Lagi 2 ari nak balik kampung pahang sambut raya. Aku masih jadi penunggu setia kat rumah ngan Danish n Dania sbb masih dalam maternity leave. Hari ni abang kater balik lambat sket sebab nak cari sandal raya kat Mines -on the way balik kerja. Aku pun ok jek sebab dah berempat ni kalau nak berangkut semua nak keluar mau sejam dua bersiap tak berbaloi nak kuar shopping hari kerja lepas kerja...


Lebih kurang nak dekat kul 10 baru abang sampai rumah. Mase tu aku tengah duduk kat sofa sambil berkemas bag balik kampung 4 beranak utk menyambut Aidilfitri nanti. Maklumlah, lusa kitaorang nak bertolak dah. Tinggal esok je kat sini. Aku tanya papa, jumpa ke sandal raya yang dicari nyer tuh..? Papa geleng kepala.. dah puas ronda satu Mines pun tak jumpa yang berkenan katernyerrr.. lorrrr.. aku pun ikut geleng kepala.. cerewet jugak papa ni cari barang getus aku.


Dah agak lamer abang sampai rumah,tengah aku berkemas-kemas tu abang keluar rumah balik masuk ke kereta. Masuk ke rumah balik tetiba papa menghulurkan aku satu bag plastik keras empat segi lebarrr.. aku bacer logo GINTELL kat plastik tu tapi dengan konpiusnyer menyambut beg plastik yang papa hulurkan
"..Nah, hadiah harijadi. Tahun ni bagi awal sikitlahhh..tak sempat nak bungkus-bungkus dahh.." ujar papa sambil tersenyumm. Tahun ni hari jadi aku jatuh tepat-tepat pada 1 syawal yang bakal dirai oleh seluruh umat islam pada 13 oktober nanti

Dengar hadiah harijadi aku pun sambutlah bungkusan tu dengan girang gembira.. sekali tengok-tengok barang didalamnyer- eSLIM advance.. tali pinggang utk massage n langsingkan badan.Sekali lagi aku terlopongggg….terror btolll papa nih. Camnerrr leh terpikiaq nak beli benda alah nih ..? hebat hebattt…..Ooooo jadi inilah sandal yang dicari tak jumpa tu yerrrr..pandii pandaiii.. lagiiiiiiiiiii hebattt!

Buat Abang, terima kasih banyak2 sangat atas pemberian ini. Seronokk memang tak terkata lahhh tapi dalam pada tu, rasa macam tercabar jugak nih camner nak ‘turunkan’ mana-mana bahagian yang ‘degil’ lepas lahirkan Dania kali nih.. muahahhehehehe. Bukan senang tau berpantang time bulan posa – time tengok orang berbuka posa apatah lagi masuk hari rayaa… elok dari pantang makan jadi pantang nampakkk.. semua nak cuit, semua nak jamah pas tu mula la nak menambahh!! Rapuh nyer imannn… arrgghhhhhhhhhhhhh…!!!!

Tapi sebab Abang yang belikan bendaalah ni, InsyaAllah lah aku akan cuba manfaatkan sebaik yang mungkin.... tapi ambek mase la sket kottttt.. tunggu la yerr cik abang sayanggg…muaahhhhh!!! heheheheh

2 sweet comments:

peace!! said...

mmuauuuaaahhhhh........nak tegelak aku bila ko dpt hadiah tu....penuh simbolik tu izan....sham tu nak cakap terus terang tak berani kot, tu yg kasi hadiah . betuah ko dpt suami yg memahami mcm sham tu . ko tak nak berenang ke untuk kasi kurus badan ?

-zarina-

izan said...

keh kehh kehh.. hampeh ko zarina. Tu la pasall.. penuh simbolikk!
ha ah ek, lamer dah tak berenanggg *cewaahhh* Aku pon ntah2 dah luper stepp.. tak timbul dah kottt..muahahahah.