Abang keluar pergi beli lauk. Aku kat rumah angkat baju yang sidai di kaki lima tepi rumah.
Bila masuk dalam rumah aku tengok Danish tengah panjat tangga.. bukan kat tangga tempat pijak yang sepatutnyer tu tapi kat sisi-sisi tangga tu!
'Danish.. turunnn. Tak mau main kat situ' ujar aku sambil menyusun baju2 yang baru diangkat
'Tak nak.. Danish nak main kat sini' jawab Danish ingkar
'Turun laa.. jatuh nanti sakit mama tak tau..'
'Alaaaa.. Danish tak nak turun. Danish nak main sini'
Aku datang dekat dengan Danish dan hulur dua belah tangan nak menyambut
'Sini mama dukung Danish turun'
'Alaaaa.. Danish tak nak turun' jawabDanish nak merengek
'Turunlaa... nanti kalau jatuh darah macam tangan mama ni.. tengok ni darahh.. sakitttt!!' pujuk aku
'Danish tak nak turunnn!!' jawab Danish masih ingkar!
Last-last fed up pujuk sambil aku berjalan naik tangga bawa baju2 kat hanger kebilik atas sempat aku cakap pada Danish
'Danish.. jangan turun!! Jangan turun tau! Haa.. main kat situ aje yer'
Tak cukup sekali, aku datang pulak dekat lagi ngan Danish dari arah tangga betul
'Danish.. jangan turun tau! Ha main je kat situ sampai esok pagi.
Jangan turun jangan turun! Ujar aku sambil buat sign jari 'jangan'.
Masa tu Danish dah buat muka sedikit confius.
Pas tu dah letak baju2 tu kat bilik atas sempat aku jenguk lagi Danish dari atas
'Danish.. jangan turun tau! Duduk situ diam diam. Main kat situ sampai esok yer! laung aku.
Then dari atas aku terdengar suara Danish
'Alaaa.. Danish nak turun... Danish nak turun' dengan sedikit nada merengek
Jap lagi selesai dgn urusan kain baju tu bila aku turun bawah tengok Danish dah turun pun
dari sisi tangga tu.
Haa.. pandai pun turun! Getus hati aku
Kekadang kalau buat reverse sycology pun jalan jugak ekk.. ekekekkeke
go-kart baru nyer sempena hadiah hari jadi dari Mak Long & Pak Long hari tu.
'Naperrr Mama...?' Papa yang terdengar aku menjerit bertanya dari arah pintu dapur kat luar.
'Dah jom kita pergi klinik!' ujar Abang.
Sampai di Klinik tiada patient lain. Bila nama dipanggil kami terus masuk.
Aku pun cerita lebih kurang dan kemudian diminta ke bilik satu lagi.
Aku pun dah tak sanggup nak tengok luka di ibu jari tu.
Selesai urusan klinik, kereta Abang terus meluncur laju ke kedai makan.
'Doktor kata kena cuti masuk dapur ni. Papa nak bagi mama MC berapa hari ?'
' 1 hari' jawab Abang selamba ala-ala 'dengki'
komputer dengan Dania. Komputer mini ni ialah pemberian dari
seorang kawan mama sempena hadiah hari jadi
Danish masa 2 tahun hari tu. Lepas puas main dgn Dania,
Danish tutup komputer mini tu terbalikkan. Tiba-tiba dia pandang mama sambil tunjuk kat logo yg tertera dan sebut
'mama.. TESCO!'
Aku agak terkejut dengar perkataan tu keluar dari mulut Danish..
Sebab Danish memang dah hafal A-Z
tapi aku tak le ajar dia mengenal huruf A-Z tu complete
apatah lagi mengeja...
Kalau nak kata dia hafal logo, logo sebenar TESCO ada kaler biru & merah..
Aku pun dok pikir.. camana dia boleh tau logo yang flat kaler kuning tu ialah TESCO.
Tapi lepas2 tu memang semua Logo Mc D ke Pertonas ke semua dia kenal. Nampak
bekas minyak hitam Petronas kat kaki lima pun siap angkat tunjuk kat mama dan sebut
'mama.. PETRONAS la mama, Petronas..'
Ada sekali siap bukak peti ais ambik asam jawa x-tra Adabi tu dan tunjuk kat mama
'..mama.. ADABI' e' ?...
Al-kisahh...
Sabtu malam ahad tu lepas balik kerja (OT), dalam kul 8:00 ml kitaorang keluar la gi Giant. Beli bahan2 basah sket untuk masak esok. Menu nasi putih ngan lauk pauk je
Habis beli & bayar, macam biasala, mama tunggu Dania & Danish kat lobi punggah barang tu. Bila papa sampai ngan keter, papa buka bonet dan mula punggah barang dari troli masuk bonet.
Masa tu Pak cu Danish ngan kawannyer balik hujung minggu. Mama masuk dlm keter dulu ngan Dania dan duduk di seat depan. Danish pulak masuk dlm keter duk kat seat belakang.
