*Inilah perbuatan binatang yang bertopengkan 'manusia'. Bukan setakat hasil keindahan dan khazanah alam semulajadi alam je yg di ratah rakus... malah gadis-gadis Penan yang tak berdosa turut menjadi bahan 'ratahan' pembalak2 di Baram. Memang betul-betul berhati bina***g!!*



PETIKAN DARI : MALAYSIA KINI
Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan. 
Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.


Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.


Me
nurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.


Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks.


PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana.
Diperkosa pembalak



Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram.

Ketujuh-tujuh mangsa yang diperkosa pembalak itu belum pernah membuat laporan sebelum ini.


Gadis paling muda daripada tujuh mangsa itu berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa.


Pemerkosaan gadis dan wanita Penan mendapat bantahan antarabangsa tetapi ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang sebaliknya memberi amaran: ”semak maklumat anda atau tidak anda akan dituduh cuba mensabotaj kami”.


Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Masing, memberitahu BBC bahawa “masyarakat Penan pandai mereka cerita' dan mendakwa hubungan seks bebas di kalangan masyarakat Penan adalah sesuatu yang lazim.


Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam pula terus menafikan laporan itu.
“Bagi saya, laporan gadis Penan dicabul itu tidak benar”.


Cerita dirogol
Berikut catatan tiga daripada tujuh laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang dirogol berkenaan.


Cerita J



Menurut laporan PSG, J adalah gadis Penan yang berusia 23 tahun. Dia anak anak gadis tunggal dan sering-kali dibiarkan keseorangan apabila anggota keluarganya keluar memburu.
Menurut J, kebanyakan pembalak akan singgah di perkampungannya dalam keadaan mabuk dan menimbulkan huru-hara.
J dirogol ketika berusia 14 tahun oleh seorang pembalak yang berusia dalam lingkungan 30an.
Pembalak itu pernah melamarnya tetapi ditolak dan lelaki itu pergi ke rumahnya dan merogolnya.
J tidak memberitahu keluarganya kerana takut mereka dibunuh oleh pembalak itu.


Selepas dirogol, menurut J, pembalak itu terus memaksanya supaya berkahwin dan dia akhirnya bersetuju kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.


Kata J, dia didera secara fizikal dan psikologi dan sekiranya menolak permintaan seks pembalak itu, dia dipukul dengan sebatang kayu. Apabila J mengandung pada 2003, dia dihantar ke kampungnya dan pembalak itu menghilangkan diri. Anaknya kini berusia tujuh tahun.


Cerita A
A diculik bersama adiknya oleh dua pembalak yang menceroboh rumah mereka pada 2001. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke kem pembalakan. 
A kemudian dipisahkan dengan adiknya dan setiap hari dia dirogol dan sekiranya dia menolak tuntutan nafsu pembalak, dia akan dipukul. Apabila dia mengandung, A dihantar pulang ke rumahnya semula.
A kini sakit dan anak luar nikahnya itu dijaga oleh kakaknya. Dia ingin membuat laporan polis tetapi tidak tahu caranya dan tidak mempunyai wang untuk tambang ke balai polis.


Nasib adik A juga tidak diketahui sehingga hari ini. A tidak pasti tetapi berpendapat adiknya yang diculik itu masih di kem pembalakan berkenaan.


Cerita E


E ditangkap ketika membonceng motosikal dan dirogol oleh dua lelaki di kem pembalakan pada tahun 1996. Dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampungnya yang berjaya mengesannya dan menyerbu tempat tahanannya.


Kebanyakan penduduk kampung marah tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa kerana syarikat pembalakan itu terlalu 'berkuasa' dan mendakwa polis sentiasa di pihak mereka.


Cerita selanjutnya : 

9 sweet comments:

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

sian nasib orang2 penan ni kan.. tak terbela

☆ lieya latif ☆ said...

alahai siannye.....mentang depa ni terpinggir, mcm tu sekali org luar layan dieorg kan....moga2 nasib mereka terbela....

umeboshi said...

ish...sebagai seorg perempuan, sakit nye hati!!!

yatie chomeyl said...

siannya...xde hati perut betul. lps tu siap nk sorok2 pulak cerita gini...binatang pon x jahat mcm ni

tiefazatie said...

kesiannya..kejam betol la dorg nie..=(..kak ifa dpt dh gift akak tue..tq ya..=)..nie entry utk akak..

http://tiefazatie.blogspot.com/2010/07/tq-so-much-kak-izan.html

tq!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mimi & Lieya : Ni tak lain tak bukan memang kerja2 bangsa2 tu laa... tau RM RM RMM.. ! bukan kira halal haramm.. janji hidup senang lenang siap ada 'gundik' paksaan lagi..

Bak kata Emak, kaf alif ya ro ni memang 'syurga' dia kat dunia je.. nak wat camner.. isk isk isk

*∽ IZAN ∽* said...

RE Ume & Yatie : Betul tuh!! Binatang pun tak jahat macam nih!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yatie :

Tu la pasall..
Dapat dahh..! Harap suka dengan gift tu yekkk he he he

tiefazatie said...

hihi..harap akak suka la ye entry tue..=)..mekaseh ye kak..=)