Assalamualaikum

Berishtighfar panjang bila baca artikel ni....
Orang kata bulan puasa ni syaitan di ikat.. tapi kalau masih ada yang 
sanggup lakukan perbuatan sekeji ini... memang pelakunya tu sendiri 
Syaitan bertopengkan manusia..!!

Tak dapat aku nak imagine sengsaranya mangsa kes ni..  MasyaAllah...!

sumber : Harian Metro



KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.
Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.


“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya





Meh nak share satu kisah hukuman simbah asid kepada pelakunya.
seorang wanita IRAN yang memohon hukuman Kisas di jatuhkan kepada 
pesalah..! Pampasan bernilai RM95,000 pun di tolaknya. 
Kalau Malaysia pun laksanakan hukuman 
seperti ini memang baguss..! baru SETIMPAL 
dengan derita yang di simbahnya pada orang lain.
SIMBAH ASID DI BALAS DENGAN SIMBAH BALIK ASID..!!
Baru tahu langit tinggi ke rendah... baru la penjenayah2 ni fikir sepuluh kali nak buat...!

AMENEH menunjukkan gambarnya sebelum diserang asid di Teheran.

Di Teheran, Iran, seorang lelaki yang didapati bersalah menyimbah asid ke muka seorang wanita telah dijatuhi hukuman simbah asid (sama dengan jenayah yang dilakukannya) oleh mahkamah negara itu.

Majid Movahedi, 30, melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa, Ameneh Bahrami beberapa kali menolak lamarannya untuk berkahwin, sehingga mengakibatkan wajah wanita itu rosak teruk selain menyebabkannya menjadi buta dalam serangan pada 3 November 2004.

Mahkamah mengarahkan Majid dibutakan menggunakan asid selepas lelaki itu mengaku bersalah atas jenayah itu.
Hukuman itu sepatutnya dijalankan kelmarin, namun pihak berkuasa Iran menangguhkannya selepas campur tangan masyarakat antarabangsa, termasuk Britain, yang mengecam hukuman itu.

Ameneh berkata, pada awalnya dia mahu menjalankan sendiri hukuman itu yang ditegaskan sebagai sah dari segi undang-undang agama.

“Tetapi saya takut asid tumpah di tangan saya, jadi lebih baik doktor yang melakukannya. Saya menunggu selama enam tahun untuk hari ini,” katanya, kelmarin.



MAJID MOVAHEDI


Menurut laporan berita Agensi, perbuatan lelaki berkenaan menyimbah asid adalah kerana kecewa cintanya ditolak wanita berkenaan yang juga bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.

Mahkamah pada awalnya menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh dan memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 kepada mangsa namun ianya ditolak oleh wanita berkenaan dan mahu penyerangnya itu menderita sepertinya.

“Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram,” kata Ameneh.
Dia berkata, segala rayuan, supaya dia membatalkan hasratnya, termasuk daripada ibu lelaki itu sudah terlambat.

Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata 
lelaki itu.

sumber : Warkah Daily

Walaupun akhirnya wanita tersebut mengampukan pesalah..??!
KLIK SINI

7 sweet comments:

bella_bumbum said...

ish menakutkan nya T.T

*∽ IZAN ∽* said...

re Bella:
Mintak di jauhkan la kita & keluarga dari kes2 macam nihh :(

~izan~ said...

kejam!

skrg ni dlm rumah sendiri pun tak selamat..

dah nak raya ni,kesian mangsa tu.sedihnya.

semoga kita semua sentiasa dilindungiNya..Amin..

e.l.i.z.@ said...

dasatnye!
mmg ptt pun kita simbah balik pada penjenayah..duit pampasan yg dpt, bukan dpt mengembalikan wajah kita.cacat kekal lak tu

eelobor said...

suspek iaitu bekas suami mangsa telah di tahan oleh polis di hospital. suspek mengaku atas perbuatan tersebut. semoga ada pengadilan untuk mangsa

*∽ IZAN ∽* said...

Re Izan & Eliza :
Sedih mengenangkan kenapa masih ada lelaki yang diberi kudrat, 9 akal & kekuatan yang sepatutnya menjadi pelindung wanita akhirnya cuma mampu jadi 'pemusnah'.. sedih!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor:
Tu la.. beli metro pagi ni rupanya x-husband..! Memang patut bercerai kalau perangai dah tak macam manusia.. sedih!