Assalamualaikummmm...

Alhamdulillah.. usai sudah Majlis Aqiqah baby Delisha pada minggu pertama cuti sekolah baru2 ni.
Majlis berlangsung di rumah nenek dikampung.


Ni dia pengantin cilikk.. head band pun ntah kemana.. 
bibik boleh pulak lupa nak bawakk balik kampung walau pun aku dah ingatkan isk isk isk. 
Seb baik Delisha dah tumbuh rambut hihihih.
Tapi almaklum je la anak pun dah makin ramaii.. bibik pun dah tak menang tangan nak mengemas 
pelbagaiii. so dengan rela hati dimaafkan uhuhuhu


Buai pun bajet buat dan hias sendiri. Hasil tangan Mama dengan di bantu jiran 
sebelah aka teman sepermainan masa kecil2 dahulu.
Dah la sampai2 kampung Sabtu malam tu Papa warded kat KPJ Puteri JB 
subuh esoknya gara2 batu karang,
so agak kelam kabut jugak la preparation kenduri dari side Mama sendiri kali ni.
Mujurlah Mak Long, Mak Ngah, Pak Ngah & Nenek
cekap menguruskan majlis. Alhamdulillah majlis berjalan lancarr..
sangat2 berterima kasih pada semua...! muah muahhhhhh!!



ok goodies bag untuk tetamu yg datang kali ni.
Mak dah pesan awal2 jangan bagi yg bukan2.... set sudu garpu kecik la,
kipas laa... bagi barang yg boleh digunakann.



So kitaorg pun decide bagi botol air dan isi jajan dalam tu 

  
Tak lupa sapu tangan yg dah siap di bungkus dalam kotak yg comelll


Dah siap goodies bag bersusun utk di bagi2


Lebih kurang pukul 3 petang majlis bermula. Emak buat sekali Majlis Tahlil
ringkas untuk Arwah Atuk/Nenek/Abah termasuk Ibu/Ayah mertua.


 Pengantin kecik plak lepak2 kat dapur sambil layan mata sambil tunggu 'turn' ditemankan 
oleh Kakak Dania & Kakak Auni.


 Bila turn sampai Mama keluar pangku 'Pengantin'. Seb baik dah standby pump susu buh dalam botol siap2..
kalo tak jenuh nek menyelak kalo baby nak menyusu bila dah depan orang ramai2 kat majlis tu kan.


Rupanya betul Delisha bila terjaga je sibuk cari nenen.
Seb baik standby Plan B hihihi


Bacaan Doa untuk baby dari ketua Majlis. Semoga Delisha Adliena membesar jadi anak 
yang soleh dan cemerlang dunia akhirat ya.


Seterusnya bacaan Marhaban untuk baby diikuti sessi beramah mesra dengan tetamu majlis.
Mula2 cakap  kat Johor bawah program Sakinah tak payah dah nak cukur rambut baby so tak standby apa..tapi tetiba nak jugak air bedak sejuk buat sapu2 kepala baby 
so adhoc jugak keluarkan apa yang ada hihihi.
Lagipun sebab berpantang sendiri kali ni dan lambat nak balik kampung
dek menunggu cuti sekolah, jadi Delisha dan bercukur sendiri oleh Papa.


Akhir sekali beramah mesra dengan Nenek tersayanggg


Lencun rambut Delisha kena sapu air bedak hihihi


Bergambar dengan antara orang kuat Majlis. Al maklum camera DSLR hantar service.. 
ambik gambar ngan camera HP pun buat syarat je huhu.


Sessi buffet bermulaaa. Menu yg tak sempat di snap, 
Soto Ayam + Begedil, Rojak Petis, Bihun, Air mata kucinggg dan 
kuih muih serta pencuci mulut.
Daging Kambing Aqiqah dan nasi himpit sebagai ole2 untuk di bawa pulang.


Jemput makan semuaaa. Tak habis tak boleh balik tauuuu!! Tu la dia pesanan tuan rumah hihihi


Para tetamu sedang mengamu selera


Antara desert yg besttt...kek/puding roti


Kuih Muih


Kek ala pavlova.. yg ni 4 buku keluarkan licinn!! 
Memang sangat sedapp okehhh. Air tangan jiran sepermainan ku dulu tu laaa huhu


Delisha lena dalam buaiii.. kat luar pun masa majlis berlansung hujann
sejukk2 gituuuu


Papa sempat join kat hujung2 majlis je.
Apapun Alhamdulillah Majlis dah selamat berlansung dengan jayanyaa.



 Buat Puteri Mama Delisha Adliena, kehadiranmu menceriakan dan melengkapkan lagi keluarga kita.
Semoga terus membesar dengan sihat dan ceria, menjadi anak yang soleh serta cemerlang 
dunia dan akhiratttt ya sayanggg... aminnnnnnnnnnnnnnnn!!


9 sweet comments:

:: Mrs.Eady :: said...

meriah!

Cho Zila said...

makanan dia alamak memang sedap semuanya... cantik baju delisha.. meriah majlisnyakan...

Nad MamaZN said...

Aminnn!
;)

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mrs Eady : Alhamdulillah... majlis kesyukuran kecil kecil hihihihi

*∽ IZAN ∽* said...

re Cho Zila :
Tuan rumah pun tak dan try semua hihihihi. Tapi syukurr... licinnnnnn

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad : aminnnnnnnnnn!!

Puan Mimi said...

seronok ada baby kecik. sebab boleh buat kenduri cukur jambul, biarpun anak dah ramai, tp tetap gak buat.. meriah pulak tu menu2nya. paling tak tahan puding roti bersos coklat!

*∽ IZAN ∽* said...

re Mimi :

Alhamdulillahhhh. Tak sabar kita tunggu Mimi punya turn pulak tauuuu!! mudah2an yekkk..

ambrynaa said...

Izan ~ kecil kecilan pun mantop!! Aku suka goodies tu.