Kek Bufday yg Danish pilih sendiri tu tadi di letakkan kan seat belakang dengan pintu belakang yg masih ternganga. Bila dah duduk aku pun susukan Dania. Danish nampak dan terus mintak susu jugak
'Nanti yer, tunggu papa masuk..' balas ku sambil menoleh kebelakang
'Alaaaaaa.. ' jawab Danish merengek. Dan dengan ringan tangan dan tanpa
disangka-sangka dia capai kotak kek yg kat atas seat tu dan dicampakkannyer keluar kereta........! Kek tu memang mendarat kat lantai lobi pun...!!!!
Aku yg terkedu terus je mencubit Danish.
Dan Danish terus melalak....!
'Uuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........................!'
Aku dengan hati yang bengkek melihat kek yg susah payah aku & abang belikan dicampak keluar kereta! Boleh ke imagine orang campak kek? Selalu kita bukan main handle with care lagi kalau kek ni..
Aku pun terus berceramah pada Danish. Masa tu Pak ucu & kawannyer pun dah masuk dalam kereta. Bila Abang masuk Danish terus mengadu
'.. mama buat. tak nak kawan dia (mama)..'
'.. Danish buat apa tadi?'
'..tak nak kawan dia..'
aku terus balas
'.. Danish yang buat. Kenapa Danish campak kek yang papa & mama belikan...
Ada mama ajar Danish campak-campak barang?'
'.. Kan mama & papa susah-susah belikan Danish kek. Esok kak Long, Kakak Alya nak datang, nak celebrate bufday Danish, kenapa Danish campak-campak kek tu..' Ujar aku dengan nada yg agak kesal & agak sebak. Sebak beb bila benda yg kita dgn excited belikan utk menggembirakan hati sesorang tetiba dicampak macam barang tak berguna... walopon ngan anak sendiri.
dan pot pet pot pet pot pet lagi apa tah pada Danish. Tak lah aku marah2 cuma syco Danish. Last-last tu Danish yg masih merengek2 duduk kat tgh2 antara seat aku & Abang dan cuba nak lentok kepala kat bahu aku. Terus aku alih badan aku.. Danish terasa hati dan lagi kuat melalak!!!
Aku diamkan je sambil Abang memujuk Danish.
Aku masih buat tak tahu.
Last last Danish bersuara
'Mama... sayang Danishhh. Sayang Danish..' Ujar Danish sambil melentok kat kepala aku minta simpati. Aku pun akhirnye sejuk ati..
' Ok.. Mama tau Danish budak baik, dengar cakap mama ngan papa. Lain kali jangan buat lagi tau. Jangan campak-campak barang lagi. Mama tak suka..' Balas aku lembut sambil cium kepala Danish
'Ok...' jawab Danish innocent dan keadaan kembali reda.
Balik tu sampai rumah aku pun tak sabar nak
tengok ruper kek yg dah tercampak dari kereta tadi. Aku bayangkan mesti tak ada rupa kek dah sebab aku nampak kotaknyer pun kemek sikit masa Pak cu angkat masukkan kotak kek tu dlm kek balik. Bila buka2 kotak ini lah yang aku lihat..
Nasib baik masih ada rupa macam kek lagi....
Akhir nyer dapat jugak aku tunaikan hasrat hati kepada kedua ibu bapa yang amat aku kasihi.
Berangan tu dah lama, baru sekarang dapat aku realisasikan.. alhamdulillah...! Semoga Tuhan memberkati dan memurahkan rezeki kami sekeluarga, dan semoga dengan limpah rahmat dan kurnia Nya maka kami juga tidak akan sekali-kali terlupa tanggung jawab kepada yang lainnyer...
Walaupon bukan LCD TV leper yang sedang diminati kini, tapi cukuplah dengan saiz skrin yang sedap mata menonton. Tak lupa aku subscribe kan sekali Astro sempena AF6 yang baru hendak bermula. Bukan di kampung tidak ada TV, aku rasa ada la 3-4 biji, saiznyer pun 21-25 inci. Tapi kesian jugak, TV kat kampung tu ada yang dah rosak.. ada yang tombol siaran pun dah tak tau kemana pergi. Ada pulak yg dibeli semasa banjir Kota Tinggi tahun sudah tu. Itu pun dah 2 kali repair.. pernah sedang menonton 'color' lari.. ketuk sana ketuk sini baru lah OK..
Tak mengapa, aku dah belikan yang baru. Yang itu boleh la buat spare dlm bilik tidur ya nanti. Astro pun bukan tak pernah ada, dulu Kakak sulungku yang tanggung tapi setelah dia beli rumah sendiri, komitmen pun dah tinggi. Jadi tak mengapalah, biar aku pula yang ganti...
Raya Cina lepas yg sudah tong-tong jugak dgn Kakak sulungku tu. Kami gantikan peti sejuk yang lebih besar dan tinggi... 470 liter lagi!. Menggantikan 2 peti satu pintu yang freezer nyer pun dah tak berapa nak berfungsi.
