Drive balik dari kerja.. sambil tunggu trafic light merah kat flyover nak masuk susur ke Taman PP sempat aku call Abang.
'Papa ada beli lauk?'
'Ada.. beli ikan kerapu. Masak stim ye '
'Allright!'
Aku pun mencongak-congak resepi masak stim yang pernah aku masak. Teringat few years back tengok resepi artis mane tah kat TV
Lebih kurang cam ni laaa

Kerapu Masak Stim

Bahan-Bahan

1 Ekor Ikan Kerapu

50 gram Cendawan putih

2 batang jagung muda

1 bungkus enoki (cendawan jepun)

1 biji bawang besar

2 biji bawang putih

10 biji cili padi

1/2 inci halia

2 helai daun limau purut

1 batang serai

1/2 biji limau nipis

1 sudu sos tiram

NOTE: Perlu diingatkan, semua sukatan adalah anggaran semata-mata. Boleh diubah mengikut citarasa masing-masing

Cara-cara

1. Hiriskan bawang besar, bawang putih dan cili padi . Halia & serai ditumbuk pecah. Cendawan & jagung muda dihiris.

2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dah tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.

3. Masukkan kira-kira 2 cawan air. Masukkan sos tiram, sedikit kiub ikan bilis dan garam secukup rasa

4. Masukkan halia, serai dan perahkan jus limau nipis. Adjust rasa secukupnya

5. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan kerapu, jagung muda, cendawan putih & daun limau purut. Tutup dan biarkan sehingga kesemua bahan masak. Siap untuk dihidangkan!

4 sweet comments:

umeboshi said...

izan..manyak nye cili. 10 biji?! tak pedas ek? ish, kalo ciknoora sekang ni, masak lauk apa2, nak boh cili padi just 2 biji tau. tu pun, pedas gak. akakkaka...

*∽ IZAN ∽* said...

pedas sket la.. emm, tu la pasal, Cek Abang kiter kuat pedas.. kekadang Izan rasa dah pedas sangat tapi Mr Abang kiter still carik cili padi lagi buat ulamm... :)

Mahmud Ismail said...

Salam. Saya nak minta kebenaran guna foto ikan kerapu stim itu untuk blog saya (tentang ikan kerapu juga). Saya ni penternak ikan, jadi tak ada gambar masakan2 ini. Jika dibenarkan, saya akan letakkan creditnya atas nama puan.

Mahmud Ismail said...

Salam. Saya telah gunakan gambar hidangan ikan kerapu puan itu di blog versi Bahasa Melayu saya iaitu http://kerapumalaysia.blogspot.com/

Ianya posting pertama saya dalam BM yang lebihkurang adalah versi BM kepada blog asal dalam english. Terima kasih atas keizinan puan itu.