Salam,

Terkejut hari ni bila sorang member yg duk kat Japan tanya ada baca tak paper pasal kes kematian kat Jepun gara-gara suhu panas yang terlampau. Terkezut aku dengar sebab masa aku kat sane dulu tak de la dengar kes-kes orang mati di sebabkan cuaca 4 musim tu. Kalau sebab ribut taufan dan gempa bumi tu pernah la dengar. 

Anyway kalau baca berita ni, nak ikutkan suhu sama je macam kat Malaysia. Tapi bukan nak kata apa.. kat sana bila musim panas, dia punya panas memang tahap bahang semacam. Kalau kat Malaysia ni panas-panas gak tapi still bleh rasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. kalau kat sana panas dia semacam..hmmm.. camne nak cakapp.. panas kalau kipas peluh pun tak berapa nak rasa sejukk... haa lebih kurang cam tu laa.. salah satu sebab nya kerana tahap humidity yg agak tinggi. Sebab tu bila tiba musim panas ramai Japanese suka melancong keluar Japan.. cari tempat yg sejuk sikit hu hu.

Sumber : Berita Harian

TOKYO: Sekurang-kurangnya 66 orang maut manakala 15,000 lagi dirawat di hospital kerana tidak tahan dengan cuaca panas sejak dua bulan lalu di Jepun. 

Suhu luar biasa tinggi bermula sejak berakhirnya musim hujan awal bulan ini dengan suhu mencapai 35 darjah Celcius atau lebih tinggi di 90 peratus daripada 920 kawasan yang dipantau pihak berkuasa. Laporan itu disiarkan oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun mengenai kesan kepanasan melampau sehingga Ahad lalu.



Sakurajima.. antara 'mercu tanda' teragung kat tempat aku dulu. Kalau kena time ribut pasir dari gunung berapi gunung Sakura  tu perrghh... kalau bawak beskal gi tempat buat part time memang tahap tak leh bukak mata laaa.. sedar2 bila sampai habuk dan penuh kat tudung ha ha!


Sehingga hujung minggu lalu, 9,436 orang di seluruh negara itu dibawa ke hospital dan 57 daripada mereka disahkan maut kerana tidak tahan cuaca tinggi, kata Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran. 

Sebahagian lagi yang terkorban disebabkan kemalangan berkaitan dengan penggunaan air hingga ada yang lemas. 

Agensi Kaji Cuaca meramalkan suhu tahun ini akan mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 100 tahun. Kepanasan yang paling teruk juga menyebabkan jualan air minuman dan alat penghawa dingin melonjak. 
Kadar bekalan elektrik juga meningkat kerana penggunaan peralatan penghawa dingin di seluruh negara, menurut laporan. 

Syarikat Tokyo Electric Power Co yang membekalkan tenaga kepada lebih 28 juta pelanggan di ibu kota serta wilayah sekitar merekodkan kadar penggunaan tertinggi di Tokyo sebanyak 59,990 megawatt pada 23 Julai lalu, 
tertinggi tahun ini, kata firma berkenaan. 

Kawasan mencatat suhu tertinggi ialah daerah Tajimi di wilayah Gifu dengan 38.1 darjah Celcius diikuti Sakuma di wilayah Shizuoka (37.9 darjah Celcius). 

Secara rasminya, suhu tertinggi pada bulan Julai direkodkan di Okazaki, wilayah Aichi dengan 37.7 darjah Celcius dan Kyotanabe di wilayah Kyoto, 37.3 Celcius. 

Angka korban tertinggi cuaca panas sebelum ini dicatat pada 2008 ketika kali pertama data mengenainya disimpan apabila 47 terbunuh pada bulan Julai dan Ogos. 
Tahun lalu, 16 orang terbunuh kerana kepanasan melampau juga dalam tempoh dua bulan berkenaan. Agensi 


Time musim panas ni makanan yang paling glamer ialah Unagi atau nama manjernya 'Belut Panggang' ha ha.! Unagi ni di percayai mampu membekalkan tenaga untuk mengatasi badan yang tidak bermaya dan keletihan ketika musim panas. Harga dia boleh tahan. Paling murah boleh di dapati kira-kira RM30 satu hidangan.. tu yg paling murah. Kalau yang mahal lagi.. ganda je lah sendiri hu hu!

credit : Washoku food

Teringat aku dulu... first time jejak je bumi Kagoshima, Kyushu selepas tamat tempoh orientation seminggu oleh JPA di Tokyo, senior-senior menunjukkan tahap keperihatinan terlampau menjemput aku di Airport. Time tu sakura baru berkembangg..! Memang cantek & saiko giller! Sampai-sampai ngam2 pulak waktu makan tengahari. Apalagi terus di bawaknya aku gi lunch. Dah la tu.. siap berambik, makan pun siap di oderkan.. tak sempat aku nak pilih menu ha ha!

