Masa tu Danish baru berusia 2 tahun 8 bulan... bermain2 mini
komputer dengan Dania. Komputer mini ni ialah pemberian dari
seorang kawan mama sempena hadiah hari jadi
Danish masa 2 tahun hari tu. Lepas puas main dgn Dania,
Danish tutup komputer mini tu terbalikkan. Tiba-tiba dia pandang mama sambil tunjuk kat logo yg tertera dan sebut
'mama.. TESCO!'
Aku agak terkejut dengar perkataan tu keluar dari mulut Danish..
Sebab Danish memang dah hafal A-Z
tapi aku tak le ajar dia mengenal huruf A-Z tu complete
apatah lagi mengeja...
Kalau nak kata dia hafal logo, logo sebenar TESCO ada kaler biru & merah..

Aku pun dok pikir.. camana dia boleh tau logo yang flat kaler kuning tu ialah TESCO.
Tapi lepas2 tu memang semua Logo Mc D ke Pertonas ke semua dia kenal. Nampak
bekas minyak hitam Petronas kat kaki lima pun siap angkat tunjuk kat mama dan sebut
'mama.. PETRONAS la mama, Petronas..'
Ada sekali siap bukak peti ais ambik asam jawa x-tra Adabi tu dan tunjuk kat mama
'..mama.. ADABI' e' ?...


Al-kisahh...

0 sweet comments: