Gambar ini dirakamkan sekitar tahun 1920-an bertempat di sebuah perkampungan yang terletak di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Lelaki segak yang duduk ditengah2 antara 4 orang wanita ialah Allahyarham Hj Ridwan, datuk aku iaitu ayah kepada abah.. 4 orang wanita di kiri dan kanannya ialah isteri-isteri beliau dan nenek kandung aku, adalah isteri ke-2 yang duduk disebelah kanan Allahyarham *dari depan*.
Menurut Abah, adik beradik abah ada 20 orang semuanya termasuk adik-beradik tiri... Abah adalah anak bongsu dari 6 orang beradik dan tahun ni usia Abah dah pun menjangkau 68 tahun... Kesemua keluarga besar Abah menetap di kampung yang sama tapi dirumah-rumah yang berlainan. Katanya lagi, arwah Atuk siap ada buatkan sebuah surau untuk semua ahli keluarga sembahyang berjemaah..
Namun, bila usia meningkat ada juga yang berhijrah keluar dari kampung termasuk Abah.
Didalam gambar dipangkuan allahyarhamah nenek ialah kakak kandung Abah yang kini masih menetap di kampung yang sama.. Adik-beradik Abah yang masih menetap disana termasuklah Wak Basoni, Wak Som & Wak Seri. Alhamdulillah ketiga-tiganya masih sihat walaupun ada yang melewati usia hampir 90-an... Gambar ini pula dirakamkan pada Aidilfitri 2008.. Disebabkan Abah tiada didalam gambar sebab ketika gambar lama itu diambil Abah pun belum lahir lagii, makanya kami rakamkan gambar kami sekeluarga pula di hadapan rumah yang sama! Rumah pusaka yang hampir berusia 100 tahun itu kini tidak lagi diduduki oleh sesiapa tapi masih dijaga kerana ramai lagi keluarga Abah yang menetap di sana..

Teringat dulu masa kecil-kecil (aku sekolah rendah) kalau balik kampung aku rasa dari rumah pertama masuk simpang kampung tu sampai hujung kampung berderet2 rumah saudara-mara aku... heheheheheh. Dulu-dulu seronok kalau dapat berkubang dalam 'kolam mandi'.. ada pokok buah-buahan yang besar2 bagak nak main buaii.. sepupu sepapat pun ramaiii.. tapi bila dah besar ni masing2 dah bawak haluan sendiri.. aku sendiri pun seawal umur 13 tahun dah merantau ke Kuantan, lepas SPM sambung belajar kat KL, lepas 2 tahun terus terbang seberang lauttt... manalah nak jumpa sedara mara melainkan time cuti2 sekolah.. & cuti2 semester.. itu pun kalau boleh jumpa.. kalau takk..? Moralnya masing-masing pun dah sibukkk sampai kadang-kadang bila dah berkeluarga nih kalau jumpa time kenduri-kendara pun payah nak recall... iskk iskk iskkk

Walaupun arwah atuk berkahwin 4, tapi dikalangan adik-beradik abah termasuk yang tiri aku pun tak ada dengar lagi yang berkahwin lebih dari satu melainkan yang berkahwin semula setelah pasangan meninggal dunia...

Moral of the story..
Selalu berangan untuk cari balik & buat salah silah susur galur keluarga sebab kadang-kadang raya bila tanya ramai jugak yang duduk KL.. jadi kalaulah ada para pembaca yang familiar dengan kisah keluarga ni boleh la hubungi aku.. manalah tauu kita ni rupanyer sedara mara.. lalu depan mata tapi sendiri pun tak perasannn!!! huhuh

5 sweet comments:

Gieyana said...

wei..mmg best flashback kembali kan citer lama...hmmm...aku kena korek balik citer lama ar..

^^ kenangan lama terlalu indah bila di kenang..hiks!

☆ lieya latif ☆ said...

WAH.....cantik gambar tu....terpukau lieya...mmg nostalgia lame betul laaaaa.....

IZAN said...

Re Gieyana..
Betul betul betull!! Especially zaman kanak-kanak dulu.. bab-bab terjun paritt! wahahhaah

Re Lieya..
Nak tau abah Izan siap pinjam bawak balik frame gambar tu hantar kedai suh cuci & framekan balik yg laminated anti-spill tu RM100 kau! hehehehe.. Dia pun teruja balik kampung ari tuh tgk ada gambar tu tergantung kat kampungg.. ekekekke

*MaMa HeRdA* said...

thnks izan..

☆ lieya latif ☆ said...

izan, wah mahal gak kos nak membaikpulih balik gambar2 lame tu kan...tapi tu laaa...nilai memorinye lagi mahalkan..sayang kalo terbiar rosak camtu....

izan, salam ramadhan almubarak dan selamat berpuase buat izan sekeluarga....