Assalamualaikum...

Terkejut gila baca berita ni...
Mentang-mentang di beri kepercayaan merawat kerabat Sultan Brunei,
tak agak-agak kenakan bayaran melampau sehingga mencecah
RM 63.7 juta dalam masa 5 bulan..!! Gila ke apaa..???!
Ada bil yang di naikkan sesuka hati sehingga 526 kali ganda..!!
Ada jugak doktor spesis 'kaki kikis' macam ni.
Apa pun selamat menjawab la di mahkamah yerrr...



2011/03/28 @Berita Harian


Dr Susan LimSINGAPURA: Seorang doktor pakar terkenal kini disiasat pihak berkuasa perubatan di republik ini apabila didakwa mengenakan bayaran 'melampau' berjumlah S$26 juta (RM63.37 juta) ke atas seorang anggota kerabat diraja Brunei yang menghidap barah payu dara, hanya untuk tempoh rawatan selama lima bulan.


Dr Susan Lim, 55, pakar bedah pertama berjaya melakukan pemindahan hati di Asia, didakwa mengenakan bayaran itu ke atas sepupu dan adik ipar Sultan Brunei, Pengiran Anak Hajah Damit ketika merawat beliau dari Januari hingga Jun 2007. Penasihat Kanan yang mewakili Majlis Perubatan Singapura (SMC), Alvin Yeo, ketika mengemukakan satu dokumen di Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu menyatakan jumlah bil dikenakan bagi tempoh 2004 dan 2007 ialah sebanyak S$40 juta (RM95.95 juta) tidak termasuk tuntutan bayaran perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun sebelum itu. Laman web berita Asiaone melaporkan, Dr Lim merawat Hajah Damit dari 2001 hingga beliau meninggal dunia pada Ogos 2007.

Dokumen berkenaan menunjukkan pada hari perkhidmatan dijalankan sepanjang tempoh itu, Dr Lim mengenakan bayaran didakwa antara S$29,600 hingga S$660,000 (RM71,000 hingga RM1.58 juta) sehari. – Agensi

Baca lagi KRONOLOGI kes DR Susan Lim KLIK SINI
Assalamualaikum..
Salam hari Isnin.. korang busy ke ari nih..?
Saje nak share BE yang senang menari-nari sekarang.
Both daripada Digi. Terima kasih En. Nuffnang & En Digi..!

Sebenarnya lama gak tak dapat BE nih..
Sampai aku pun tak sedar bila ntah BE ni start balik sebab
satu masa aku pun jadi tak berapa kisah pasal tabung Nuff ni ada ke tak.
Yang penting kita enjoy berblogging & develop kita punya friendship
dengan blogger lain kan..!


Anyway thanks pada kengkawan sekelian yang sudi jengah blog yang tak seberapa nihh..
korang memang besttt..!

Kepada pemenang2 Izan@SweetOmoide 7th Anniversarry lucky draw 
yang mungkin masih cari tarikh tontonan yang sesuai, 
sila jangan malu-malu contact aku kat
untuk redeem hadiah masing-masing okeh..!

Pemenang Hadiah Utama x 2
Cik Z@i !!
Myra Queen

Pemenang Hadiah Saguhati x 2
eda_ej
Nad@Mama Zakwan
Assalamualaikum....
Nak share satu channel Astro yang aku baru perasan KEWUJUDANnya he he.
Itu pun gara-gara stay up tengah malam buat projek ofis online kat rumah.
Channel 706 ~ Life Inpired di Astro B.Yond dalam High Definition (HD) mode.


Paling mencuri perhatian aku rancangan realiti, HGTV Design Star
yang menyaksikan 10 orang designer berentap 
dalam beberapa siri menata rias dekorasi 
rumah, both interior & exterior.


Malam semalam menyaksikan Juara  Musim pertama
HGTV Design Star jatuh ke tangan David yang bersaing hebat dengan Alice..!
Bila aku check rupanya Session 1 ni tahun 2006 dulu. 
Sekarang ni dah masuk musim ke 5..!
Tapi rancangan ni memang best laaa..! Macam gak tengok restaurant Makeover,
sekali dia make up fuhh... memang kagum dengan hasilnya..! huhu

Contestants


Yang terbaru, Design Touch yang  mula di tayangkan 23hb Mar pukul 10:30 malam.


Kepada yang tengah nak pindah rumah baru atau yg tengah cari idea 
nak ubah dekorasi rumah sedia ada boleh la usha-usha rancangan2 menarik kat
  Channel 706 ~ Life Inspired@Astro B.Yond nih.