Bukan nyer aku nak promote kat sini, tapi aku selesa betul berbelanja di SenQ. Warranty setahun jadi ahli ditambah warranty setahun lagi. Pergi je mana2 cawangan kat sini (selangor), pilih je barang mana berkenan. Rabu minggu depannyer ada lah orang hantar & pasangkan sehingga ke rumah di Kota Tinggi! Astro & TV tu pun sampai suprise!!! Dengarnya mak & abah senyum sampai ke telinga! he he he..
Emak & Abah,
Pemberian yang tak seberapa ini pun belum tentu dapat membalas dan mengganti,
segala pengorbanan, penat jerih mak & abah membesarkan kami selama ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi kebahagian di hati kalian...
Selamat ulang tahun ke 57 & 67 tahun ini. Semoga Tuhan terus memberkati, melindungi dan merahmati hidup Mak & Abah yang amat kami kasihi..
Aku sentiasa ingat kata-kata seorang tua yang berbunyi :-
"Umur orang tua kita akan terus bertambah. Orang tua kita tidak akan menunggu apa-apa lagi.
Jadi tunaikan la segala apa yang terlintas dihati selagi hayat dikandung badan supaya tidak menyesal di kemudian hari..."
Ini dia hadiah beli Susu Formula dalam tin Danish. Dia yang pilih sendiri antara 4 jenis alat muzik yg ditawarkan. Semua comel-comel mama tengok. Lepas bayar, pergi service kaunter pulak dapat redeem t-shirt untuk Enfagrow dlm kotak. Tak dan keluar, Danish kalut sibuk nak kan xylophone dia ni. Dapat-dapat je tau lagu pertama yang dimainkan...?
Lagu Mawi dan M.Nasir..
Lagu cinta lagu Jiwa
Beriya-riya sungguh dia menyanyi sambil mainkan xylophone nyer tu dalam troli.
Mama nak tergelak tengok...
Suara bleh tahann laa.. tapi lirik ngan melodi... errrr 'ke lautt abessss!'
ekekekkeekke!
Friday, April 11, 2008
Labels: Danish Aiman, development progress, our lovely kids 0 sweet commentsHappy Birthday to you!
Happy Birthday to you!
Happy Birthday to Danish Aiman..
Happy Birthday to youuuu...!
Mama & Papa ucapkan selamat hari lahir yang ke-3 tahun buat hero kesayangan mama & papa, Danish Aiman pada hari ini, 8 hb april 2008. Semoga Danish Aiman terus membesar dengan sihat, cergas, riang dan gembira dengan limpahan kasih sayang mama, papa dan Dania. Kami doakan semoga Danish menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. We love you so much Danish..!!
Tahun in Abang belikan Danish basikal baru sempena hari jadi plus kami belikan Playground untuk Danish and Dania main kat laman rumah. Moga rumah kami menjadi syurga dunia buat mereka...
Wednesday, April 09, 2008
Labels: Celebration, Danish Aiman, Event, our lovely kids 0 sweet commentsLepas makan dah dekat kul 10:00 malam baru la bergerak ke dataran depan masjid putrajaya. Danish suka sangat main kat situ.. tak ramai sangat pengunjung waktu tu. Almaklum dah pukul 10:00 malam, hari kerja pulak. Tapi bagus jugak, tak la Danish rambang mata..! Kalau tidak, habis mainan orang yg dia nak kejar.. padahal sendiri pun ada je.. haii, tu la budak kannn...
Malam tu Abang bawakkan basikal & raket badminton Danish. So puas la Danish pusing2 kat dataran tu naik basikal.. pas tu main badminton pulak. Baru lah boleh concentrate dengan peralatan sendiri .. pernah sekali datang dia tengok orang main kereta remote control, habis dia kejar kereta tu ke sana ke mari. Gelak2 je budak2 yang main remote tu.. elok sangat ler tuu..
Tuesday, April 08, 2008
Labels: Jalan-jalan, my family, our lovely kids 0 sweet commentsDanish ada sepasang racket badminton macam orang dewasa tapi pemegangnyer pendek sikit
dari raket biasa. Kalau petang-petang or hujung minggu tu seronok jugak layan Danish main badminton. Kebetulan kat rumah tu memang ada sepasang racket badminton dewasa.. satu tu aku baru belikan sempena hari jadi Abang yang lepas .. kalau main berdua dgn Danish main kat car porch rumah je. Tapi kalu main ngan Abang- bertiga, Abang ngan Danish masuk car porch rumah sebelah yg kosong dan pagar pembahagi antara rumah kami tu jadi net lah! Seronok jugak main badminton ni.. Danish aaa riuh sekali. Kalau dia serve tu yok yok o jek, tapi OK jugak la.. lepas jugak la 'net' kekadang aku yg tak dapat sambut sebab dekattt.. kalau aku ngan Abang dah sambut menyambut bola, kalau Danish nak sambut pulak nanti dia akan cakap 'Danish pulak! Danish pulak!' sambil melompat excited dan kadang2 dapat jugak dia sambut bola tu ngan raket dia..!! Cayala Danish!!