Bila mengadap.. pergghhhhh bleh tahan gak menu ni..! Sedapp hingga menjilat jari..! Lain kali boleh order lagi ! He he!


Bila dah kekenyangan dan sedawa baru la aku tanya kat senior-senior aku yang sangat baik hati tuh
Aku : Fuhh.. boleh tahan sedap jugak menu ni. Ni ikan apa yer  ?
Senior : Ohh.. bagus laaa kalau sedap. Kalau nak tau itu lah "BELUT" !!!
Aku : Haaa.. BELUT ??!!!!! OHOK OHOK OHOKK!!!!
Dalam ati Apaaa...??????? Tersentap jantung jap. Ce ulang sekali lagi kot-kot salah dengar. Betul ke B.E.L.U.T ??!!!
Terus terbayang belut hidup berlengkor-lengkor dalam kolamm... adusssssssss!! Rasa macam nak uweekk uwekkk dan uwekkkk! 

Tapi lepas tu terus pandai pulun.. jauh di sudut hatii... "Eleh Sedap jekkk!" Hati kering betul! ha ha ha

8 sweet comments:

☆ lieya latif ☆ said...

sebab tu la org kate, hujan emas di negeri org, hujan batu dinegeri sendiri, elok jugak dinegeri sendiri kan....tapi tu laaaa....takut gak dengar....

lieya minat unagi ni izan...kalo gi sushi king wajib mkn unagi heheheheh

Liessa said...

salam ziarah...erm takut nye dgr...smapai mcm tu skali tak tahan panas...

belut...seingat sy...sy skali je penah mkn belut..tu pun masa sy kecik sek rendah lg...skang tak penah jumpa lg...hehehe...

azura samsuddin said...

bahaya jugakkan kalo panas smpi boleh m'bawa maut ni, Alhamdulillah kat M'sia x mcm tu..
Belut~kdg2 perlu gak izan kite mkn je tanpa tau sbb kalau dah tau suer x nak mkn..hehehe

zuhana said...

ingatkan best sangat kalau berada dinegara yg mengalami 4 musim nie...rupanya susah gak klu berlaku keadaan cuaca yg tetiba tidak terjangkau akan keadaannya....emmm nasib baik izan tidak mengalaminya semasa beberapa tahun kat sana dulu.....alhamdulillah...
ohhh dah pernah makan B.E.L.U.T???
sedap ke????
ape kata raya nie kita pakat masak belut kat kampong....
compom satu rumah semua larikkkkk!!!

Aleyn said...

Patutlah Fazrul bising kt FB kata panas giler kat Jepun skrg...

Pasal Unagi tu...1st time aku rasa pun kat airport gak....Airport Nagoya x silap aku...Minesan belanja....pergghhh mmg terangkat gilos...dia dah bg tau siang2 ikan tu ikan belut...mula2 rasa geli jerk nak makan...tapi mcm terpaksa sbb x nak kecikkan ati dia...last2 licin pinggan..hehehhe..

Alamak terliur la plak ...jom Zan ...kita gi Oshama carik unagi...hehee

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

mimi pun makan belut sebab makan sushi, kalau tak jangan harap la .. eh izan cerita la lagi pengalaman kat sana. seronok.. jangan lupa bubuh gambar sekali masa izan belajar kat sana.. teringin nak tengok

tiefazatie said...

er..belut ke sis??adeh...tp mmg best best unagi nie...ifa suke..hihihi...tp..cian nye..psl musim panas pun sampai mati???ngeri nye..

Me_Bee N Kids said...

Mmg natse kat nihon , rasa panass giler sebab tak berangin kot , bahang die ...uishh ..lagi ok kat mesia lagi ..

Eniway , unagi suka tapi yang paling suke sushii !!! tabetai na....