang request nak makan durian tu.. dapat gak makan 3-4 ulas sorang... lepas tu sedar-sedar dah lena sambil biji durian kat tangan.. mulut masih bersisa duriann...! 

Bila aku nak ambil buji durian tu nak buang Dania genggam kuat-kuat tak kasi aku ambil tapi mata pejamm..!! Aduhaiii anak dara sorang nih.. hu hu hu
Ni pulak peel abangnyer.. suka sangat bertenggek kat belah belakang cam tu....! Haiii... anak bujang sorang nihh.. hu hu hu

4 sweet comments:

zuhana said...

"SEDAP MAKAN DURIAN KAN DANIA!!!"
emmm sedappppnyaaaa....
tak sangka le plak kalau dania dah tertido sambil menggengam biji durian...
elok jek dia tido....mmg x nampak pon biji durian tu klu mamanya tak bgtahu...
dania...lain kali kita makan durian nak tak???? sedap kan!!!!

*∽ IZAN ∽* said...

aha ha... sedapp sangat la durian tu sampai tertidor makannyerr! ntah tidur pun mimpi makan durian lagii.. tu orang nak amek pun tak nak lepas kat tangan! ha ha

tiefazatie said...

haha..dania2...sgt gle durian ye..hihi..yg abg tue nape la suke duk atas tue..hihi

zuhana said...

cian kat danish...dah berape kali terhantuk2 kepala kat cermin keta blkg tuh bila papanya melalui jln yg berbongol...tp soh turun tak mahu plak!!! suke plak dia bila kepalanya berbunyi "duk" akibat henjutan tayar kereta papanya tapi "adoi" katanya sambil mengusap kepala...
bila nak upload gambo danish masak sambal tumis....????
emmm sedap le danish masak.....!!!
tak sabo nak baca komen n pujian dari mama danish pasal anak bujangnya tuh yg suka mengacau kat dapor...