Dan kadang2 kalau tersilap smash naik jugak atas bumbung.. apa lagi, Abang kena panjat tangga la turunkan bola.. ehhehe. Dania lak jadi pemerhati jek dlm walker dia yg diikat ngan bench chair. Sedar-sedar habis bunga dalam pasu di petik2 nyerr.. ehhehehe
'Papa ada beli lauk?'
'Ada.. beli ikan kerapu. Masak stim ye '
'Allright!'
Aku pun mencongak-congak resepi masak stim yang pernah aku masak. Teringat few years back tengok resepi artis mane tah kat TV
Lebih kurang cam ni laaa
Kerapu Masak Stim
Bahan-Bahan
1 Ekor Ikan Kerapu
50 gram Cendawan putih
2 batang jagung muda
1 bungkus enoki (cendawan jepun)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 biji cili padi
1/2 inci halia
2 helai daun limau purut
1 batang serai
1/2 biji limau nipis
1 sudu sos tiram
NOTE: Perlu diingatkan, semua sukatan adalah anggaran semata-mata. Boleh diubah mengikut citarasa masing-masing
Cara-cara
1. Hiriskan bawang besar, bawang putih dan cili padi . Halia & serai ditumbuk pecah. Cendawan & jagung muda dihiris.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dah tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan kira-kira 2 cawan air. Masukkan sos tiram, sedikit kiub ikan bilis dan garam secukup rasa
4. Masukkan halia, serai dan perahkan jus limau nipis. Adjust rasa secukupnya
5. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan kerapu, jagung muda, cendawan putih & daun limau purut. Tutup dan biarkan sehingga kesemua bahan masak. Siap untuk dihidangkan!
Tuesday, February 05, 2008
Labels: Makan Makan, My lil kitchen 4 sweet commentsSatu hari balik dari kerja teringat ada beli isi kupang & simpan dalam peti.
Balik tu tanya Abang, ' Kupang masak apa yang best yekk..?'
Jawab Abang ' Masak macam Along buat siput sedut hari tu... '
Aku pun mencongak-congak mengingatkan 'rasa' masakan siput sedut Along hari tuuu..
Resepinyer memang la aku tak tauu.. tapi berdasarkan 'rasa' yang aku ingat tu agaknyer
lebih kurang macam ni laaa.. so maka dengan itu, aku catatkan disini untuk rujukan dimasa akan datang supaya aku tak lupa masakan resepi ku ini.. Aku namakan masakannyer
'Kupang Tomyam Berlada' heheheheh
Kupang Tomyam Berlada
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji lada merah
1 sudu cili kering yg sudah dikisar
1/2 inci halia
2 helai daun limau purut
1 cubit perasa ikan bilis
1 sudu sos tiram
1 sudu paste tomyam
1 sudu sos lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan lada merah
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar & halia
sehingga naik bau
3. Masukkan cili kering yg sudah dikisar *selalunya sentiasa ada stok dlm peti*
4. Bila sudah kering sedikit dan naik minyak, masukkan sos tiram, sos lada hitam & paste tomyam bersama sedikit air
5. Masak sehingga mendidih, masukkan garam & gula serta perasa ikan bilis secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan kupang & daun limau purut. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan!
Rasanyerr..? emmmmm boleh tahannnnn.. !! cubalah sendiri!!
Sedang aku menyusun pinggan yang baru di basuh ke atas rak pinggan, entah macamana tutup periuk yg dah sedia ada kat rak tu terjatuh kebawah dan terhasillah satu bunyi yang membinggitkan telinga
'..maa maaaaaaaaaaa....!!!!' tiba-tiba terdengar teriak satu suara dari ruang tamu memberi amaran
'..janganlaaa! Nantii pecahhh......!!!' sambung suara itu lagi memberi satu lagi amaran.
Siapa lagi kalau bukan Danishhh!
'..HA HA HA HA HA HAAAA ..!!!' segera suara amaran tu disambut pula oleh deraian ketawa Abang yang sedang memangku Dania
'Opssss! OK... sorrryy!' sahut aku dari dapur sambil menjeling Danish. Amboiii..dok ralit-ralit main depan TV tu pun sempat lagi 'sound' mamanyer! Saborrr je laaaa....
Haiii..tu la pasall...sejak sejak akhir ni pantang kita buat silap sikit.. cepat je si mulut comel Danish mengomel... dah pandai pulak bagi warning kat kitaa. Haiii.. anak bujang sorang ni, cepat betulll belajarrr!!