Memang boleh buat 'kenyang' mata aku tengok rancangan nih.. 
Sebelum ni ada jugak satu rancangan dari Jepun berkisar tentang 
dekorasi rumah-rumah moden dekat Jepun...!
Dinding kaca atas bawah..... tengah baru dinding tak lutsinar. 
Kononnya mesra alam supaya nampak permandangan luar dari dalam rumah.
Macam orang lepas mandi pakai tuala..! Yang pelik-pelik je.. he he.

Okeh... selamat menonton yek..!!
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semuaa..!
Hari ni seawal pagi lagi kitaorang dah bersiap-siap nak keluar..! ha ha.
Sebelum ni ada tengok iklan breakfast kat Mc Donald tu. Memang terpengaruh sungguh
ngan iklan tu.. memang ada la ajak Abang try sekali breakfast kat Mc D ha ha!
Tup tup lepas tu tengok ada pulak foward-foward kupon
REE 2 Big Breakfast dari Mc D..!
Last week tengok Aleyn update gi breakfast kat Mc D guna kupon tu. Beratur 45 min beb!
Mak aiii.. Memang bagus betul marketing stratergy Mc D...memang menjadikk!


Anyway hari ni turn kitaorng pulak. Kitaorg pergi Mc D 24 hours kat Puchong Gateway.
Tak jauh gak dari rumah. Cam biasa, sampai-sampai tengok parking penuh, queue Drive thru pun panjangg..
pantang FREE semua kerumun!! haha


Anyway untuk pakai voucher ni kena ada belikan RM5 min. Free breakfast ni tanpa minuman so
kebanyakan pelanggan akan purchase air, 2 cofee or 2 milo or 1 big milo.
So ni kitaorg punya order.. huhu


Ni yg FREE, 2 set.

Nasib baik keadaan terkawal dan beratur pun dalam 15 min je. Time kitaorang
sampai tu dalam kul 8:30 pagi. Tapi sampai kitaorang habis makan masih ramai pelanggan lain datang,
beratur sampai keluar pintu! haha


Danish mula-mula tengok breakfast tuh.. komennye
"Eeeeeee..... apa ni..? tak nak lah! Tak sedap..!!"
Ha ha.. dasar tekak ORANG MELAYU..!! hehehehe
Seb baik bila pekena scramble egg + sos tu habis gak dia nak makan.
Dania layan hash brown je.

Okeh tukang karut pun nak interframe hehe.
Masa queue tu ada gak budak2 DELL take away 3 set Mc D
Big Breakfst bawak balik ofis.
Sempat sembang2 ngan diaorang. Ada can wat esok lusa kat ofis nih.. hehe

Kepada yang lain, masih berkesempatan nak redeem kupon ni.
Just print je kupon kat bawah nih & buat min order RM5 so akan dapat
2 Big Breakfast FREE..!!!
Sah sehingga 31 Mar 2011 okeh!

Assalamualaikum..
Ahaa.. nak share sebuah Restoran Makanan Jepun, O-shima Restaurant milik bumiputera kita
yang terletak di Alam Megah, Sham Alam Selangor. Pemilik Restoran ni, Asnidar Hanim dan suaminya Ahsraf adalah bekas pelajar dari salah sebuah Universiti di Jepun. Asnidar satu batch dgn aku tapi lain-lain tajaan. Pernah kerja satu tempat dengan aku kat Nitto dulu sebelum Asnidar ikut suaminya berhijrah ke salah sebuah negara di timur tengah sebelum kembali ke tanah air dan menceburkan diri dalam bidang restoran ni.

Hari ni keluar artikel restoran mereka di sisipan MODE, Utusan Malaysia. Aku pun dah beberapa kali
pergi makan kat restoran ni dengan geng-geng kompeni lama kalau ada majlis perpisahan dan sebagainya. Akhir-akhir ini promosi giat di jalankan termasuk bersama rangkaian TV Alhijrah & Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV3.



Nak tahu detail boleh layari : O-shima restaurant

Senarai menu yang di sajikan :
Menu O-shima

Semua sajian di jamin HALAL okehh!!
Assalamualaikum...

Keputusan SPM 2010 telah pun di umumkan kelmarin.
Tahun ni secara keseluruhan mencatat keputusan yang lebih baik dalam tempoh 4 tahun!


PUTRAJAYA 23 Mac - Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A , A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini. 
 

