Keluarga sebelah Abang menyambut '2 orang baru' sempena Aidilfitri tahun ini! Si kembar comel - Muhammad Naimi Ikhwan & Muhammad Naiman Iqram... Tahun ni tentunya lebih bermakna buat K.Su & Angah Ceni ( Sepupu Abang) dengan kehadiran 2 cahayamata kembar!! Tahniah di ucapkan... Ini juga menjadikan Naimi & Naiman adalah kembar kedua dikalangan saudara-mara terdekat sebelah Abang. Sebelum ni, Along (my SIL) pun ada sepasang kembar perempuan yang kini berusia 8 tahun - Nur Ain Shafiqah & Nur Ain Shaqirah.
Minggu terakhir sebelum Ramadhan adik beradik Abang semua berkumpul di kampung buat kenduri tahlil & arwah untuk kedua allahyarham ibu & bapa mertua. Kenduri tu disekalikan dengan kenduri cukur jambul si kembar Naimi & Naiman.. Menu Nasi beriani..!
*tak sempat snap gambar*. Seperti selalu, walaupun arwah Mak & Ayah sudah tiada.. orang-orang blok tetap datang untuk rewang jika ada kenduri kendara...
Usai majlis kenduri ada suprise celebration pulak utk Alonggg!! Sempat lagi Ijah, Ijad & Abang 'lari' ke bandar pusat pergi beli kek hu hu! Petang tu adalah orang 'mengalir air mata' bila tiba-tiba ada orang bawakkan 2 biji kek depan mata sambil berlagu..
Anyway Happy bufday utk Along, semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki (tengah pregnant 4 bulan pun!) dan ceria-ceria selaluu!!
Bila balik kampung macam biasa Danish & Dania la paling seronok sekali dapat main dgn sepupu sepapatnyerr.. tambah2 pulak ada sepupu baru - Fahim! Dania asyik nak mengelek je 'baby' tuhhh!!! huhuhuhu

Bila dah kepenatann ni lah ghopernyerr.. ZzzzZzZZzZzZzzZzzzzzzzz..
tak peduli orang lain dahh.. huhuhuhu

2 sweet comments:

Gieyana said...

betui tue..anak2 bila balik kg mesti suka giler psl ramai sedara mara kan..hiks!

IZAN said...

TO Gieyana,
To la pasall.. kalau sepupunya balik dulu siap menangisss lagikk! haru betulll kekeeekeke