Salam...
Entah kenapa tiba-tiba baru sedar ramai rupanyer bloggers yang rajin buat contest!
Seronok jugak join contest ni sebab selain menambahkan entry dlm blog (di baca sbg catatan kenangan) dapat jugak menambahkan kenalan baru bloggers dan secara tak langsung mengeratkan lagi ukhwah sesama teman cyber....!! Best! best! best!!

Kepada semua bloggers yang rajin buat contest ni tabiklah... sebab buat contest ni tak semudah buat post entry.. cayalah korang!

Anyway, untuk kali ini
Sweet Moments Baby Love 1st Give Away Contest
telah di anjurkan oleh Intan Marliana dari 4Love-Diamond blogspot bersempena berkongsikan debaran beliau menantikan kelahiran cahaya mata pertama tak sampai sebulan je lagi..! Dan lebih mengembirakan hari ini, 15th August adalah hari ulangtahun pertama Intan & Suami, Khairul. Semoga ulangtahun ini lebih bermakna kepada Intan & Suami dengan kehadiran si comel nanti...! Seronokkknyerr!!

*************************************************************************************
... here we goes of our entry...
nama anda & pasangan....
Norizan Mohamed Darom & Roshadlisham Ramli
nama baby & umur....
i) Dania Aliesya - 1 tahun 11 bulan
ii) Danish Aiman - 4 tahun 4 bulan

bila foto nie diambil & di mana....
Bertarikh 5hb Mac 2009 & bertempat di Botanical Garden, Putrajaya
(Ketika itu Dania 1 tahun 6 bulan & Danish 3 tahun 11 bulan)

kenapa pilih foto nie erk.....
kenapa foto ni..? As the old saying goes - Because a photo is worth a thousands words! Sebenarnya bagi aku setiap saat yang dapat diluang bersama keluarga dan anak-anak tercinta adalah masa yang paling berharga ! Sementelah aku dan Abang sama-sama keluar berkerja dan mencari rezeki sesudah fajar menyinsing dan balik hampir matahari terbenam, makanya masa yang tinggal untuk bersama keluarga sudah tentulah semakin terhad. Hanya selepas waktu berkerja dan hujung minggu! Bayangkan jika dikira-kira hanya tinggal purata 5 jam sehari untuk bergurau senda sebelum mata terlena.. dan itulah realiti kehidupan dizaman yang serba mencabar ini...! Jadi tak hairanlah kalau setiap kali aku balik kerja, tak sempat pun matikan enjin - Danish & Dania dah berlari & berteriakk kat laman rumahh 'Mamaaaaaaaa..........!' ala-ala jejak kasih macam 10 tahun tak jumpa! hu hu

Maka kerana itu jugalah kami merancang, satu hari untuk meluangkan dan menghabiskan masa bergurau senda bersama - jauh dari kesibukan kota, jauh dari kesibukan di pejabat & kesibukan hujung minggu.... hanya KAMI, di Botanical garden yang tenang dan segar ditemani oleh jurugambar & jurusolek untuk merakamkan detik indah yang kami kongsikan bersama...
Anak-anak adalah kekuatan hidup. Demi anak-anak ibu bapa lazimnya sanggup berkorban apa sahaja demi melihat keceriaan di wajah mereka.. Gambar ini dirakamkam sekembalinya kami dari percutian ke Melaka sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5.. Sesungguhnya kehadiran Danish & Dania menyerikan lagi hidup kami.. sewaktu bercuti banyak tempat yang kami lawati termasuk Zoo Melaka yang sangat-sangat disukai oleh keduanya!
Apapun, aku sentisa berdoa agar kegembiraan dan keceriaan akan terus menyelubungi keluarga kami.. Semoga dengan izinNYA suatu hari nanti, 5 tahun dari sekarang...
Aku, Abang dan anak-anak akan terus bersama untuk sessi fotografi
sempena ulangtahun ke-10 pula.! Aminnnnnnnnnn..!!

2 sweet comments:

fiziskandarz said...

i cant stop smiling looking at the photo :) very nice indeed! i like! i like! :D hope u win! :D [ and also eid mubarak to kak izan + family ]

intanloveamir said...

salam kak..

sori yerr coz very late 2 comment...hehe

wait d result k...;)