Juadah ramadhan ke-2. Hari ni Abang request nak makan pecal...
So berguru dengan Emak dan inilah resepinya he he he

Bahan-bahan
1. Kacang Tanah - 3 cawan
2. Ikan bilis - 1/5 dari kacang tanah
3. Bawang merah - 7 ulas
4. Bawang putih - 3 ulas
5. Belacan - 3/4 inci
6. Cili padi - 20 biji (ikut tahap kepedasan yg disukai)
7. Cili kering - 5 biji
8. Air asam jawa
9. Garam & gula secukup rasa
10. Daun limau purut - 1 helai
Cara-cara
1. Gorengkan kacang, ikan bilis toskan minyak
2. Gorengkan bawang merah, putih yang telah dihiris, cili padi & cili kering
3. Gorengkan belacan dan daun limau purut sehingga naik bau
4. Tumbukkan kesemua bahan... kisar juga boleh
5. Bancuh air asam jawa dengan air masak.
6. Kacaukan kesemua bahan. Masukkan gula dan garam secukup rasa
Siap untuk dihidang!
Cadangan Sayur-sayuran untuk hidangan
1. Kangkung - celur
2. Kacang panjang - celur
3. Tauge - celur
4. Timun - dihiris panjang
5. Sengkuang - dihiris panjang
6. Tahu - di goreng dan di hiris

TIPS : Emak pesan kalau nak masakan sedap biasakan guna bawang dalam angka ganjil... Emak pun dengar ustazah pesan. So boleh cuba jadikan pedomann..*wink*

2 sweet comments:

fiziskandarz said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa beshnyer adalah dengki nyer dengkinyer!! [ saya ini tingat kat pasa ramadhan tsk! ]

DianYna said...

emmmmmmmmmmmmmm....mcm nak try jer....