Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua..!
Yaaa... kempen sempena bulan 'low cholesthrol' masih berterusann dirumah aku heheheh.
Menu diatas ialah menu minggu-minggu terakhir sebelum puasa..
Kali ni aku nak menurunkan resepi sambal belacan khawww yang aku belajar dari tukang masak veteran kat kampung Abangg kalau ada kenduri kendara.. jom kita tengok resepinya!
Resepi Sambal Belacan KHAWWW!!
(Sukatan utk satu mangkuk kecil - 2-3 kali makan he he)
1. Belacan -1 inci
2. Bawang merah besar - setengah biji
3. Lada besar - 1/2 biji
4. Cili padi - 20 biji
5. Air asam jawa - 4 sudu
6. Gula/garam secukup rasa
7. Limau nipis/kasturi
Cara-cara :
1. Gorengkan belacan & bawang besar dgn minyak sedikit dalam kuali hingga naik bau.
Toskan minyak *Boleh jugak goreng sekali semua lada/cili padi kalau suka*
2. Tumbukkan lada besar & cili padi yang sudah dihiris hingga agak halus. Masukkan
belacan & bawang yg sudah layu tadi. Di tumbuk.
3. Masukkan gula & garam secukup rasa
4. Selesai ditumbuk alihkan ke mangkuk dan masukkan air asam jawa dan kacau.
5. Picitkan sedikit perahan limau nipis/limau kasturi.
Siap untuk dihidangg!
Sambal belacan sepatutnya ada rasa pedas... cukup rasa masam,masin & manis.. perrrghhhh!
p/s: Kalau Abang pekena ulam sambal belacan ni.. memang berpeluh2 makann.. macam lari 2 padangg! hahhahaha
Komen Abang : Mama punya sambal belacan memang powerrrrr...!!! *winkkkk! He he*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 sweet comments:
cili padi 20 biji? tak pedas ker? nmpak best jer nie..
Post a Comment