sumber : Utusan Malaysia

NOTE : Aku minat Maya Karin. Suka dengan personality dan reputasi dia... lebih-lebih lagi dengan keanggunan dan bakat yang dia miliki..! 

credit : kosmo

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon, Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Pengesahan cerai secara baik itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain ketika kes itu disebut di kamar beliau hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat persetujuan antara pasangan itu mengenai tuntutan nafkah idah, mutaah dan lain-lain perkara berbangkit selepas perceraian.
Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Perceraian Maya atau nama penuhnya, Maya Karin Roelcke, 31, dan Steven, 41, atau nama Islamnya Mohamed Ali Abdullah tersebut berlaku genap 10 hari perkahwinan mereka disahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Ia juga berlaku kurang sebulan daripada ulang tahun ketiga perkahwinan pasangan tersebut.
Pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan pernikahan pelakon Anak Halal itu dan guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa pada 14 Ogos 2008 di Vila La Corte del Lago, Tasik Como, Bellagio, Itali sah dari segi hukum syarak.

Kedua-dua mereka ketika itu dinikahkan oleh Imam Abdullah yang didatangkan khas dari Algeria.
Permohonan pengesahan pernikahan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada prosiding terdahulu, Maya diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin manakala Steven tidak diwakili peguam syarie.

p/s: Kadang-kadang tengok insan2 yang di kurniakan dengan rupa paras menawan ni banyak pula di berikan dugaan... Sesungguhnya Tuhan tu memang Maha Adil dan dia tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hamba2nya sendiri. Maka bersyukurlah kita sebagai insan biasa ni dengan apa yang kita miliki hari ini...  Semoga Maya juga akan menemui kebahagiaan hatinya nanti..

4 sweet comments:

Gieyana said...

x da jodoh la tue kan...moga kebahgiaan milik diaorang...

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

susah nak cakap....semoga rumah tangga yang kita bina kekal bahagia..

p/s: selalu terpk dan terdetik, cam mana lah org yg kawen ngan mualaf lelaki ni...bukan senang nak didik diaorg...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Giayana :
Tu lah.. minat Maya karin tu.. moga2 dia temui kebahagiaan dia nanti

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama Damia :
Setuju! bukan senang kahwin ngan mualaf ni.....

tu lah, moga2 kebahagiaan sentiasa mengiringi hidup kita.. aminnn