Tuesday, January 29, 2008
Labels: Danish Aiman, my family, our lovely kids 2 sweet commentsTerjaga beberapa minit sebelum pukul 4:00 pagi dek rengekan Dania yang kelaparan. Aku angkat Dania dari buaian dan susukan kat sebelah. Tak lama Danish pulak merengek, ntah apa yang tak kena.. situ gatal sini gatal...Last2 Abang salinkan baju Danish & gantikan diapers nyer sekali. Lepas agak2 15 minit kemudian, Danish pun terlelap semula begitu jugak Dania.. keadaan senyap sunyi seketika..
'Alamakk, mama terlapar laa..' bisik ku pada Abang
'Kan ada roti kat bawah...' balas papa
'tulah...' sahutku
'ha ah, kalau dapat minum air panas pun OK jugakkk..'
'ye ke..? Papa nak minum?! ' tanya aku girang dengan harapan ada la orang nak teman aku minum kat bawah
'Boleh jugakk.. tapi papa nak minum kat atas je.. he he he' balas papa mengusik
sempat aku muncung sebelum bergegas ke dapur. Tak kisahla, janji ada genggg.. getus aku
Tak sampai 10 minit aku naik semula kebilik membawa dulang bersama2 mug milo panas, satu bungkus roti gardenia & semangkuk mamee slurpp kari yang dipecah telur... bau harum maggi menusuk hidungggg.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... sedappnyerrr!
Sekali sekaler makan maggi memang besttttt!!
Lampu bilik dicerahkan sedikit. Abang pun bingkas dari katil melihat aku datang membawa milo panas... Kejap lagii..
'paaapaaaaaaa....!' terdengar rengekan Danish.
sedar-sedar Danish pun dah bangun, turun ke tilam Supermannyer dihujung katil
'nak sikitt..! nak sikit mee sedapppp...!!' Tiba-tiba Danish yang terus bulat biji mata bersuara dan menyibuk dicelah-celah aku dan Abang.
Aku dan Abang memandang penuh hairann... Aikkk..! tadikan dah lena balik tidur, bau mee maggi boleh bangun balik...?Penyudahnyer terpaksalah aku turun semula ke dapur ambil mangkuk bob the builder kegemaran Danish bersama set sudu & garpu. TV dipasang dan kami menikmati juadah yang tak seberapa tu sambil menonton.
Danish makan penuh selera... tak cukup maggi yang aku cedukkan dalam mangkuk dia.
Dah la itu je bungkusan maggi terakhir yang ada. Penyudahnyer, milo aku & abang pun abis kena pau dengan Danishh...
Danish.. Danishhhh......
Aku berikan nama 'awan larat'...
raser sekejapppppppppppppp sangat 60 ari tu ekkk... pejam celik pejam celik
sedar2 dah naik kerja.. iskk iskk iskkk
InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak fully beast feedingkan Dania. Kebetulan,
masa aku pregnant ada lah kawan yang sedang fully bf kat babynyer yg dah masuk 8 bulan
dok kasik petua dan tips, procedure and etc pasal BF ni.. atas kesedaran yang
sering dia berikan, maka aku pun belajarlah sikit-sikit pasal breast feeding.
aku tentang macamana nak fully BF utk ibu2 yang bekerja tersangatlah ceteknya.
Alhamdulillah.. untuk hari pertama ni aku dapatlah pump 3 kali.. pagi, tengahari dan lepas waktu kerja sekali lagi. lebih kurang 4 oz sekali pump so 3 kali pump dapatlah lebih kurang 13 oz...
Wednesday, October 31, 2007
Labels: Aku, my family, our lovely kids 2 sweet commentsDengar hadiah harijadi aku pun sambutlah bungkusan tu dengan girang gembira.. sekali tengok-tengok barang didalamnyer- eSLIM advance.. tali pinggang utk massage n langsingkan badan.Sekali lagi aku terlopongggg….terror btolll papa nih. Camnerrr leh terpikiaq nak beli benda alah nih ..? hebat hebattt…..Ooooo jadi inilah sandal yang dicari tak jumpa tu yerrrr..pandii pandaiii.. lagiiiiiiiiiii hebattt!
Hari ni masuk hari ke-14 aku berpantang kat kampung halaman.
Baby masih jaundice dan 2 hari sekali masih kena berulang alik ke klinik desa berdekatan untuk cek darah bagi mengetahui tahap jaundice baby. Doa aku dan hubby semoga baby cepat2 sembuh.. aminnnn
Macam biasa kalau berpantang, emak lah yang akan tolong jaga dan menyiapkan keperluan aku dan baby. Begitu besar pengorbanan emak, dari saat aku dilahirkan sehingga pula aku yang melahirkan, emak masih juga setia menabur khidmat dan pengorbanan demi anak-anak walaupun umur emak sudah lebih dari separuh abad. Tak lupa juga Abang yang sentiasa membantu tatkala berada disisi...
Aku ingin membuat catatan ini sebagai warisan amalan berpantang yang pernah aku lalui semoga menjadi pedoman kepada aku suatu hari nanti.. itupun kalau blog ni masih wujud di alam maya ni.
