Assalamualaikum...

Catatan pantas dan ringkas sebelum tidur...

Baru je sampai rumah jam 1:00 pagi tadi ni. Alkisah Mama dah start standby minggu ni setelah bercuti maternity 2 bulan. Malam tadi masa kat Klinik bawa Dhiya utk suntikan imunisasi 18 bulan dapat call dari team mate. So settle urusan di klinik terus balik rumah dan cuba online utk cek kes yg baru di terima.

Try try masuk internet asyik tak boleh je.. Memang sejak 2-3 minggu kebelakangan ni streamyx asyik problem je.*masih guna Streamyx yawwww*. Connection intermitten. Kejap Ok kejap tak. Kena plak malam tadi tak boleh lansung grrrrrrr!! Jauh di sudut hati berkata.. Propaganda nak suh upgrade ke Unifi ke nih ? Huhu.

Anyway Call office mate tanya severity case... URGENT!  Nampaknya nak tak nak kena pergi office gak memalam ni huhu. Sempat nenenkan Delisha dulu dan sampaikan amanat pada Papa pasal susu EBM utk Delisha. Maklumlah Bibik pun dah 'off shift' ya malam. Mama je yg standby on call 24 hours x 7 days/week hohoho.


Sampai ofis dalam kul 10:30 malam gak. Lepas godeh itu ini akhirnya kul 12:30 ++ tgh malam gak baru settle. Nak balik sempat 'plug in' dulu my Medela FS dan terus start enjinn. Alhamdulillah sambil2 drive sampai rumah dapat gak pump 7.5 oz ++ walaupun dah direct BF baby beberapa kali lepas balik kerja.


Itulah sedikit sebanyak perjalanan hidup Mama sebagai pembantu keluarga pada Papa demi membesarkan anak-anak tersayang. Kalau citer pasal standby on call ni masa kerja kat tempat lama kat Shah Alam nuuu, Papa pun pernah temankan Mama drive gi ofis bila dapat on call pukul satu pagi huhu. Untungla sekarang ni ofis dah dekat sikit dengan rumah....

Semoga anak2 bila dah besar nanti hargai pengorbanan Papa Mama besarkan kamu2 semua ya. Yang lebih penting bagi Mama dan Papa ialah agar anak2 membesar menjadi insan yg berguna dan cemerlang dunia akhirat... sekadar coretan untuk renungan anak2 satu hari nanti.. Aminnnn

4 sweet comments:

MrS. F!zA said...

wahhhh..syabas mama! harap delisha hargai pengorbanan besar mama dia..tkkira kt mna pon mama ttap pam utk delisha..

Nad MamaZN said...

Saya kagum dgn akak!
Salute!

*∽ IZAN ∽* said...

Re MRs Fiza : Mommy sekarang pun tak nak kalah ngan mak mak zaman kita kecik2 dulu. Seboleh2 nak full BF anak jugakkk.. alhamdulillahhh! Moga dipermudahkan segala usaha kita yekk!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad : Kita sama jee Nad.. berusaha yg terbaek utk anak2 cuma cara je berbeza. Caiyok caiyokkk Mommy..!!!