Assalamualaikumm...

Akhirnya Set Ibu Bersalin pilihan sampai juga ke tangan.
Seperti berpantangkan Dania dulu, aku ambil set Leesa jugak
jadi kali ni aku mantain pakai produk yang sama sebab masa
pakai dulu dah rasa serasi.

Kali ni aku pilih Set Ibu Bersalin Leesa PREMIUM.
Means full setlah..  dulu aku beli set A & tungku herba je
sebab bengkung dah beli lain. 
Tapi bila google online jumpa website ni :
yang menawarkan harga yang sangat2 berpatutan..
jadi terus ambil set Premium sebab dah lebih kurang 
sama harga kalau ambik Leesa Set A + Pek Tungku Herba x2
kat luar...


Okeh bila zoom lagi, Leesa Confine Mum PREMIUM
ni mengandungi produk seperti berikut :


PREMIUM PRODUK: 
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
6- Mas Cotek Uncang
7- Pek Tungku herba x2
8-  Bengkung Correctuer 

 Dan cara Penggunaan ConfineMum Set Premium:-
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan 
termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha 
sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari 
bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi
 untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut dan lain-lain bahagian badan 
setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi dan petang atau bila-bila masa yang disukai.


Selain tu aku top up kan dengan D'N~ Hans GOLD. Hari tu dah beli
sekotak.. ni tambah lagi sekotak sebab dapat harga lagi murah 
kat kedaijamuwanita2u compare beli kat kedai luar.

Keistimewaan :
* AntiKedut/Penuaan
* Menghaluskan Kulit

* Meningkatkan daya pencerahan kulit
* Mengatasi masalah wajah
* Mengimbangi berat badan
* Meningkatkan daya penghadaman
* Pembongkaran toksid
* Meningkatkan sistem imunisasi badan dan peningkatan sistem dalaman.
* Meningkatkan stamina
* Meningkatkan daya ingatan
* Mengatasi masalah kesukaran tidur
* Masalah luka luaran/dalaman
* Masalah kuku dan tumit pecah
* Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
* Baik untuk wanita bersalin.

Cara Penggunaan : Untuk kesan cemerlang, pada waktu pagi 30 minit sebelum sarapan, curahkan satu sachet ke dalam mulut dan minum segelas air atau jus buah-buahan. – Anda digalakkan meminum air LEBIH banyak dari biasa, untuk mendapatkan kesan yang maksimum. 

Sebelum ni pun setiap kali berpantang memang aku akan stand by
D'N ~ Hans sekotak dua dan terus makan sejak hari pertama/kedua selepas bersalin.
Kalau baby kena jaundice pun boleh continue makan sebab 
ramuan bahannya tidak panas. Moga-moga membantu ibu yang baru bersalin 
di pertengahan usia  ni agar "Kelihatan muda, rasa muda, jadi muda..." 
bak slogan nyerr he he he


Untuk mandian herba, kalau dulu berpantang kat kampung Emak akan 
carikan daun-daun untuk rebusan mandi antaranya daun serai wangi,
daun senduduk, daun sirih etc. Untuk mandi pagi petang Emak akan rebuskan 
daun2 ni dan di gunakan untuk bertangas 15 min sebelum di buat mandian.
Memang sangat menyegarkan.
Tapi kat sini manalah nak cari daun2 tu kann.. kalau nak suh derang bawak dari 
kampung confirm layu sebelum waktunya.. so kali ni aku ambil 
Rempah Mandi Mak Dara yang boleh di gunakan untuk bertangas.
Juga boleh di dapati dari 
Boleh order online.. tapi kitaorang terus beli ngan tokey kedai,
K.Roha sebab takut tak sempat kalu nak tunggu di poss ehehehhee.

Plus  Losyen pati Halia + Limau.
Bau dia memang sedappp lahh.. harummm!!! ni boleh sapu2
kat mana2 bahagian badan elak angin masuk.
Dalam leesa formula pun dah ada.. tapi top up takut
tak cukup uhuhuhuu.


Aha... model ni pun sibuk nak bergambar jugakkk.!. ehehehehe.
Sekali tengok muka Dania rasa.. dah nak jadi 'Kakak' rupannya anak dara ku ini huhu.

Last but not least.. terima kasih kepada En Hubby kerana menyeponsor 
set ibu bersalin kali ni demi memastikan
isteri tersayang kembali sihat, jelita dan bertenaga..!!! *statement tak bleh blah*
Owhh.. besar tanggung jawab dinda nih ehehehehehhe.

Anyway itu jelah sedikit sebanyak Info yang hendak di kongsikan yekkk..
AL kisahhhh

2 sweet comments:

ambrynaa said...

Aku pun bak beli set Leesa ni.. Sebelum ni aku dah beli bengkungnya.. Cari2 tak jumpa la plak.. Mana la aku humban.. Keke.. Kena beli lagi la nampaknya...

Gieyana said...

wahhh..complete set..mcm2 ada..:)