Mulai tahun 2009, gred SPM telah pun di tukar seperti rajah di bawah

credit : LanunSepet

Dah tak macam zaman2 90-an dulu, kiraan agregate
A1, A2, C3, C4, C5, C6, P7, P8 & F9

Aha sape nak bacer kisah aku hilang IC masa exam SPM 1st day

Sekarang ni terlalu ramai candidate dapat straight A sampai terpaksa pulak split kan A tu kepada 3 gred lagi... huhu. Salah seorang anak sedara aku, Afeena pun ada yang dapat staright 10 A's dengan 6 A+. Sejuknya la perut mak eh mengandungg.. esok esok anak-anak kita camne la pulakk yekk. Aku
yang jadi parent nak push sangat anak-anak pun kesian.. tak push tengok je la trend
pendidikan sekarang..huhu

Anyway nak share link-link penting untuk permohonan melanjutkan pelajaran le dalam dan luar negara.



Dan link senarai biasiswa


Tahap pendidikan lebih mencabar kini.
Untuk permohonan Universiti luar negara sahaja
rata-rata memerlukan 9A. Kalau tak cukup syarat minima,
borang permohonan pun tak boleh nak submit..! fuhhh..!!

Anyway, tahniah kepada adik-adik di luar sana yang mencapai keputusan cemerlang
dalam SPM 2010..! Semoga kejayaaan terus mengiringi kalian..!!
Assalamualaikum..

Ahaa.. baru berkesempatan nak update gambar majlis perkahwinan 
Adik ipar aku, Rosniza & Azman.
Majlis berlansung 4th & 5th Deec yg lepas tapi maklum je lah
gambar2 photoghraper yg pegangg.. memang meroyan le tunggu ha ha.
Dah dapat CD tengok gambar berjuta2... perrghhh
nak pilih pun meroyan sekali lagii haha.
hasilnya ni baru sempat nak update.





Gambar2 dengan tuan rumah, kami sekeluarga.. biru gituuuuuuuuuu..


Gambar kami sekeluarga... Dania patut pakai Dress hitam putih.. 
tapi sampai sudah tak mo pakaii.. tak pasal2 lari kaler dahh ha ha

Orang ada flower girl, Flower girl mogok last2 ada Coat Boy je he he


Bride  & Bridegroom


2nd Day, Majlis bertandang kat rumah pengantin lelaki..
Baru la Dania nak pakai dress hitam putih tu huhu..
dah tak matching plak ngan Abang nyer pakai jeans je ..huhu




Anyway, kepada adik iparku, Ijah & Suaminya, Man,
Selamat menempuhi alam rumahtangga..
dan semoga mahligai yang di bina di limpahi rahmat
dan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.. aminnnnnnnnn
 Assalamualaikum...

Akhirnya pasangan kontroversi, Kris Dayanti & Raul Lemos selamat di ijabkabul kan
IAhad lepas, 20th Mar 11', di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Sahid, Jakarta.
Majlis resepsi perkahwinan mereka dijadual di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta,
pada Jumaat ini, iaitu sehari selepas hari ulang tahun kelahiran Kris Dayanti.
Tahniah utk both mempelai.

Ada satu artikel kontroversi jugak mengenai majlis ijabkabul mereka ni.. boleh layari

petikan SabahKini.



Assalamualaikum..

Harga Ayam naik sampai RM 9.80/KG..! Kalau camtu seekor mau nak cecah RM20 beb yang mentahh! Mak aiiiii.. mahall gilerrrr..! uhuhuhu. Jepun yang tsunami, Loji Nuklear meletup, radiasi pun tak sampai kat Malaysia lagi tetiba harga ayam naik dulu..! Cepat betullll!

Alasannya : "Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar.

Mohd Yusuf berkata, kebanyakan negara pengimport kini mengalami bencana alam yang menyebabkan bekalan produk dijual dengan harga mahal dan senario ini memberi kesan kepada harga barangan terutama bekalan ayam di pasaran" Di petik dari Harian Metro

Errrr.. nak tau gak negara pengimport mana lagi yang di landa bencana alam ni..???
Agak heran bin ajaib gakk iskk.. iskk.. iskkk.

Kat rumah rajin gak simpan stok ayam. Buat sup or Ayam goreng salut tepung ala KFC.  Memang peberet Danish & Dania hasil pengaruh Upin & Ipin. Hari tu balik kampung masih RM6.50/Kg lagi. La ni dah RM3.30'Kg beza isk isk iskkk. Harap-harap la rega set Jom Jimat kat KFC tak naik. Kena gi terjah plak ni.. pulakkkk......
Assalamualaikum...
Weekend lepas duk umah dari pagi bawak ke petang, bawak ke malam
asyik mendung + hujan je.
Kat umah pun mandommm je rasa ha ha.
Sabtu malam Ahad tu Abang ajak keluar ambik angin. Aku plak ada barang tertinggal..
singgah ofis jap amek barang.. last-last pusing-pusing kat Cyberjaya.
Singgah Street Mall dan lepak kat Hassan Cafe he he.