Beginilah jadual rutin aku sepanjang 2 minggu berpantang.
Pagi :-
7:30 pagi : Emak dah jerangkan rebusan air daun-daun herba untuk mandian.
Begitu juga tungku herba. Emak akan stimkan sekali.
Aku pula get ready susukan baby atau pum susu supaya emak boleh berikan
pada baby ketika aku sedang mandi/berurut.
7:45 pagi : Aku dah bersiap-siap untuk mandi. Di mulai dengan bertangas. Caranya mudah
sahaja. Periuk yang mengandungi air rebusan daun-daun herba yang terdiri dari
daun sirih, daun jambu batu, daun pandan & daun serai wangi itu akan diletakkan
dibawah kerusi yang beronggga dan kemudian ditutupkan dengan kain...
Aku akan duduk bertangas selama lebih kurang 10-15 minit sehingga keluar peluh.
8:00 pagi : Selesai bertangas, air rebusan tadi akan dicurahkan ke dalam besen dan
dicampurkan dengan air pai sehingga suam-suam sedap untuk mandi dan aku
mula mandi membersihkan badan. Memang terasa segar mandi dengan air hangat pagi-pagi.
8:20 pagi : Bertungku. Selesai mandi, keringkan badan dan mula bertungku.
Biasanya mengambil 5-10 minit sahaja untuk bertungku di kawasan perut sehingga panas tungku tu hilang. Termasuk juga dibelakang bahu sebab kekadang bila pam susu, sakit-sakit urat belakang bahu aku tuh. Tungku aku gunakan produk leesa formula. Berkhasiat dan senang
didapati.
8:30 pagi : Berurut. Biasanya aku akan mula berurut setelah sampai ke kampung pada hari ke- 5 atau ke-6.Kali ni aku start berurut pada hari ke-6.
Seperti biasa, amalan berurut oleh bidan sebelaha rumah akan dilakukan selama 7 hari berturut-turut. Kemudian pada hari ke-36, akan dilakukan 'Selapan' iaitu urutan untuk sengkak rahim. Urutan biasanya akan mengambil masa 40-45 minit. Selesai berurut, bidan akan pakai kan sekali bengkung, param & pilis siap!
9:15 pagi : Selesai berurut dan berbekung baru lah aku boleh bersarapan. Menunya mudah sahaja. Susu anmum atau horlick/milo panas dan roti putih!
Mak bidan pula akan mandikan dan siapkan baby pulak.
Tengahari :-
12:30 thgari : Seawal jam dua belas emak dah bising suruh aku makan. Nasi, lauk dan air suam siap berhidang atas meja ! Dan kalau emak yang cedukkan nasi, aku tengok nasi nyer macam nak terkeluar dari pinggan. Bila aku tanya kenapa, mak kata ".. biar tak habis, tinggal jangan bertambah.. " dan selalunyer kalau aku makan licin nasi tu tak tinggal sebutir pun termasuk lauk dan kuahnyer sekali.. heheheh
Menu berpantang aku pun mudah aje. Ada orang berpantang dengan makanan yang kering-kering.. lain pulak dengan aku. Menu yang paling glamer ialah ikan haruan/selar kuning masak senggang (rebus kuning), sayur bening(rebus) - sawi, lobak putih & tempe atau cencaru bakar.
Petang :-
4:30 petang : Emak dah mula jerang air mandian dan stimkan tungku herba diatas dapur.
Siap-siapkan baju baby untuk mandi petang & susukan baby.
5:15 petang : Aku mula bertangas dan mandi petang.
5:45 petang : Bertungku diperut dan belakang bahu
5:50 petang : Berbekung dan pakai apa yang patut dipakai. Biasa pilis nak tidur baru pakai hehe 6:20 petang : Makan malam. Mak akan suruh makan sebelum maghrib. Malam kalau terasa lapar, minum susu/horlick/milo panas & roti atau biskut.
Pantang larang ketika berpantang
1. Sentiasa berstokin - untuk elak masuk angin
2. Kalau nak tidur bantal kena tinggikan supaya tak tidur rata. Dengan erti kata lain aku akan tindan 3-4 biji bantal. Sebabnya supaya darah putih tak naik ke kepala. Aku pun tak berapa paham tapi ikuttt je lahhh. Kalau pakai pilis tu mak bidan kata untuk elak darah putih naik yang boleh menyebabkan rabun.
3. Jalan kena hati-hati jangan sampai ibu jari tersadung pada apa-apa atau objek lain. Kata orang urat rahim tu terletak pada ibu jadi.
4. Elakkan makan sayur & buah yang sejuk atau berangin - kacang, kobis, tembikai etc
5. Elakkan makan ikan yang bisa atau gatal
Begini ceriternyer
Petang semalam Family Along, Ijah & Iwan (ipar duai ku) datang bertandang ke rumah. Mulanyer kitaorang plan nak jumpa kat IOI Puchong ke sebab depa lepak kat Playland Jusco tu tapi disebabkan semalam kitaorang pun keluar cari barang yang mana akhirnyer tak jumpa, so sedar-sedar dah petang dan terus ajak Along & family kerumah je.
