Keluarga sebelah Abang menyambut '2 orang baru' sempena Aidilfitri tahun ini! Si kembar comel -
Muhammad Naimi Ikhwan & Muhammad Naiman Iqram... Tahun ni tentunya lebih bermakna buat K.Su & Angah Ceni ( Sepupu Abang) dengan kehadiran 2 cahayamata kembar!! Tahniah di ucapkan... Ini juga menjadikan Naimi & Naiman adalah kembar kedua dikalangan saudara-mara terdekat sebelah Abang. Sebelum ni, Along (my SIL) pun ada sepasang kembar perempuan yang kini berusia 8 tahun -
Nur Ain Shafiqah & Nur Ain Shaqirah.
Minggu terakhir sebelum Ramadhan adik beradik Abang semua berkumpul di kampung buat kenduri tahlil & arwah untuk kedua allahyarham ibu & bapa mertua. Kenduri tu disekalikan dengan kenduri cukur jambul si kembar Naimi & Naiman.. Menu Nasi beriani..!
*tak sempat snap gambar*. Seperti selalu, walaupun arwah Mak & Ayah sudah tiada.. orang-orang blok tetap datang untuk
rewang jika ada kenduri kendara...
Usai majlis kenduri ada suprise celebration pulak utk Alonggg!! Sempat lagi Ijah, Ijad & Abang 'lari' ke bandar pusat pergi beli kek hu hu! Petang tu adalah orang 'mengalir air mata' bila tiba-tiba ada orang bawakkan 2 biji kek depan mata sambil berlagu..
Anyway Happy bufday utk Along, semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki (tengah pregnant 4 bulan pun!) dan ceria-ceria selaluu!!
Bila balik kampung macam biasa Danish & Dania la paling seronok sekali dapat main dgn sepupu sepapatnyerr.. tambah2 pulak ada sepupu baru -
Fahim! Dania asyik nak mengelek je 'baby' tuhhh!!! huhuhuhu
Bila dah kepenatann ni lah ghopernyerr.. ZzzzZzZZzZzZzzZzzzzzzzz..
tak peduli orang lain dahh.. huhuhuhu
2 sweet comments:
betui tue..anak2 bila balik kg mesti suka giler psl ramai sedara mara kan..hiks!
TO Gieyana,
To la pasall.. kalau sepupunya balik dulu siap menangisss lagikk! haru betulll kekeeekeke
Post a Comment