Cuaca malam sejuk lepas hujan.
Tengok Dania tengok aku bertudung angin apa sibuk nak bertudung jugakk hehe.
Tapi semua nak serba PINK..!!


Ahaa.. pose pertama sambil tunggu order sampai.
Aku buat PERTAMA KALI nya berjaya pakai tudung lilit tuh!! HA HA HA!
*Tepuk bahu sendiri*.
Aduhaiii.. punya la lambat nak dapat seruu..
dah beli berhelai pun sempat buat pekasamm.. rupanya
faktor kejayaan terletak pada anak tudung! aha!


Anak dara ku ~ Pink Peace...!!


Aku & Abang order Li Chi Kang. Sejuk RM 4.50, Panas RM3.50


Danish order 'Nasi lemak' dengan nada perlahann..
Aikkk.. jejauh pergi pun nak order nasi lemak jugakk..?
Pagi tadi dah breakfast nasi lemak dahh.. isk isk isk.
Last-last kitaorg orderkan Maggi Goreng, RM4.50


Aku order Nan Cheese RM3.90


Dania macam biasa.. semua nak pink..!!!
Strawberry milk juice RM 4.50

Adik ipar aku order Bee Hoon Tomyam, RM 6.00.


Main jeling-jeling... Danish order Maggi goreng 2 pinggan nko!!!
Badan tak padan kecik anak bujang aku nehhhh


Total RM36..!!
Mak aiiiii bleh tahan mahal gak makan kedai mamak nih.. isk isk iskk 


Balik ronda-ronda ambik angin kat Putrajayaa.. terus balik umah. 
Assalamualaikum....
Ahaaa.. hari yang di nanti-nantikan telah tiba. Seperti yang di janjikan, 20th Mar
hari untuk mengumumkan Pemenang Izan@SweetOmoide 7th Anniversarry Lucky Draw..!


Jom kita tengok siapa yang kena..!!!

Process menyiapkan kertas cabutan bertuah secara manual he he.


Kiraan kertas undi. 80 penyertaan termasuk 1 broken link so tinggal 79.


Siap untuk 'Cabutan Bertuah!'



Tukang cabutt.. di beri penghargaan kepada both permata hati kami, Danish & Dania.. 
Di sebabkan penyertaan lebih dari yang Izan target.. 

dan tukang cabut ada 2 orang pulakk... confirm la 2-2 berebut nak 
cabut kann! Maka Izan akan buat 2 cabutan means

2 X  
Tiket Menonton Wayang di GSC x 2 Adult 

 jeng jeng jenggg



Dengan di saksikan pleh 2 orang saksi, Papa & Achik


Cabutan pertama jatuh kepada..!!


Pemenang pertama..!!


Cik Z@i !!


Dan cabutan ke-2 pula jatuh kepada....


Myra Queen


TAHNIAH kepada kedua-dua orang pemenang..!

Opsss..!! Tak habis lagii..!!! Rehat japp sambil klik banner HB kat bawahh  he he



Izan tengok blog both winners nampaknya Danish & Dania cabut 
both orang Penang & both belum ada kids lagi.

Jadi Izan tambah lagi 2 cabutan berupa

2 X  
Tiket menonton wayang di GSC, tontonan hari RABU x 2 Adult.


Danish pun sampai dah siap mandii.. suh cabut lagi sekali he he.


Pemenang saguhati yang pertama

eda_ej

seterusnyaa.. giliran Dania pulak cabut

Pemenang saguhati kedua

Nad@Mama Zakwan

So kesimpulannya,

Pemenang Hadiah Utama x 2


Cik Z@i !!

Myra Queen

Pemenang Hadiah Saguhati x 2 


eda_ej

Nad@Mama Zakwan

TAHNIAH  di ucapkan sekali lagi kepada para pemenang.
Sila layari link ini Hadiah Luck Draw utk T&C.

Untuk pemenang utama tuntutan sah sebulan dari sekarang.
Untuk pemenang hadiah saguhati tuntutan sah 2 bulan dari sekarang.
Sila E-mail kan E-mail address, nama penuh & Contact number ke norizanm@gmail.com.
Pilih mana-mana tarikh yang berkenan, hubungi saya 2 hari sebelum waktu & tarikh tontotan 
dan kita akan online kira-kira 30 min untuk ticket booking & pilihan seat etc okehh!!

Kepada bloggers lain, terima kasih daun keladi kerana sudi join Lucky Draw kali ini.
Ada rezeki InsyAllah Izan akan buat lucky draw lagi okehh...!!
Keep in touchh!! Sayang korang semuaa..! muaaaaaahhhhhh!!!