Sambil-sambil cari `barang` yg tak jumpa tu kitaorang pun shopping sekali barang dapur so malam ni bleh la masak-masak sket makan reramai. Rupa-rupa bila Along datang dia dah beli barang-barang untuk buat steamboat. Along pulak meng`konsider` keadaan aku yang dah sarat menunggu hari so yang paling senang buat steamboat je lah. Sampai-sampai rumah terus Along mintak izin nak buat macam rumah sendiri dan aku di larang membantu..sabor je la hehehehhe. Sayur mayur dan seafood semua depa siang dan kuah steamboart depa bancuh sendiri.. aku tolong buat air dan keluarkan pinggan nak makan je la jawabnyerrr..
Seawal pukul 8:00mlm steamboat dah ready untuk dimakan... rancak le bersembang kalau dah duduk mengadap steamboat. Macam-macam cerita lah keluar...Yang budak-budak macam biasalah... riuh rendah main. Habis semua mainan dan basikal dikeluarkan... Lebih kurang pukul 10:00mlm Along & family pun mintak izin mengundur diri yang mana di iringi dengan air mata berlinangan oleh Danish... Sedih sangat sebab tak puas main dengan sepupu sepapatnyer tuhh... ciannnnnn..
Pagi esoknyerrr macam biasalah... bangun pagi sambil kemas-kemas buat sarapan. Habis sarapan baru lah aku nak basuh periuk steamboat yg guna malam semalam. Al-kisah periuk ni kira periuk kesayangan aku jugak lahh.. disebabkan kekerapan aku buat steamboat dan yang seangkatan dengan nyer (sukiyaki, kimchi nabe etc) masa aku belajar dulu so aku beli khas periuk ni untuk bawa balik ke Malaysia selepas tamat pengajian.
Balik Malaysia aku masih rajin buat steamboat yang mana kemudiannyer Along & family pun dah rajin buat begitu jugak kalau aku balik Johor. Teringat dulu mak pun berkenan dan pernah cakap, tinggal je la periuk tu kat kampungg.. aku dengan ala-ala kedekutnyer (sebab sayangg) tak ler bagi periuk tu kat orang lain hatta mak sendiri tapi aku belikan Mak set steamboat lain utk simpan kat Johor. Dan periuk tu pulak walaupun berkali dah aku gunakan masih aku simpan rapi dalam kotak siap dengan kertas pembalut dan alas nyer lengkap satu settt macam aku baru beli 6 tahun lepassss..
So pagi tadi masa aku basuh periuk tu Danish tengah habiskan sarapan sambil main (di baca : Panjat kerusi, duduk.. makan sesuap pas tu lompat turun dari kerusi dan main lepas tu panjat balik kerusi.. makan sesuap pas tu lompat balik dan main). Tengah aku basuh periuk steamboat tetiba aku dengar bunyi `pranggggggggggggg...!!!!!`. Aku dah suspen. Dari dapur aku sempat menjeling ke dining area dan ternampak serpihan seramikk.. Aku dah menjerit pada hubby sambil pergi tengok keadaan sebenar... " Papa...!!! tengok periuk steamboat mama...!!!!"
Hubby yang memang tau macamana aku sayangkan periuk tu pun terkejut dan separuh menjerit jugak ".. oh tidakkkk..!!! Sambil menjeling pada aku.. ....
Arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. aku macam tak percaya je tutup periuk kesayangan aku tu dah berkecaii.. kalau penutupnyer dah pecah, macamana nak guna periuknyer dah! ye tak..?? Ni Danish punyer kerja la nii....... aku suspek dia ambik dah jatuhkan atas lantai. Cantekkk jerrr penutup tu landing danberkecaiii. Danish pulak buat muka tak bersalah jekk.. tensennyerrrrrr tensennnyerrrrrrrrrrr..!!!!!!!!!!
Nak carik kat maner set ni, mana ader jual kat sini... tak kan nak kirim kat memember kat Jepun, siapa nak bawak or hantar ke sini.. mau pecah tengah jalan. Malaysia punyer patern lain aaa.. .. maka feel dia pun lainnnnnn.. tensen makcikkk............
arrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
So disebabkan lately aku dah tak drive pergi kerja, semalam Abang la hantarkan aku pergi kerja. Pagi-pagi dah bangun dan bersiap-siap. Pukul 8 lebih kitaorang dah keluar dari rumah. Masa tu Danish pun belum bangun tidur lagi. Angkut jek terus masuk dalam kereta. Tak terkuit sikit pun dek lena tidur. Tapi barang-barang, baju & susu semua dah pack siap-siap so nanti kalau dia bangun, singgah la mana-mana port dan mandikan.
