Alhamdulillahhh!!! Syukrannnn !!!Hati terasa begitu gembira dan puassss....!!!
Akhir nyer dapat jugak aku tunaikan hasrat hati kepada kedua ibu bapa yang amat aku kasihi.
Berangan tu dah lama, baru sekarang dapat aku realisasikan.. alhamdulillah...! Semoga Tuhan memberkati dan memurahkan rezeki kami sekeluarga, dan semoga dengan limpah rahmat dan kurnia Nya maka kami juga tidak akan sekali-kali terlupa tanggung jawab kepada yang lainnyer...
Walaupon bukan LCD TV leper yang sedang diminati kini, tapi cukuplah dengan saiz skrin yang sedap mata menonton. Tak lupa aku subscribe kan sekali Astro sempena AF6 yang baru hendak bermula. Bukan di kampung tidak ada TV, aku rasa ada la 3-4 biji, saiznyer pun 21-25 inci. Tapi kesian jugak, TV kat kampung tu ada yang dah rosak.. ada yang tombol siaran pun dah tak tau kemana pergi. Ada pulak yg dibeli semasa banjir Kota Tinggi tahun sudah tu. Itu pun dah 2 kali repair.. pernah sedang menonton 'color' lari.. ketuk sana ketuk sini baru lah OK..
Tak mengapa, aku dah belikan yang baru. Yang itu boleh la buat spare dlm bilik tidur ya nanti. Astro pun bukan tak pernah ada, dulu Kakak sulungku yang tanggung tapi setelah dia beli rumah sendiri, komitmen pun dah tinggi. Jadi tak mengapalah, biar aku pula yang ganti...
Raya Cina lepas yg sudah tong-tong jugak dgn Kakak sulungku tu. Kami gantikan peti sejuk yang lebih besar dan tinggi... 470 liter lagi!. Menggantikan 2 peti satu pintu yang freezer nyer pun dah tak berapa nak berfungsi.
Bukan nyer aku nak promote kat sini, tapi aku selesa betul berbelanja di SenQ. Warranty setahun jadi ahli ditambah warranty setahun lagi. Pergi je mana2 cawangan kat sini (selangor), pilih je barang mana berkenan. Rabu minggu depannyer ada lah orang hantar & pasangkan sehingga ke rumah di Kota Tinggi! Astro & TV tu pun sampai suprise!!! Dengarnya mak & abah senyum sampai ke telinga! he he he..
Emak & Abah,
Pemberian yang tak seberapa ini pun belum tentu dapat membalas dan mengganti,
segala pengorbanan, penat jerih mak & abah membesarkan kami selama ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi kebahagian di hati kalian...
Selamat ulang tahun ke 57 & 67 tahun ini. Semoga Tuhan terus memberkati, melindungi dan merahmati hidup Mak & Abah yang amat kami kasihi..
Aku sentiasa ingat kata-kata seorang tua yang berbunyi :-
"Umur orang tua kita akan terus bertambah. Orang tua kita tidak akan menunggu apa-apa lagi.
Jadi tunaikan la segala apa yang terlintas dihati selagi hayat dikandung badan supaya tidak menyesal di kemudian hari..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sweet comments:
Post a Comment