Assalamualaikum.....

Ahaa... hari ni genap 39 minggu baby dalam perut. 
so far tak de tanda-tanda lagi baby nak keluar huhu....
makanya aku pun dengan rajinnya selongkar balik beg
yang dah prepare untuk di bawa ke Hospital.

Jom zoom apa ada dalam beg.
Kuantiti adalah untuk menginap 2D1N kat spital he he
*macam gi bercuti pulak ha ha!*

Bag Baby :


1. Baju sambut baby ~ 3 pasang 
2. Sarung tangan & kaki ~ 2 pasang
3. Topi kepala baby ~ sehelai
4. Kain lampin ~ 2 helai
5. Selimut baby/kain bedung baby ~ 1 helai
6. Kain barut baby ~ 2 helai
7. Tuala baby ~ 1 helai
8. Sapu tangan ~ 2 helai
9. Wet tissue ~ 2 pek
10. Diapers ~ 7 pcs
11. Travel toilet baby ~ 1 set
12. Baby oil ~ 1 botol
13. Botol susu ~ 1 *standby just in case*
14. Breast Pump set : Ni pun standby je. Selalunya the first 2 days tu
baby harap pada colostrum ibu je*
15. Senaskah Surah Yasin

TIPS :
Seboleh2nya baju berbutang tengah lebih mudah di pakai oleh 
baby dalam hari. Maklum la baby 'halus' lagi huhu.


Bag Mama :


1. Baju tidur & Baju balik ~ 2 helai
*Biasanya kat hospital pakai baju spital jek*
2. Kain batik ~ 2 helai
3. Tudung balik ~ 1 helai
4. Pakaian dalam ~ 3 salin
5. Tuala mandi ~ 1 helai
6. Tuala muka ~ 1 helai
7. Baju sejuk ~ 1 helai
8. Stokin ~ Sepasang
9. Selipar ~ sepasang
10. Pad bersalin Madame ~ 7 keping
10. Toileteris (Pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, cotton bud, pencuci dettol)
11. Strap getah pinggang *ganti bengkung sementara untuk jaga peranakan lepas bersalin*
12. Air zam-zam/air selusuh & Kurma ( sekali untuk bertahnik)
13. Getah rambut
14. Minyak serai wangi *untuk sapu kat kaki lepas bersalin*
15. Losyen pati halia  * sapu kat dahi ganti pilis sementara*
14. Charger hand phone. 
* untuk surf internet, FB, Blog ketika
waktu senggang menanti kelahiran or selepas kelahiran*

Dokumen :
1. IC
2. Kad booking Hospital
3. Kad check up baby

Okehh.. bag Mama & Baby dah siapp..!! 

Kalau tengok Pregnancy tickers aku pun memang 
dah atas pagar je nih... ! 


Berdebar + excited... uhuhuhuhu!


Bibik pun dah sampai... Mak, Abah & Mak Long pun dah 
beli tiket hari Selasa ni datangg..!
Ramai yang temankan aku berpantang kat Puchong kali ni he he

Okeh Baby, Mama dah ready anytime je nih tauu..! uhuhuhu

3 sweet comments:

eelobor said...

huhuhu...sudah tinggal beberapa hari lagi. semoga semuanya selamat dan dalam perlindungan Allah swt

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
erima kasihh..! Semoga di permudahkann segala urusan hendaknyaa..... aminnnnnnnnnnnnn!!!!

MrS. F!zA said...

teruja plk sy tgk persiapan akk..dlu time sy main sumbat je baju..tkde kira2 dah..ekekke

mujur tk berlamaan di hosp..pg bersalin ptg dah keluar..alasannya sbb wad terlalu penuh..