Sampai Shah alam dalam kul 8:45am. Lamer tak breakfast kat Maisya sek 19 tuh. Kalau dulu masa zaman bercinta, dating hujung minggu rajin gak lepak breakfast kat situ.. hehehhe.
So aku pun ajak la Abang sarapan kat situ sementara tunggu vendor sampai. Janji pun dalam pukul 9:30am. Sampai Maisya, Danish pun terjaga... so dengan muka baru bangun tidur terus pakai sandal dan join aku & Abang sarapp.. takmalu... hehehehheeh
Abang yang tak berapa sihat dek penangann gastrik semalam ambik bubur & milo panas.. aku plak cam biasa roti kosong 2 pinggan & teh tarikk!! hehehe. Sambal cecah kat kedai ni sedapp walopon mahal skettt.. tak kisahla kan. Tengah-tengah makan, tetiba muka Danish yg tengah duduk dalam baby chair berkerut..
"..belakkk.." adunyer sambil manarik kaki dan mencangkung dalam baby chair tuhh..
Lorrrr.. bahyer ni, komen aku ngan abang.... maklumlah diaper dari malam tadi, kot nyer bleh tembus ni kalau 'tambah muatan'.. heheheh. So lepas habis sarap terus la aku ke ofis. Seluar Danish macam dah 'bocor' sket. Dalam kereta aku suh Danish berdiri je takut kena kat seat keta. sambil-sambil tu kami usik-usik Danish yg berdiri antara 2 seat depan tu.
Aku : ' Ieee.. Danish berak busukkk...!'
Danish : '... Tak... tak busyukkk laaaa..."
Abang : '...Iyerrr.. Danish berak busukkk.. iieeeee...' Sambil gelak-gelak.
Danish : ' Takk... tak busyukkkkk laaaaa...' Balas Danish mempertahankan diri. Pas tu buat muka..
Aku : ' yelah yelahh.. tak busukkk..' *Takut melalak pulak kang*
Sampai Ofis terus aku bawak Danish pergi bilik air kat surau (ada singki besar) dan mandikan terus. Ingatkan berakkk.. buka diaper dia rupanya tak pun.. cehhhh, buat suspen jekkk. Lepas mandi dan pakaikan baju, aku serahkan Danish pada Abang. Danish salam dan cium tangan aku dan aku pun salam & cium tangan Abang. Pas tu Abang pun balik dengan Danish.
Vendor pun dah sampai dan aku pun terus start buat kerja. Dalam pada tu aku SMS abang bagitau, tadi Danish tak berak punnn... gimik je lebih. Patut la tak mengaku busuk.
Lepas tu Abang yang waktu tu dah sampai ofis membalas,
' Ha..ahh.. nak sampai ofis tadi Danish mengadu kat Abang -"Papa... belakk, busyukkkk.."' Rupernya on the way gi ofis abang tu baru dia 'membuang'... so terpaksalah Abang settlekan kat ofis Abang plak kekekek. Pandai pun mengaku kalau 'membuang' tu busukk.. heheheheh.
Sebenarnya lately aku & Abang tanoshi *seronok* sangat sebab dah boleh berbalas sembang dengan Danish yang dah mencecah 2 tahun 4 bulan. Seronok bila Danish paham apa yg kitaorang cakap dan kitaorang pun paham apa yang Danish cakap... pendek kater memang seronok melayan celoteh Danishhh ! (^-^)/
Kalau nak makan suruhbaca doa Danish akan angkat tangan *mcm baca doa*.
Lepas tu aku or hubby yang akan bacakan doa sambil Danish tergedik-gedik badan dia dengar irama doa dibacakan. Dan bila habis baca doa Danish akan sambut
'Aminnnnnnn....!' sambil raup tangan dia kat muka.
Sekarang
Kalau nak makan, bila aku suruh baca doa Danish pun angkat tangan *macam baca doa*
dan mulutnya akan berbunyi lebih kurang begini
Danish : 'Bismillah nirohman nirrohim.. amin' sambil raup tangan kat muka
dan lebih kerapnyer berbunyi begini
Danish : 'Bismillah nirohman nirrohim.. pandtai!!! ' sambil tergedik-gedik sengih
Saborr je laaaa... mis-use vocab btoll!
Mama : 'Aikk.... tak berak punnn. Tipu yerrrr..!'
Sekarang selalu nyanyikan lagu ABC kat Danish pulak
Semalam on the way nak pergi shopping, dalam kereta Danish
berdiri kat tengah-tengah antara 2 seat pemandu dan penumpang kat depan.
Sambil tengok diri sendiri kat cermin pandang belakang Danish menyanyi
Danish : "A B C D E F G... R S T U Da wa wa wa X Y Jek (Z) . Pandtai..! "
Aku dengan abang tergelak dengar Danish sebut W tu... dah lah ABC nyer bace melompat jauh. Tak tinggal ayat puji diri sendirinyer tuhhh!... wakakkaakak
Beli punya beli punya beli, bila sampai rumah aku susun2 baju baby tu sambil nak bukak tag harganyer