Assalamualaikum..

Alhamdullilah dah selamat sampai ke kampung malam tadi setelah selesai menguruskan beberapa urusan disebelah pagi..
Penghantaran Medela Freestyle pada customer (alhamdulillah) dan terus ke Melawati berjumpa lawyer bank untuk urusan tandatangan dokumen. Hampir sejam gak dok sign dokumen yg tinggi n tebal lebih 4 inci sampai lenguh2 tangan mak kena initial tiap2 helai!

Lepas solat Jumaat baru gerak balik kampung. Sian budak2 yg dah kepenatan menunggu dari pagi sbb dah tak sabar2 nak balik kampung jumpa sepupu sepapat derang.

Dalam kul 9 malam gak baru sampai... Akhirnya Delisha berjumpa nenekk terchenta hihi.

Malam tu tidur dalam kul 3 gitu abang kejut sakit perut katanya. Aku bangun sapukan minyak angin... Kul 4 abang kejut lagi... Masih sakit. Aku bancuhkan Ural untuk lawas urine sbb pernah ada simptom ni sebelum ni. Tetengok tak hilang gak sakit tu dan Abang pun tak tahan dah last2 terus berdesup ke KPJ, JB. Pukul 5:30 pagi gerak dlm kul 6:30 pagi baru sampai terus masuk emergency. Kira FIRST TIME aku drive masuk JB tu pun Abang yg tunjuk arah jalan hohoho.

Masuk2 terus Abang dapat injection ubat tahan sakit n drip air. Doctor mmg suspect batu karang... Terus proceed buat Ct Scan.

Dalam kul 10 pagi dapat result terus jumpa Doktor Pakar. Doc kata batu besar 7mm and advise utk buat procedure ESWL iaitu laser dari luar utk pecahkan batu karang tu then minum ubat untuk dia lawas. Yg menyebabkan sakit sangat tu sbb batu tu dah sumbat salur uretra so urine tak lawas dan menyebabkan buah pinggang bengkak. So on the spot jugak proceed untuk procedure.

So sekarang masih lagi menunggu di luar bilik procedure. Semoga semuanya berjalan lancar.... Aminnnnnn

2 sweet comments:

Nad MamaZN said...

Semoga segalanya dipermudahkan kak...

Aleyn said...

Oh...semoga segalanyer dipermudahkan dan Syam cepat sembuh....

aku pun pernah gak dikejutkan tgh mlm sbb Azmi sakit ulu hati.....puas pusing carik klinik 24jam....

Pengalamankan...